Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, February 25, 2014

Pengalaman bersama Nissan Sentra

  Mohd Shubhi       Tuesday, February 25, 2014
prestasi Nissan Sentra

Nissan Sentra merupakan kereta paling terkini yang saya pakai setelah bersama dengan berbagai jenis kereta yang saya tulis dalam artikel bertajuk, Proton Saga, Satria, Honda Civic, Perodua Kelisa Dan Volvo.

Ketika bersama dengan kereta Volvo S40, saya masih lagi menggunakan Kereta Kelisa Merah yang banyak berjasa itu. Apabila saya membuka satu lagi syarikat baru dengan mengambil seorang rakan niaga berbangsa Cina, saya berikan Volvo S40 tersebut untuk dia gunakan bagi menaikkan perniagaan tersebut.

Begitulah yang saya amalkan dalam menjadi usahawan, apa saja yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan bermanfaat. Oleh itu saya korbankan saja Kereta Volvo S40 untuk tanam keyakinan rakan niaga yang saya ambil.

Saya kembali menggunakan Kelisa untuk urusan harian ke pejabat dan berjumpa orang. Begitu juga untuk kegunaan keluarga samada bila balik kampung atau pergi berjalan-jalan. Lagipun saiz keluarga masih membolehkan saya hanya menggunakan Kelisa yang kecil itu.

tips jaga kereta nissan sentra

Beralih pula kepada Nissan Sentra

Setelah beberapa lama membiarkan rakan niaga menggunakan Volvo, saya beli kereta baru pula kepadanya untuk digunakan dengan menggunakan duit hasil daripada perniagaan. Volvo yang ada saya rancang untuk menjualnya dan menggantikannya dengan kereta lain.

Setelah membuat beberapa perbandingan, akhirnya saya buat keputusan ambil Nissan Sentra yang ada banyak tawaran istimewa ketika itu. Yang paling menarik adalah tawaran rebate lebih kurang RM10,000 yang sudah tentu saya tak akan lepaskan.

Diringkaskan cerita, saya dapat kereta baru yang masih berbau kedai, dapat tawaran murah dan jimatkan banyak duit saya ketika itu. Ini merupakan satu pengalaman baru menggunakan kereta baru keluar dari kedai. Selama ini saya hanya membeli kereta second hand saja.

Nissan Sentra memang sesuai untuk kereta keluarga

Nissan Sentra memang sesuai digunakan sebagai kereta keluarga. Bentuknya sederhana, dalamnya luas dan selesa. Pemanduannya juga stabil dan tidak terasa ringan seperti kereta-kereta Jepun sebelum ini. Tapi sudah tentu tidak semantap kereta Volvo S40.

Nissan Sentra juga jimat kegunaan minyaknya berbanding dengan semua kereta lain yang saya gunakan sebelum ini, kecuali jika dibandingkan dengan Kelisa. Memang tak patutpun jika anda membandingkan penjimatan minyak dengan kereta yang berlainan kapasitinya.
rupa kereta Nissan Sentra

Nissan Sentra jarang tukar rupa

Satu lagi perkara yang saya rasa selesa dengan kereta Nissan ini adalah kekerapan mereka menukar model atau rupa bentuk model baru yang agak lama berbanding dengan kereta Jepun lain.

Kalau kereta Honda atau Toyota, mereka terlalu kerap tukar bentuk atau model baru. Setiap kali pertukaran rupa bentuk baru, model lama akan kelihatan ketinggalan dan tidak manarik. Walaupun kita tidak sepatutnya membiarkan perasaan apa orang kata menguasai diri, sedikit sebanyak ia tetap menjadi salah satu faktor yang kita pertimbangkan juga.

Itulah kelebihan membawa kereta Nissan terutamanya Nissan Sentra. Sampai sekarang model yang saya pakai masih ada di pasaran dan masih dijual dengan harga yang sama. Tidak ada lagi model kereta Nissan Sentra baru yang diperkenalkan. Nissan lebih suka memperkenalkan jenama baru dan tidak mengekalkan jenama lama seperti Honda dan juga Toyota.

Servis penyelenggaraan Nissan Sentra juga murah dan cekap

Sejak beli mula dulu sampai sekarang saya hanya menghantar servis kereta Nissan Sentra tersebut ke Nissan Servis Centre di Glenmarie. Saya selesa dengan kecekapan mereka dan hasil hubungan yang akrab dengan pekerja di servis centre tersebut saya memudahkan segala urusan saya.

Oleh kerana saya kerap berjalan, maka untuk mencecah 5 ribu kilometer perjalanan cukup cepat. Jadi akhirnya saya gunakan minyak enjin sintetik yang membolehkan servis hanya dilakukan setiap 10 ribu kilometer sekali.

Samai sekarang kondisi kereta Nissan Sentra masih mantap seperti baru walaupun dah 5 tahun saya menggunakannya. Untuk mendapatkan keadaan sebegitu, pastikan kita hantar servis kereta pada mereka yang mahir tentang jenis kereta tersebut.

Dengan menggunakan Nissan Servis Centre, saya puas hati dan mereka tahu dari dalam sampai luar selok belok kereta Nissan Sentra. Apa saja masalah akan dapat diselesaiakan. Asalkan anda ada duit, semuanya boleh diatasi dengan cekap. Duit tak ada maslaah sebab semua kos selenggara kereta ditanggung oleh syarikat. Itu salah satu kelebihan berniaga

Satu-satunya masalah Nissan Sentra

Bukan semuanya sempurna, begitu juga Nissan Sentra, ada satu masalah yang yang saya tak suka tentang kereta Nissan Sentra ini. Masalahnya adalah berkenaan pendingin hawa kereta tersebut.

Setelah dua tahun memakai Nissan Sentra, pendingin hawanya sering mendatangkan masalah tersumbat. Banyak kalai berlaku bilamana anda akan mendengar bunyi seperti deruan air terjun di dalam hutan jika membuka pendingin hawa kereta Nissan Sentra yang tersumbat sispem aircond.

Air akan bertakung dalam dashboard dan bila dibuka aircond, ia akan meniup takungan air tersebut sehingga kuat kedengaran seperti hujan atau bunyi deruan air sungai. Mulanya saya tak tahu dari mana datangnya bunyi tersebut.

Saya sangkakan ianya disebabkan air dari luar yang masuk ke dalam dashboard ketika waktu hujan. Tapi bila bukan musim hujanpun berlaku masalah yang sama, barulah saya tahu air itu datang dari sistem pendingin hawa kereta Nissan Sentra.

Rasanya itulah sahaja kelamahan Nissan Sentra yang boleh saya kongsikan. Jika anda ada hasrat untuk memakai Nissan Sentra, saya syorkan sangat. Tapi pastikan tidak ada masalah aircond pada kereta byang anda nak beli itu. Selain daripada pendingin hawa, yang lainnya semuanya ok saja. Sesuai sangat jika anda bukan kaki melaran dan bukan kaki pecut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman bersama Nissan Sentra

Previous
« Prev Post

26 comments:

  1. Emm bila la leh pakai kereta besar ni..hehe

    ReplyDelete
  2. salam en Shubhi...Kbetulan saya juga memakai kereta model yang sama...Tapi setelah penggunaan selama 7 tahun.(disember2006). saya tidak mengalami masalah aircond seperti yang en. shubhi ceritakan..Cuma ade sekali sahaja(dlm 3jam) aircond saya tidak hidup tanpa diketahui puncanya...ini emel sya 'spigot_man@yahoo.com' dan fb Spi Got' jika en shubhi ingin berkongsi maklumat mengenai sentra bolehla hubungi saya ye...memang benar sentra adalah satu model kereta yang bagus dan tak banyak ragam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En Azman sudi kongsikan pengalaman. Nampaknya saya nak kena check dengan Nissan Servis centre kenapa aircond kereta saya jadi begitu.

      Delete

  3. salam en. shubhi...Kebetulan saya memakai model yg sama...Setelah penggunaan selama 7 tahun(dis 2006) saya tidak penah mengalami masalah aircond spt yg en ceritakan, cumanya ade sekali sahaja(selama3 jam) aircond saya tidak bole hidup tanpa diketahui puncanya. Memang benar sentra adalah satu model kereta yang bagus dan tidak banyak ragam..Jika ingin bertukar2 maklumat dgn sya bole la hubungi mlalui emel 'spigot_man@yahoo.com' fb 'Spi Got'

    ReplyDelete
  4. SALAM...saya baru booking kereta nissan sentral manual tahun 2006. Boleh sharekan penggunaan minyak berbanding kereta wira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau maintenance semua lancar, Fulltank boleh diisi dengan RM75 ke RM80 dan perjalanan dari KL ke Pulau Pinang hanya dalam lebih sikit dariseparuh tangki dengan kelajuan saya selalunya dalam lingkungan 120km/j. Harap tuan boleh bandingkan.

      Delete
  5. SALAM...saya baru booking kereta nissan sentral manual tahun 2006. Boleh sharekan penggunaan minyak berbanding kereta wira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengalaman lebih menjimatkan berbanding Wira...kalau jaga selengaraan dengan baik, insyaallah ok

      Delete
    2. Ya ke jimat dari Wira Manual? Saya ada wira 1.5 manual 2000. Kalau 26L boleh pergi sampai 630km.

      Saya ada Nissan Sentra Nismo Sport 1.6 Manual juga. kalau 26L boleh pergi sampai 580km saja.

      Apa pun kena lihat cara pemanduan juga. Saya tidak gemar menekan brek secara mengejut dan lebih suka menggunakan gear apabila hendak berhenti dan tekan brek perlahan-lahan.

      Atau...guna gear perlahankan kereta jika sedang masuk selekoh tajam dan teruskan semula dengan gear tinggi selepas laluan selesa. Itu sebab saya lebih selesa dengan manual.

      Baik Wira atau Sentra saya guna minyak German 7k-10k

      Delete
  6. Minta pendapat semua..kereta 2nd hand thn 2005.nissan sentra.sekarang thn 2014.hampir 10 thn.masih bertahankah kalau kita nk guna?
    Harap anda semua dapat share pendapat.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak ada masalah. Kalau beli 2nd hand, elok hantar ke Nissan servis centre buat major servis terlebih dahulu. Insyallah ok...

      Delete
  7. Salam sy bleh tolg bgi tau sy dkt mne tmpt servis kereta yg ok2 skit area dkt2 pj ni...klu bleh sy berminat service dgn bumiputera..sy guna nissan latio hatchback..tolg whtsup 0176968582

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sentiasa pergi pada Nissan servis centre juga kalau pakai Nissan... kalau ada maklumat nanti saya akan beritahu...tq

      Delete
  8. salam en shubhi major servis nissan brape km ? dan price ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Subhi

      Nak minta pandangan...

      Saya nak tukar kereta second hand SAMA ADA...

      1.KIA SPECTRA 1.6(A) 2006 RM15K

      atau

      2.NISSAN SENTRA 1.6(A) RM25K

      Mohon dapatkan pandangan dan pegalaman semua dar aspek buruk baiknya kedua2 model ini.

      Terima Kasih.


      Delete
    2. Saya syorkan untuk ambil Nissan Sentra sebab terbukti reliable dari segi ketahanan dan penjimatan minyak. Kia spectra dengar kata ada banyak masalah juga dari segi maintenance...

      Delete
    3. baik belinissan sentra tahan dan maintainance ok.. kia spectra bnyk ragam jugak

      Delete
  9. Nissan Sentra anytime, anyday. Sy beli Sentra 2nd year 2001 pada tahun 2007, pakai sampai 2015. Puas hati, berbaloi, jimat, senang maintain. Sy jenis malas/tak pandai/tak ambik pusing sgt pasal maintenance kecuali servis sahaja. Pakai lanyak sana sini. Sedih bercampur gembira, Sentra sy akhirkan akan ditrade in utk Almera. Insyaallah sebelum raya. Sebab trade in sebab tak rasa mampu nak maintain 2 kereta.

    ReplyDelete
  10. Sy beli Nissan sentra Manual, Model 2010. Sekarang mengalami problem ngan gear lima (tendang). Nak cari pun susah nak dapat.any idea where to get?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Workshop ni. Dia pakar Nissan. Helmy Autowork, No 5, Pinggiran Putra 4A/4, Desa Pinggiran Putra, 43300 Kajang, Selangor

      Delete
  11. en Shubhi pakai 1.6 ke 1.8, dan dan auto ke manual? sy nak beli 1.6 auto thn 2005, mileage 250k, masih ok lagi tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama saya jual kereta tu tukar kepada Nissan Sylphy pulak. Kalau tak silap saya pakai 1.6 manual. Kalau tahun 2005 ertinya dah 14 tahun usia kereta tu. Dah jalan dalam 250k ertinya owner lama travel dalam lingkungan 17k setahun. Tak banyak sangat mileage nya dan bagus tu!

      Delete
  12. Sentra 1.6 (a) N16 tahun 2003, milies dah 288+++
    enjin tak ada masalah buat masa ni. servis ikut masa. part pun senang dapat lagi. bawa masih sedap dan mantap walaupun dan 17 tahun.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum tuan. nak minta pandangan. sy plan nk beli kereta secara tuani bajet bawah rm17k untuk kegunaan harian sy pergi kerja. sy lihat nissan sylphy atau sentra antara pilihan sy. yang mana lagi berbaloi ya

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !