Sunday, February 16, 2014

Air terjun menarik di pertengahan Bukit Fraser

  Mat Bihi       Sunday, February 16, 2014
Bukit Fraser

Kalau kita naik ke Bukit Fraser, tentu akan melalui satu tempat air terjun yang agak menarik di pertengahan Bukit tersebut. Saya tak berapa ingat pulak berapa jauh jaraknya daripada Pekan Kualau Kubu Bharu untuk sampai ke situ.

Yang pastinya, itu merupakan satu-satunya kawasan rehat yang ada air terjun untuk kita rendam kaki atau kanak-kanak mandi manda.

Kawasannya tak berapa luas sangat dan kolam tadahan di bawah ar terjun itu juga agak sederhana. Tapi cukup untuk membuatkan kanak-kanak meleleh air liur melihatnya. Biasanya orang tak ramai singgah di situ. Mungkin di sebabkan lokasinya yang berada ditepi jalan menyebabkan orang malu nak singgah.

Kali kedua singgah air terjun menarik Bukit Fraser

Ini merupakan kali kedua saya singgah di situ dan seperti sebelum ini, kamilah satu-satunya kereta yang singgah. Tak ada orang lain lagi yang singgah untuk merendamkan kaki mereka pada air yang sejuk di situ. Agak hairan juga dengan keadaan tersebut.

Setiap kali singgah saya akan meninjau seluruh kawasan itu untuk melihat tanda-tanda kehadiran orang sebelum ini. Ternyata memang ada kerana timbunan sampah berserta bahan yang terbuang di situ membuktikan ada orang dah singgah sebelum ini.

Kali ini saya lihat ada banyak kulit buah durian. Tak mungkin monyet makan buah durian dan menghimpunkannya pada longgokkan sampah.


Ada wakaf rehat pada kawasan air terjun ini

Kalau anda lihat gambar di atas, ada dua buah wakaf seperti itu diletakkan pada kawasan air terjun tersebut. Dari gambar atas juga boleh dilihat air terjun yang turun melimpahi sebuah kolan yang dibuat bagi menakungkan air nya. Kalau nak mandi memang boleh sangat.

Memandangkan ada banyak cerita berkenaan penyakit kencing tikus, saya rasa risau jugak untuk membiarkan anak-anak berpesta di dalam air.

Tambahan pula baru-baru ini ada dengan cerita salah satu kawasan perkelahan di Rawang telah ditutup kerana khuatir terhadap masalah kencing tikus. Memang cukup risau kalau nak mandi air terjun atau sungai di kawasan hutan sekarang ini.


Tapi kanak-kanak nak peduli apa dengan semua masalah itu. Saya berhentipun di sebabkan mereka ulang cakap pasal nak mandi air terjun tersebut sejak sehari sebelum melalui kawasan itu lagi. Jadi untuk meredakan keadaan, terpaksa juga berhenti.

Saya berikan syarat tak boleh tukar pakaian, hanya menyinsing kaki seluar sahaja untuk bermain air. Tapi nampaknya tak jalan taktik itu, saya lihat mereka mandi sama saja. Apa nak kata lagi...biar saja dan doa agar semuanya ok.

Bilik air segar di kawasan air terjun

Satu lagi yang menarik di kawasan itu adalah terdapatnya sebuah bilik air yang disediakan. Sumber air di bilik air itu adalah dari air terjun itu juga yang mana paip di salurkan dari kawasan tinggi air terjun itu dan terus masuk ke dalam sebuah kolam yang disediakan dalam bilik air.

Memang airnya sentiasa melimpah dan bertukar ganti. Rasanya sejuk sekali dan kalau mandi memang segar bugar sangat. Anda boleh lihat gambar bilik air pada imej paling atas. Bangunan berwarna kuning paling kiri merupakan bilik air.

Apakah anda pernah singgah di kawasan ini? kalau ada boleh kongsikan sedikit cerita kat bawah...

logoblog

Thanks for reading Air terjun menarik di pertengahan Bukit Fraser

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. tak pernah lah pula singgah kalau lalu sana...kalau sunyi tak berani lah...hehehe

    ReplyDelete