Friday, 28 February 2014

Teknik belajar bahasa asing

Posted by   on

belajat bahasa inggeris mudah
Bahasa Inggeris mungkin satu bahasa asing bagi anda.

Oleh kerana blog ini, ditulis dalam bahasa malaysia, saya beranggapan majoriti pembacanya adalah daripada kalangan mereka yang punyai bahasa malaysia sebagai bahasa ibunda.

Saya juga merupakan seorang yang fasih berbahasa Melayu kerana bahasa ibunda saya bahasa melayu.

Celik saja mata, saya didedahkan dengan bahasa melayu. Mak saya tak reti bahasa lain selain dari melayu.

Ayah saya pula boleh berbahasa lain seperti Hokkien dan Tamil, tetapi dia tidak menjadikan bahasa-bahasa tersebut sebagai bahasa pertuturan di rumah.

Mungkin bercelaru jadinya jika kami didedahkan dengan berbagai bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, selain dari bahasa melayu, bahasa lain adalah baha sa asing buat saya.

Pendedahan pada bahasa inggeris

Mungkin ayah saya berpandangan jauh. Sebab itu dihantarnya kesemua anak-anaknya ke sekolah Stowell di Bukit Mertajam. Sebuah sekolah rendah yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Semua abang-abang saya dari yang sulung sampailah pada saya sendiri mendapat pendedahan kepada bahasa inggeris ini ketika belajar di sekolah rendah. Pada tahap itu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa yang separa asing buat saya.

Bila teringat masa belajar di Stowell School dulu rasa lucu. Oleh kerana saya tinggal jauh dari sekolah dan terpaksa pergi dengan menaiki bas, maka kadang kala akan sampai lewat ke sekolah.

"Berminat belajar bahasa inggeris dengan cara yang mudah, klik kat sini..."

Bila dah lewat, saya akan mula berlatih memberikan alasan dalam bahasa inggeris sepanjang berjalan kaki dari stesen bas di Bukit Mertajam menuju ke sekolah stowell.

Saya perlu bersedia dengan jawapan di dalam bahasa inggeris kerana tahu akan ditahan oleh guru disiplin ketika mahu masuk ke dalam pagar sekolah. Guru disiplin ketika itu bernama KM Malaka. Seorang guru yang garang dan tegas dan tak pernah cakap Bahasa Melayu dengan pelajarnya.

Maka terhegeh-hegehlah saya menjawab setiap soalan dalam bahasa inggeris. Jika jawapannya memuaskan hati dan betul penggunaan bahasa inggerisnya, kami akan dimaafkan. Kalau tidak alamat bergaris punggung kena rotan.

Mungkin saya marah ketika itu, tapi sekarang saya mahu ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar yang beliau berikan pada saya. Jika tidak saya mungkin masih lagi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa alien sampai sekarang.

Didedahkan belajar bahasa asing satu lagi

Rezki saya murah, Allah kurniakan peluang untuk belajar bahasa perancis pula apabila saya dapat sambung belajar ke negara perancis.

Bahasa perancis memang benar-benar satu bahasa asing. Sebutannya berbeza dan tata bahasanya juga berbeza. Ia lebih sukar daripada bahasa inggeris walaupun secara sejarahnya mereka mempunyai akar bahasa yang sama.

Kelebihan didedahkan pula kepada satu lagi bahasa asing ini adalah kita akan merasakan bahawa bahasa inggeris pula yang lebih senang. Jadi bahasa perancis sebenarnya membantu saya untuk lebih yakin dengan bahasa inggeris.

Masalah utama belajar bahasa asing

Ada dua saja masalah yang perlu kita hadapi ketika belajar bahasa asing ini. Pertamanya adalah kemahiran menulis dan keduanya adalah kemahiran membaca. Oleh kerana saya akan belajar di perancis, maka terpaksa menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.

Ketika menjalani pembelajaran secara intensif di Malaysia, kemahiran menulis mungkin dapat dikuasai sedikit sebanyak. Namun kemahiran berkomunikasi tidak dapat dikuasai kerana, tak ada orang yang akan pandai bercakap bahasa asing selain daripada mengamalkannya.

Oleh kerana sesama pelajar melayu kami lebih suka cakap melayu, maka sampai ke sudah kami tak cekap cakap perancis. Setakat asas bolehlah.

Bila sampai di perancis, ketika belajar, saya sering menjadi pelajar yang pendiam. Kebetulan hanya saya seorang yang berbangsa Melayu dalam kelas, maka saya kurang bercakap. Setiap kali ada latihan kerja saya akan siapkan awal dan tunggu pelajar lain siapkan pula.

Biasanya menjadi amalan mereka yang siap dahulu ke delan untuk menjawab soalan di papan hitam. Tapi oleh kerana saya segan sebab malu bercakap, maka saya hanya diamkan diri. Ini disedari oleh guru matematik yang sering lalu di meja saya dan melhat saya dah siap awal.

Satu hari dia bertanya kenapa saya tak mahu keluar ke depan dan kongsikan kecekapan saya menjawab soalan matematik bersama pelajar lain. Saya berteurs terang padanya saya segan sebab bahasa perancis saya lintang pukang. Lalu dia berikan panduan bagaimana saya boleh belajar berkomunikasi dengan pantas di Perancis sana.

Teknik belajar bahasa asing

Ada dua perkara utama yang dia surah saya lakukan setiap hari. Saya lakukannya dan ternyata teknik tersebut amat berkesan.

  1. Tengok cerita kartun hari-hari. Saya mula menonton cerita kartun setiap pagi sebelum ke kelas. Ini kerana siri kartun biasanya akan bermula seawal pukul 7 pagi setiap hari khas untuk kanak-kanak. Maka saya ambil kesempatan itu untuk belajar bahasa perancis. Ia lebih mudah untuk difahami dan mampu membantu kita menguasai bahasa.
  2. Window shopping setiap hari. Oleh kerana kita nak bercakap, pastikan orang yang kita berbual dibayar untuk melakukan perkara tersebut. Orang yang dibayar untuk melayan kita bercakap adalah semua jurujual di gedung membeli belah. Itulah yang saya lakukan setiap hari setelah habis kelas. Pergi window shopping dan mula berlakon nak beli barang. Jenuh mereka melayan saya sampai saya faham dan saya banyak belajar dari mereka secara percuma.
Demikian sedikit perkongsian terhadap teknik belajar bahasa asing yang boleh anda amalkan jika terpaksa menguasai bahasa asing. Kita boleh amalkan perkara sama jika nak belajar bahasa inggeris di sini. Tonton dan pergi window shopping dan berlagak macam vietnam atau orang asing yang tak tahu bahasa melayu.

Nota: Anda boleh belajar bahasa inggeris dengan mudah dengan pergi ke portal ini >>> Belajar Bahasa Inggeris

2 comments:
Write comments
  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baca komen ni macam buatan mesin saja....?

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter