Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 7, 2013

Hitam putih kehidupan

  Mohd Shubhi       Friday, June 7, 2013
Kalau nak design logo syarikat, biasanya orang akan beri nasihat agar hanya pilih 2 atau 3 warna sahaja. Kalau boleh dua warna lagi bagus. Warna tersebut akan dijadikan warna korporat syarikat yang kita tubuhkan.

Kalau nak difikirkan kalau banyak warna tentu lagi cantik!, habis kenapa semua orang beri nasihat jangan buat banyak warna pulak?. Tak cantiklah kalau logo tak banyak warna.

Itu apa yang kebanyakan dari kita fikirkan. Tapi kajian mengatakan sebaliknya jika kita mahu mata menyampaikan mesej dengan jelas masuk ke dalam otak. Bila mata lihat hanya dua warna, dia akan dapat ingat. Warna itu melekat masuk dalam memori dan terpahat kukuh.


Mungkin sebab itu saya tengok, kebanyakan daripada gambar yang menarik mata memandang adalah gambar yang mempunyai sedikit pilihan warna. Kalau berbagai warna yang berserabut dan berselerak, mata tak berapa berkenan untuk mengamatinya.

Mungkin sebab itu juga walaupun hanya warna hitam dan putih digunakan untuk merakamkan gambar, ia nampak lebih aman damai dan melekat untuk ditenung. gangguan berkurangan membolehkan kita mengamati gambar yang dirakamkan.

Dalam cubaan yang saya ambil dari gambar yang dipaparkan ini, saya hanya menggunakan kamera kompak biasa dan bukannya DSLR. Bila diambil dalam hitam dan putih, saya rasa elok pulak dan mendamaikan mata melihat.

Terserlah kedamaian, ketenangan dan kesucian muka kanak-kanak yang dirakamkan dalam gambar ini. Mereka tiada dosa, tiada iri hati, tiada dendam. Bila kena marah, selepas 5 minit dia akan datang semula untuk ambil hati kita. Bila kita pukul dia meraung menangis...selepas 5 minit dia datang peluk kita seolah-olah kita tidak pernah menyakitinya.....Allahuakbar!!!

Dalam pada itu saya tertanya-tanya bagaimana ada manusia yang gamak dera dan sampai tahap mencacatkan mereka. Kekadang bila ditanya kenapa tergamak buat begitu pada mereka yang tidak berdosa itu...kerana marah akan kedegilan mereka...kerana suruh ketepi dari melindungi TV, mereka tak peduli.!!!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hitam putih kehidupan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !