Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 27, 2013

Kampungku selepas PRU-13

  Mohd Shubhi       Saturday, July 27, 2013
Sebelum masuk bulan puasa baru-baru ini, aku celapak naik kereta kawan yang nak balik ke kampung. Dah lama aku tak jenguk kampung sejak berkubang di sana selama dua minggu mengikuti proses PRU 13 berlangsung. Selama 2 minggu itu aku puas berbual dengan mak dan keluar meronda melihat bagaimana rakyat Parlimen Permatang Pauh meraikan temasya besar 5 tahun sekali itu.

Semua orang tahu parti mana menang dan mana yang kalah, calon mana menang dan calon mana yang kalah. Samada suka atau tidak suka, kena terima dan masuk angkat sumpah sebagai wakil rakyat. Baik diperingkat negeri maupun di peringkat persekutuan.


Pakatan Rakyat nampaknya tak dapat menerima kenyataan mereka kalah. Sebaik saja keputusan diumumkan, mereka anjurkan mobilisasi besar-besaran yang dinamakan sebagai blackout 505. Mereka membantah secara aman terhadap PRU 13 yang dikatakan sebagai tidak adil dan ada unsur penipuan.

Pesaing mereka cabar jangan angkat sumpah kalau tak mau terima kekalahan atau tak sudi terima PRU 13. Aku rasa itu kerja bodoh sebab samada mereka terima atau tidak terima, mereka sudah dipilih rakyat.

Mereka masih mahu menggunakan sisitem yang sama untuk berjuang, oleh itu untuk merubah sistem yang ada mereka terpaksa masuk bergelumag ke dalam sisitem itu dan berusaha mengubahnya. Orang yang cabar agar jangan bersumpah seolah-olah menyuruh mereka menggunakan sistem lain selain daripada demokrasi. Atau mereka suka jika mereka menggunakan cara demo jalanan atau coup d'etat ?

Aku balik baru-baru ni satu setengah hari. Jenguk mak dan tanyakan khabar pada orang kampung. Seperti biasa pagi ahad selepas subuh aku ronda keliling kampung brisk walking. Menyedut udara nyaman kampung aku memang tak ada tolok bandingnya. Sambil berjalan tersembul seribu kenangan lalu membesar di kampung aku yang indah itu.

Aku lalu di segenap rumah rakan arwah bapak dan juga rakan ibu. Semua yang aku temui dah tua belaka. Mereka kelihatan terlalu lemah. Setiap kai aku menegur, aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuatkan mereka kenal. Mata dah kelam, telinga dah kurang mendengar. Tapi bila mereka kenal, terukir senyuman kegembiraan.

Ya aku Shubhi anak Pak Jidon, aku dah besar, dah tua. Aku perlu berterima kasih pada mereka. Banyak yang aku terhutang budi pada semua orang tua-tua kampung aku. Tak tahu apa yang boleh aku tolong selain daripada berdoa agar mereka dicucuri rahmah dar Allah dan diampunkan segala dosa mereka. Amin!!!


Dalam meronda pagi tu aku lalu di depan calon Barisan Nasinal. Sunyi sepi tak ada kelibat orang. Rumahnya tersergam indah. Ada pejabat di sebelah rumahnya. Ada juga kolam ikan yang besar buat memancing. Kolam ikan itu salah satu dari sumber rezkinya berniaga.

Ramai jugak yang mencari kedamaian dengan memancing di kolan itu pada waktu malam. Sebelah kolam ikan pulak ada sekawan lembu. Dia juga ada bela lembu yang agak banyak, satu lagi sumber kewangannya. Aku tinjau-tinjau kalau-kalau nampak kelibat kawan aku tu, tapi tak ada.

Teringat kata mak aku subuh tadi, 'kesian kat dia!'.
Aku kata, 'kenapa nak kesian pulak?.'
'Ya lah kalah dalam pru 13 hari tu!", kata mak aku.
'Alah!, biasalah tu adat pertandingan, ada menang ada kalah!', aku jawab ringkas.

'Dengar kata petang itu jugak depa semua pergi keluar berjalan. jalan jauh!, dia termasuk pegurus kempen semua pergi sekali!', sambung mak aku lagi.

Member aku tu memang disukai oleh hampir semua orang kampung terutamanya yang tua-tua. Sebabnya adalahj dia banyak berjasa. Banyak tolong orang kampung. Ada masalah apa saja pergi jumpa dia, insyallah dia akan berusaha untuk tolong. Tapi itu semua tak membantunya untuk menang.

Ya, saluran orang tua yang ramai suka kat dia pun tak bagi dia menang, aku tak pasti kenapa. Mungkin aura Anwar Ibrahim lebih kuat dan berjaya tenggelamkan semua kehebatan orang lain. Lawan dia yang merupakan anak kepada Arwah Pin Lawyer bukannya orang kenal sangat. Lagi pun keturunan Pin Lawyer sejak dulu terkenal sebagai golongan kaya dan bukan menjadi kegemaran orang kampung, namun dia menang jugak...itulah politik...

Habis PRU 13 semua kena buat kerja. Yang kalah akan kekal buat kerja juga sebab mereka dengar kata masih dapat elaun juga dan masih tetap ada budget turun dari persekutuan. Jadi tak kisah, masih boleh buat kerja.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kampungku selepas PRU-13

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. salam,penanti tu kampong arwah moyang aku,aku pernah pergi penanti pada tahun 1973,masa hanya ada adik moyang aku yg bungsu sekali,dia pencen polis british,aku panggil dia moyang dollah,rumah dia belakang kedai papan berdekatan kubur cina ,betul di pekan penanti,ada sebatang pokok durian besar{ pokok durian tu memang besar sangat dan tepi pokok tu ada telaga batu merah},dulu buah nya banyak,aku duduk di situ kira2 seminggu lama nya,puas aku makan durian sampai aku demam,moyang marah le sebab aku takut mandi,moyang aku yg perempuan nama nya man is,yg lelaki nama nya mohd din,moyang lelaki aku tu asal nya org melaka,moyang aku aku ada enam org anak,3 lelaki dan tiga perempuan,yg lelaki bertiga tu balik ke melaka se mula dan berkahwin ngan org melaka,kedua2 datok aku adik beradik,ayah mak aku dan ayah abah aku adik beradik,jadi mak aku kawin sepupu ngan abah aku,tu sebab nya aku ni org melakajadi aku ada pertalian keturunan penan ti dan melaka,pada tahun 2008 aku pernah ke penanti,masa tu penanti dah berubah sangat2,hingga sampai aku dah tak dapat nak cari r umah adik moyang aku tu,tapi jumpa juga atas pertol.ongan seseorang yg kenal ngan moyang dollah aku tu,tapi moyang dollah aku tu dah meninggal dunia tahu 90an,aku tak tahu,tapi anak tunggal dia ada,nama dia tok usop,puas aku terangkan pada dia siapa aku dan apa hubunan aku ngan dias,bila aku sebutkan nama2 sedara aku yg ada kat kg batu teguh,sim pang taiping,akhir baru dia tahu yg dia ada ramai sedara kat melaka,aku aku pi cari pusara kedua2 moyang aku di tanah perkuburan di kg sungai derhaka tapi tak jumpa sebab kubur2 takde tanda nama,sekarang tu dah tukar nama kampong pertama,aku pun pi kg belah dua nak pi cari sedara2 yg lain tapi tak sempat sebab dah malam,aku kena balik melaka segera sebab ada hal,nan ti klu adas masa aku nak pi penanti semula tu le kampong asal usul moyang aku dan kedu2 atok aku lahir di sana,en tash2 engkau subhi yg aku selalu bacva blog kau ni pun ada pertalian bau bau belacan ngan aku agaknya,ok ,le salam ram adhan klu panjang salam shawal kita,b ye....wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ! saya kenal Pak Lah tu, anak dia Pak Usop masih ada lagi, anak pak usop semua saya kenal Leman, Aman. Arwah Ali kocak.

      Pak Lah dulu bela kambing dan saya masa kecil selalu pi sana main dengan cucu dia Ali Kocak. Dia dulu jadi Tok Siak Surau Penanti.

      Wah, seronok baca komen saudara....Melaka kat mana? saya selalu pi Melaka kat Kem Terendak.

      Delete
  2. salam,kau boleh email aku cikmatgelap@gmail.com,nanti kita boleh cerita lebih lanjut,wassalam

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !