Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 14, 2013

Zahariz, pemuda Melayu yang hidup Nomad berbasikal mengembara dunia

  Mohd Shubhi       Thursday, November 14, 2013
Menurut Wikipedia, kaum yang hidup secara nomad bermaksud mereka yang sering berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Biasanya mereka nomad bersama binatang peliharaan mencari padang rumput yag baru setelah tempat yang sedang diduduki habis.

Menurut wikipedia lagi, terdapat dalam lingkungan 30 ke 40 juta manusia atas muka bumi ini yang masih lagi mengamalkan kehidupan secara nomad. Mereka nomad sambil memburu dan berkumpul dalam pertemuan.

Perkataan nomad yang berasal dari Greek membawa maksud orang yang bergerak mencari makan. Bagi kaum nomad, ia merujuk pada satu kaum yang bergerak serata tempat untuk mencari padang rumput baru bagi kehidupan mereka dan juga binataan gembalaan mereka.

Pemuda Malaysia yang buat keputusan jadi orang Nomad

Tahukah anda di negara kita ada seorang pemuda yang buat keputusan untuk menjadi orang nomad?, namanya Zahariz Khuzaimah dan asalnya bekerja sebagai seorang pensyarah.

Pada tahun 2010, dengan satu keputusan nekad dia melaksanakan desakan ingin tahu dalam dirinya untuk hidup mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Idea tersebut muncul apabila sering terfikirkan bagaimana manusia dulu-dulu hidupnya mengembara dengan hanya berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi.

Untuk merasakan sendiri keadaan hidup nomad dia buat keputusan nekad menuju ke Chengdu, China. Di sana dia membeli sebuah basikal dan bermulalah sebuah perjalanan anak muda Malaysia hidup secara nomad di abad ke-21 yang serba moden ini.

Anda boleh baca tulisannya di sini untuk maklumat lanjut.

Jika anda berminat untuk mendengar perkongsian pengalaman kehidupannya bersama orang ramai bagaimana dia menjadi manusia nomad dan sudah menjelajah Tanah Besar China sehinggalah ke Kyrgyzstan dan juga ke kawasan Normadic yang sejuk sambil berbasikal, boleh dapatkan maklumatnya di sini.

Pernah rasa nak jadi Nomad juga

Impian yang dilakukan oleh Zahariz ini pernha menjadi impian saya ketika belum berkahwin dulu. Sejak pulang ke Malaysia dari France, saya menyimpan sebuah peta dunia yang direnung saban hari menyusun perjalanan kembara seluruh dunia berseorangan.

Cuma saya tak fikir waktu itu nak gunakan basikal. Saya hanya mahu mengembara berjalan kaki bermula dari Kubang Semang menujuk ke Thailand secara solo berjalan kaki dan dari Thailand naik ke atas sehingga ke Chengrai dan seterusnya masuk ke Burma, Bangladesh, India sehingga ke Tanah Arab di sana.

Impian pada waktu itu nak kerja sebentar, simpan duit sikit dan mula mengembara mengelilingi dunia secara solo menjadi manusia nomad. Tapi malangnya terpaksa berkahwin bila ada jodoh lalu impian menjadi orang nomad masuk dalam poket seluar diam sampai sekarang.

Kena rancang unttuk jadi keluarga nomad pula

Mungkin elok juga pergi dengar talk dari Zahariz dan hidupkan semula impian untuk mengembara menjadi manusia nomad. Tapi kali ini terpaksa merancang untuk menjadikan seluruh keluarga yang terdiri dari seorang isteri dan lima orang anak turut sama menjadi manusia Nomad.

Masalah yang terlintas dalam kepala jika nak jadi seluruh keluarga nomad adalah bagaimana dengan pendidikan anak-anak pula. Mereka masih kecil dan jika di bawa sama mereka mengembara ke seluruh dunia tentu menjadi kesalahan kerana mengabaikan pendidikan anak-anak.

Apakah anda ada idea atau cadangan untuk menjadikan satu keluarga sebagai manusia nomad yang mengembara ke seluruh dunia mencari dan melihat kebesaran Allah dan belajar menjadi manusia melalui pengalaman kehidupan nomad...berikan komen dan idea di ruang komen!!!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Zahariz, pemuda Melayu yang hidup Nomad berbasikal mengembara dunia

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. Time bujang dulu, saya pun ada jugak keinginan berkelana seluruh dunia dan hidup secara nomad. Ni dah kahwin ada anak ni, rasanya saya kena simpan aje hajat saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kita plan mengembara dengan keluarga pula!

      Delete
  2. Ada satu keluarga Melayu yang mengembara dari United Kingdom menggunakan Karavan untuk balik ke Malaysia.Tebaik jugak tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Ya!, betul jugak kan, boleh guna Caravan, tapi negara kita tak luluskan penggunaan caravan ni...tapi boleh diusahakan. Tq bro

      Delete
  3. Macamana orang yang travel lama gila ni cari duit untuk tampung kehidupan diorang. Dan apa yang diorang buat pada waktu lapang sebab travel sorang-sorang ni agak sunyi jugak sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak ya!, nak kena pergi dengar talk dia kalau nak tahu.

      Delete
  4. Pernah bercita-cita begitu tapi tak lah sampai berjalan kaki sebaliknya menaiki kenderaan. Nak mengembara dari Thailand - China - Rusia. Cukuplah buat sampai situ destinasinya buat semantara. Unfair nak bawa anak-anak nanti pelajaran terbengkalai, so the best hantaq sekolah asrama.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !