Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, February 2, 2014

Sup tulang paling sedap di Puchong

  Mohd Shubhi       Sunday, February 2, 2014
sup tulang melayu paling sedap
Jika anda seorang peminat sup tulang, tinggal disekitar Puchong dan kawasan yang sekeliling dengannya, tentu nak tahu kat mana boleh cari sup tulang paling sedap di Puchong.

Saya bukanlah seorang peminat sup sangat. Tetapi jika lidah dah tak tahu nak rasa makan apa, jika selera makan tak berapa nak ada, biasanya sup tulang akan menjadi pilihan.

Dalam keadaan tak ada selera makan, order sup tulang, tambah dengan telur dadar sebiji dan di makan dengan nasi, memang amat menyelerakan. Masukkan kuah sup kasi banjir dalam nasi kita dan makan dengan sudu...Subhanallah! sedap tak terkira.

Sup tulang paling sedap di Puchong ada di Masjid As-Salam

Kalau anda biasa dengan kawasan Puchong, untuk mencari kedai makan yang ada menyediakan sup tulang ni memang ada banyak. Tambahan lagi jika di waktu malam, hampir kesemua kedai Tomyam Siam ada menyediakan sup tulang.

Jika anda naka makan sup tulang, atau apa-apa saja jenis sup samada daging atau ekor, dan masakannya disediakan mengikut resepi Siam, saya cadangkan satu kedai di Puchong Perdana. Ada satu kedai TomYam di Puchong Perdana yang bernama Alissara.

Kalau anda masuk ke Puchong dari LDP, setelah melalui Masjid As-Salam di sebelah kanan, terus ke depan sehingga berjumpa bulatan. Ambil pukul 3 dan terus ke depan sehingga berjumpa stesen minyak Petron di sebelah kanan.

Selepas Petron, di depan sikit ada simpang ke kiri. Ambil simpang kiri itu dan lihat sebelah kanan ada sebuah restoran mamak Bennasir dihujung bangunan yang pertama. Restoran Alissara ada sederet dengan restoran itu tetapi dihujung sebelah sana.

Jadi bila nampak simpang kanan masuk ke kawasan itu, belok kanan dan kanan sekali lagi dan terus ke depan dan belok kiri dan terus ke hujung sampai bertemu dengan restoran Alissara. Kedai Alissara dibukan setiap hari pada waktu petang sampai pkul 1 pagi.

Itu kalau anda nak kakan suptulang paling sedap dalam citarasa siam. Tetapi jika anda nak makan sup tulang paling sedap di Puchong dalam citarasa Melayu, anda hanya boleh temui di Masjid As-Salam.

Sup Tulang paling sedap di Puchong hanya ada setiap hari jumaat

Cuma masalahnya adalah anda tak boleh pekena sup tulang tersebut setiap hari. Taukeh Sup Tulang paling sedap di Puchong, Haji Jamal, hanya berniaga setiap hari jumaat di sebelah pagar Masjid As-Salam. Dia bukan seawal 11 pagi dan biasanya tutup selepas selesai solat Jumaat.

Biasanya kalau nak bungkus saya perlu pesan atau booking terlebih dulu sebelum solat jumaat. Jika tidak alamat makan kuah saja yang tinggal. Sup Tulang Haji jamal tak pernah tak habis. Orang ramai pulun makan sup tulang paling sedap Haji jamal itu setiap kali datang hari jumaat.

Saya memang suka rasa supnya. Walaupun dinamakan sup tulang tetapi jumlah isi daging yang dimasukkan bersama memang banyak. Hirup sup tulang itu atau dicicah dengan roti memang cukup menyelerakan. Bungkun bawa balik dan makan dengan nasi juga sedap di samping lebih menjimatkan.

Itulah sup tulang paling sedap di Puchong yang saya dapay kongsikan pada pembaca yang minat dengan sup tulang. Kalau nak makan, pastikan anda datang solat jumaat di Masjid As-Salam. Datang awal supaya boleh makan awal dan tak berebut dengan orang ramai.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sup tulang paling sedap di Puchong

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !