Thursday, 12 December 2013

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon

Posted by   on

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon

Betul kah tajuk di atas tu? Tempat mandi menarik di Puchong???, adakah tempah mandi atau berkelah di Puchong dan manarik pula. Tentu soalan itu bermain dalam fikiran bila terlihat tajuk di atas.

Saya juga pada mulanya tak tahu kewujudan satu tempat yang dipanggil sebagai Blue Lagoon di kawsan Puchong. Bila kawan menceritakannya baru-baru ini rasa macam melawak sahaja. Tapi dia nampaknya serius dan bercadang nak buat satu ekspedisi dengan geng-geng surau bila ada masa nanti.

Ekspedisi ke tempat mandi menarik Puchong - Blue Lagoon

Ketika mendapat panggilan untuk ekspedisi ke Blue Lagoon ini saya berada di utara tanah air. Imam telefon untuk berikan dua maklumat. Pertamanya untuk program konvo kanak-kanak Pasti dan keduanya untuk projek ekspedisi ke Blue Lagoon.

Pantang kena ajak saya ok saja. Lagipun akspedisi masuk hutan panjat bukit turun bukit cari tempat mandi menarik merupakan salah satu hobi kegemaran. Sebab utamanya adalah untuk koleksi gambar menarik dan keduanya atas dasar cintakan alam sekitar yang kehijauan dikelilingi pokok-pokok dan mahu jauhkan diri sekerap mungkin dari hutan batu.

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon


Cara nak ke tempat mandi menarik Puchong

Diringkaskan cerita maka pada pagi ahad, kami berkumpul di surau seawal 7.30 pagi dan bertolak dengan kereta menuju ke lokasi yang saya tak tahu sebelum ini. kami ambil jalan ke Giant Puchong dengan melalui Warehouse DHL dari Puchong Perdana. Jika anda datang dari bulatan Pekan Puchong Perdana terus ke hadapan untuk keluar ke jalan utama (LDP).

Anda akan melalui Masjid As-Salam (masjid terbaik seluruh negeri Selangor) di sebelah kiri. Terus kehadapan dan bertemu dengan lampu trafik di bawah jejambat lebuhraya. Tunggu lampu hijau dan terus ke hadapan melalui warehouse DHL dan bertemu satu lagi lampu trafik. Tunggu hijau dan terus lagi kedepan.

Akan bertemu pula stesen pam minyak shell (sebelah kanan) dan ada satu lagi lampu trafik. Tunggu hijau dan terus ke hadapan sehingga bertemu pula stesen minyak Petronas (sebelah kanan). Terus ke depan dan bertemu satu lagi lampu trafik. Rapat ke kanan kerana anda perlu pusing kanan masuk ke simpang jalan antara perumahan dan taman perindustrian baru siap.

Sebaik sahaja masuk kanan, rapat ke sebelah kiri untuk masuk ke Laman Puteri 1. Terus kehadapan sehingga berjumpa dengan Kondo Casa Puteri di sebelah kiri, terus lagi sampai bertemu dengan Apartmen Seri Cempaka sebelah kanan. Selepas apartment itu, belok kanan masuk ke Persiaran Bukit. Terus dan pandang hadapan. Itulah tempat bermulanya laluan menuju ke tempat mandi menarik Puchong.

Anda berada di sebelah Jalan Wawasan 5/1 sebenarnya di mana ia merupakan deretan rumah kedai yang tak berapa maju sebab tersorok sangat lokasinya. Carilah tempat yang sesuai untuk letakkan kereta. kalau waktu petang atau pagi dihujung minggu, mereka penuh sebab ramai berlumba-lumba untuk melenguhkan lutut daki bukit wawasan itu.

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon


Tempat menarik tu di panggil Bukit Wawasan

Barulah saya teringat jiran Cina depan rumah selalu ajak saya panjat bukit wawasan untuk jungle tracking setiap kali terserempak saya berjongging setiap pagi. Saya ambil faham dia sekadar nak beritahu bahawa dia juga aktif keluarkan peluh tapi dengan cara jungle tracking dan bukannya nak ajak saya sangat.

Akhirnya sampai juga saya ke tempat yang sering dikunjungi oleh ramai jiran Cina saya. Ada satu lagi keluarga Cina di Taman yang sama saya tinggal tak pernah missed ke Bukit Wawasan satu keluarga dari Atuk, sampai cucu. Mereka biasanya pergi daki awal dan pada pukul 8 dah balik rumah.

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon


Maklumat nak panjat Bukit Wawasan

untuk mendaki Bukit wawasan itu aspek keselamatan perlu dijaga. Kalau musim Hujan saya nasihatkan tak payah pergi cari pasal walaupun masih ramai yang tetap panjat di kala musim Hujan. Rasanya tak berbaloi kalau tersungkur dan terseliuh kat atas bukit tu.

Ada dua jalan mendaki dan meredah hutan bukit tersebut. Jalan pertama lebih landai tetapi ambil masa 45 minit untuk ke puncak. jalan yang satu lagi pula lebih curan dan ambil masa setengah jam untuk sampai ke kemuncak. pilihlah mana satu berdasarkan kekuatan kepala lutut anda.

Bila dah sampai kemuncak, ada terpacak bendera Malaysia. Kawasannya tak berapa luas dan biasanya orang akan ambil angin sebentar di tengah hutan itu dan mula turun untuk balik.

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon


Menuju ke tempat mandi menarik dari check point hiking

Semua orang balik turun dari bukit itu, namun kami semua menyambung perjalanan menuju ke kawasan larangan. Ramai yang tahu adanya tempat tersebut tetapi tak ramai yang berani meredahnya. Perjalanannya dari situ mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke tempat mandi menarik Puchong yang dinamakan Blue Lagoon.

Untuk mereka yang teringin nak tengok bagaimana permandangan Tempat mandi Menarik di Puchong itu, saya paparkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Hutang tersebut sebenarnya adaah hutan simpan dan menjadi kegunaan para pelajar UPM membuat kajian.

Tempat mandi menarik di Puchong - Blue Lagoon

3 comments:
Write comments
  1. kawasan larangan?
    tapi boleh pula dimasuki

    nampak sangat cantik sekali

    ReplyDelete
  2. kalu terserempak ngan RENJER UPM, mmg sah kena hambat keluar weh

    ReplyDelete
  3. jaga-jaga rimau kumbang puchong (mcm panther) ada merayap kat sana

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter