Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 12, 2013

Siapa tengok siapa?

  Mohd Shubhi       Friday, July 12, 2013
Setiap kali aku pergi ke zoo, sering tertanya samada aku yang sedang melihat haiwan dalam kurungan atau haiwan itulah yang sedang melihat aku.

Kalau aku tanya pada kesemua haiwan yang berada di dalam kurungan tersebut, 'pukul berapa sekarang?', agaknya adakah mereka akan faham?

Rasanya masa hanya relevan untuk kita spesis manusia yang duduk di dalam duan i sementara ini. Kita lilitkan jam pada tangan dan tak berhenti melihatnya. Sekejat tengok dan sekejap tengok...tak habis-habis.


Kita terkejar-kejar masa hadapan yang mana kita yang lebih baik sedang menanti. Kita tak puas hati dengan diri kita sekarang.

Kita pandang ke balakang, kenangan pahit, terasa di hina, terasa tidak berjaya dan sebagainya membuatkan dunia kita sekarang menjadi muram.

Begitulah kita manusia, pandang belakang dan pandang hadapan tanpa pernah terfikir kenapa aku tak pandang sekarang?.

Kembalik pada persoalan yang sama pada haiwan dalam kurungan di zoo, merka akan bertanya pukul berapa?...apa itu?...apa yang ada hanya sekarang tiada sebelum tiada akan datang. Kami hidup dalam dunia sekarang, kami hargai dan layan apa saja yang ada sekarang.




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Siapa tengok siapa?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !