Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 19, 2014

Antara Mazda CX5, Honda Accord atau Toyota Hilux, nak beli mana satu?

  Mohd Shubhi       Sunday, January 19, 2014
Toyota Hilux
Ketiga-tiga kereta yang disenaraikan di atas, Mazda CX5, Honda Accord dan juga Toyota Hilux bukan kenderaan keluaran dan kebanggan negara. Ketiga-tiga mereka bukan anak emas kerajaan Malaysia dan bukan juga anak emas kebanggan rakyat Malaysia.

Tapi itulah senarai yang sedang ada dalam fikiran seandainya ada rezki untuk membelinya. Tak ada dalam senarai mana-mana model kereta proton pun. Kereta proton tak dapat menepati citarasa.

Kita beli kereta untuk digunakan buat cari makan. Juga digunakan untuk aktiviti keluar makan angin atau berjalan-jalan bersama keluarga. Oleh itu ciri-ciri keselesaan penting. Juga ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan sebagainya.

Kita bukan beli kereta untuk membantu industri kereta negara, bukan juga untuk mempamerkan rasa bangga memiliki kereta buatan Malaysia. Biarlah orang seperti Syed Mokhtar, Tun Mahathir, atau sesiapa saja Taikun negara yang kaya raya buat kerja itu.

Tetapi jika kualiti, keselesaan, keselamatan dan lain-lain setanding atau lebih lagi berbanding kereta luar negara, tak perlu paksa. kita akan turut rasa bangga. Sudah tentu rakyat berbangga dengan kereta buatan negara sebegitu.

Berapa harga Mazda CX5, Honda Accord dan Toyota Hilux

Bila nak beli kereta, sudah tentu faktor harga diambil kira. Asasnya adalah samada kereta itu mampu kita beli. Jadi aras yang perlu diambil kira adalah berapa bajet kita. Berapa harga paling tinggi kita sanggup ambil.

Dalam kes harga paling tinggi, rasanya harga dalam lingkungan RM150 ribu ke RM160 ribu dah kira ok. Jadi saya buat keputusan untuk melihat senarai kereta yang berada dalam lingkungan harga tersebut. Lalu tersenarai pendeklah Mazda CX5, Honda Accord dan Toyota Hilux.

Mazda CX5

Ini kereta agak baru. Menggunakan teknologi tinggi yang mereka panggil Skyactive. Macam biasa industri kereta akan gunakan berbagai perkataan yang hebat. Ia seperti melambangkan teknologi terbaru ciptaan makhkuk asing dari angkasa.

Ini mulanya menjadi pilihan utama. Salah satu faktor paling menarik adalah ciri-ciri jimat tenaga yang ada padanya. Dengan menambil kira spec paling tinggi yang ditawarkan, nilainya jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Honda CRV.

Tapi malangnya, tempahan yang dibuat sekarang hanya boleh dipenuhi dalam masa 7 bulan lagi!. Punyalah ramai orang terkejar-kejarkan kereta Mazda CX5 ini. Siapa yang sanggup tunggu selama itu. Nilai susut harga kereta dalam masa 7 bulan cukup besar. Tambahan pula jika kereta itu bukan Honda atau Toyota.

Agak pelik juga bila dapat tahu permintaannya tinggi, tetapi tiada jalan penyelesaian lain untuk penuhi permintaan tersebut. Pemasangannya di lakukan di Kilang Inokom, Padang Meha , Kulim. Apakah mungkin skill pekerja di sana tak cukup baik untuk tingkatkan pengeluaran dengan kualiti yang dikehendaki?

Honda Accord baru

Ini pilihan kedua. Honda Accord model baru setelah model sebelum ini dianugerahkan pada Proton untuk menggantikan Perdana. Mulanya rasa malas nak pertimbangankan Honda Accord kerana terasa macam ada hubungkait antara Perdana dengan Honda Accord. Badi Perdana nampak macam melekat pada Honda Accord.

Tetapi bila tengok model barunya agak mengancam, maka harganya terus disemak. Model Honda Accord paling asas, 2.0 cc dijual dengan hatga lebih kurang RM139 ribu. kalau nak capasiti yang sama 2.0 tetapi berciri-cirikan aksesori model 2.5, perlu tambah lagi RM10 ribu menjadikannya RM149 ribu. kalau RM149 ribu, lebih baik ambil Honda CRV.

Toyota Hilux

Ini kereta yang dah lama diintai dari jauh. Kereta lasak yang semua orang tahu amat terbukti nilainya. Terkenal sejak lama dulu, dari satu jenerasi ke satu jenerasi yang lain. Keluaran Toyota Hilux sentiasa mendapat sambutan tinggi.

Ini kereta yang saya mahu atas faktor kegunaan. Saya suka masuk hutan dan suka layan aktivit lasak. Suka travel atau kembara di jalanan. Jadi ini kereta paling sesuai. Tambahan pula satu keluarga suka kereta jenis ini bila saya bawa balik dan gunakan selama 2 minggu untuk tengok reaksi mereka.

Harganya pula hanya RM100 ribu. Double Cab, 2.5 litre dan transmisi auto. Ditambah lagi dengan 4WD!. Murah rupanya berbanding dengan kesemua pilihan di atas tadi.

Kalau nak, stok sentiasa ada. Pembuatan tahun 2014 lagi dan tak perlu risau dengan nilai susut jika nak jual selepas digunakan.

Cuma orang selalu kata, kenapa kamu nak pakai kereta sebegitu, jagalah imej sikit. Takkan nak pakai kereta kontraktor. kamu bukannya kontraktor. Ayat itu ada pengaruh juga selama ini yang membuatkan Toyota Hilux tercorot dari senarai.

Tapi bila difikirkan diri sendiri yang nak pakai, nak beli dan nak kena bayar semua kos, kenapa nak ikut apa yang orang lain nak kita pakai?

Akhirnya, antara Mazda CX5, Honda Accord atau Toyota Hilux, yang terakhir itulah menjadi pilihan. Itupun jika ada duit....anda pula macam mana? boleh berikan sedikit pendapat tak?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Antara Mazda CX5, Honda Accord atau Toyota Hilux, nak beli mana satu?

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. Di Mslaysia guna lah Hilux.Sebab kebanyakkan jalan macam off road,jungle trek,hancur kereta2 saloon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honda, servis berkala ditetap pada 5000 km. Kos servis sekitar 400 - 450.
      Toyota, servis ditetap pada setiap 10000km, dengan anggaran kos yang sama.
      Honda accord hanya ada 2 airbag.
      Toyota hilux atau jenis2 yg sepertinya hanya selesa pada seat depan. Duduk belakang macam naik kereta lembu. Utk business purpose boleh.
      Alternatif, peugeot 3008 pun ok. Toyota harrier pun ok. Peugeot now provide 5 years unlimited mileage warranty.

      Delete
    2. Maklumat yang berguna dan menarik. Terima kasih banyak-banyak...nak kena buat senarai lain nampaknya!

      Delete
  2. Kalu ambik mazda cx5 kira geng le kita..hehehe. Saya kira bernasib baik sb 3 bulan dah dapat dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana pengalaman pakai CX5? selesa? minyak jimat ke?...teringin nak tahu gak...boleh buat artikel pasal pengalaman pakai CX5 dan bagi kat saya siarkan pada blog ni tak...hehehe!

      Delete
  3. Toyota Hilux yg ada sekarang terlalu agriculture. Lebih baik tunggu model upcoming late 2015 arau awal 2016 yang lebih selesa kepada penumpang belakang.

    Review memberi reaksi positif kpd aspek keselesaan berbanding model sekarang yang tidak memiliki ciri-ciri keselamatan seperti VSC dan TRC.

    Sangat berbaloi menanti model Hilux baru

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !