Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 20, 2014

Harga kereta turun 30% pada 2017 - National Automotive Policy (NAP 2014)

  Mohd Shubhi       Monday, January 20, 2014
NAP 2014, harga kereta import turun
Sejak Pakatan Rakyat mencabar penurunan harga kereta import yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, kerajaan Barisan Nasional tak boleh lagi ambil ringan terhadap National Automotive Policy.

Tak pernah lagi kerajaan Barisan Nasional merasa tertekan lebih hebat selama ini berbanding sekarang dalam apa saja tindakan mereka. Tekanan itu bertambah dan makin bertambah sejak pakatan parti pembangkang semakin kukuh.

Sekarang kerajaan tak boleh lagi buat keputusan sesuka hati mereka. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat mencabar kerejaan Barisan Nasional agar lebih telus dan bijak dalam segala tindak tanduk mereka.

Tekanan turunkan harga kereta terhadap National Automotive Policy (2014)

Samada anda seorang penyokong Pakatan Rakyat atau penyokong Barisan Nasional, tawaran untuk turunkan harga kereta import seperti Honda, Volkswagen, Toyota, BMW, Audi, Mercedes dan lain-lain lagi seumpamanya, sudah tentu dinanti-nanti.

Apa yang mengecewakan ramai pihak adalah apabila kerajaan dilihat cuba mempertahankan kereta nasional seperti Proton dan Perodua yang jauh tercorot dari segi kualiti berbanding kereta berjenama lain dari luar negara.

Harga yang dibayar tidak setimpal dengan apa yang rakyat dapat apabila membeli kereta Nasional. Sedangkan sepatutnya harga yang sama boleh digunakan untuk membeli kereta Honda atau Toyota atau Volkswagen jika tidak disebabkan oleh cukai yang mencekik darah.

Ditambah lagi pula dengan sistem AP yang hanya melantik orang atau pihak tertentu sahaja untuk mengimport kereta dari luar. Semua orang tahu betapa sistem AP ini telah menjadi lubuk buat duit ramai usahawan ali baba yang nak kaya cepat tetapi malas dan bengap serta mementingkan diri sendiri.

Tapi nampaknya kerajaan masih berdegil bahawa sistem AP yang ada sekarang masih tetap diteruskan. Itulah nampaknya arah tuju atau National Automotive Policy (NAP 2014) yang diumumkan hari ini !. Seronok para pemegang AP dan berterusan lagilah kroni-kroni buat duit dari sistem AP yang ada.

Bila harga kereta akan turun berdasarkan National Automotive Policy (NAP 2014)

Jika dilihat perancangan kerajaan sekarang harga kereta tidak dapat diturunkan sekali gus begitu sahaja kerana ia melibatkan banyak pihak lain yang akan ditimpa bala dan malapetakan jika harga kereta terus turun.

Bayangkan jika harga kereta terus turun sebanyak 30%, apa akan jadi kepada sekurang-kurangnya satu juta orang penghutang loan kereta? mereka akan garu kepala kerana kereta yang sedang dipandu mereka ketika itu merupakan satu liabiliti yang cukup membebankan kehidupan.

Begitu juga perkara yang sama akan berlaku pada semua dealer kereta terpakai akan turut sama gulung tikar disebabkan tak ada siapa dapat membantu mereka untuk menanggung kerugian perbezaan antara hutang mereka dengan harga sebenar stok kereta mereka.

Walau apapun, National Automotive Policy (NAP 2014) mensasarkan bahawa harga kereta akan lebih murah sebanyak 20% ke 30% menjelang tahun 2017. Kerajaan sedang menurunkan harga kereta peringkat demi peringkat dan mereka bekerja sama dengan dealer kereta untuk mencapai sasaran tersebut.

Tetapi ada kemungkinan penurunan itu diterjemahkan dengan kualiti atau spec kereta yang jauh lebih rendah berbanding apa yang ada sekarang. Jika ini berlaku, ertinya rakyat Malaysia masih tidak dapat menikmati sepenuhnya kualiti sebenar yang ditawarkan oleh pengeluar kereta luar.

Apa yang perlu anda buat berdasarkan National Automotive Policy

Tak ada perkara paling baik yang boleh anda lakukan selain daripada jangan berhutang melebihi 3 tahun untuk pembelian kereta import.

Begitu juga dengan kereta-kereta lain samada second hand atau baru, elok jangan buat loan sampai 5 ke 7 tahun. Ini dapat menyelamatkan anda daripada kerugian berganda bila harga kereta mula turun sedikit demi sedikit.

Kita ikuti esok laporan penuh tentang National Automotive Policy (NAP 2014) di akhbar-akhbar utama atau portal berita. Jika anda ada komen tentang National Automotive Policy ini, sila buat diruang komen di bawah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Harga kereta turun 30% pada 2017 - National Automotive Policy (NAP 2014)

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. sy salesman dr ros merah.... sy rse pihk bank perlu melonggarkn sedikit syarat utk memiliki kereta buatan malaysia..x kira baru ataw yg terpakai supaya mnjadi kereta mampu milik. Sekarang ramai yg blacklist.... muda2 pn diistiharkn blacklist. makin byk kereta terpakai. Sy rse pihak kerajaan bergabung dgn semua pihak bank utk menawarkan satu promosi utk mendapatkn kereta mampu milik tetapi hanya buatan malaysia x kira baru atau terpakai.

    ReplyDelete
  2. Siapa pegang AP Toyota? Untung beratus ribu sebuah MPV.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !