Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 9, 2014

Buat contest kalau nak cepat naik

  Mohd Shubhi       Sunday, March 9, 2014
contest seo muslim niaga
Ada banyak contest berjalan dalam dunia blogging. Mereka yang biasa melayari dunia blog saban hari tentu perasan betapa banyaknya pertandingan atau contest yang dianjurkan oleh para blogger.

Tetapi bukan semua jenis blog ambil perduli dengan penganjuran contest ini. Kalau anda penggemar blog politik, atau jika anda penulis blog politik, tak payah ambil pot sangat untuk sertai sebarang contest.

Blogger politik juga tak perlu bersusah payah untuk anjurkan contest. Blog politik biasanya mudah untuk menarik trafik berbanding blog Mat Lurus yang tak mau mengata kat orang.

Contest boleh tarik trafik

Salah satu kelebihan meganjurkan contest adalah dapat meningkatkan trafik sedikit sebanyak. Ianya hasil daripada meningkatnya link yang peserta contest masukkan pada blog mereka yang membawa kepada artikel atau blog yang menganjurkannya.

Kalau tak salah pemahaman saya, blog yang banyak menerima link daripada blog orang lain akan meningkat rankingnya dan membuatkan google mengutamakan blog tersebut jika terpaksa membuat pemilihan antara dua blog yang sama keywordnya.

Jadi, bila tinggi ranking, lebih menjadi pilihan untuk paparan muka utama enjin carian, akan lebih tinggi kemungkinan untuk diziarahi oleh pelayar blog. Maka meningkatlah trafik. Begitulah lebih kurang agaknya, kenapa orang suka anjurkan contest.

Contest SEO disukai oleh blogger

Dalam banyak-banyak contest, contest menguji kecekapan bermain keyword untuk menguasai SEO amat disukai oleh para peminat dunia blogging. Contest ini dapat mengasah bakat dan membolehkan blogger mencuba praktikkan apa yang telah dipelajari secara teori selama ini.

Saya tak berapa reti sangat pasal SEO ini tapi teringin juga nak belajar. Oleh itu saya telah cuba masuk satu contest yang mereka namakan Contest SEO Muslim Niaga. Kononnya nak cuba test tengok apa level kejahilan saya terhadap SEO ini.

Nampaknya memang sah agak jahil bila keyword Muslim Niaga yang dipertaruhkan dalam penyertaan contest ini telah menghanyutkan artikel saya sehingga ke page 6. Punyalah ramai blogger lain yang ternyata lebih handal memotong laju meninggal saya. Mereka potong semua tempat tak kira samada di selekoh maupun di jalan lurus...pergggh tercorot!.

Percubaan contest SEO yang gagal tapi best

Dalam contest SEO Muslim Niaga tersebut, pada mulanya artikel saya rasanya agak bagus juga kedudukannya. Mungkin atas faktor tak ramai lagi yang masuk atau mungkin kerana memang cara saya tulis tu betul.

Lalu saya cuba kaji apa perbezaan antara artikel yang saya tulis berbanding dengan artikel orang lain, yang kedudukan mereka berada di atas. Satu perkara yang pasti saya lihat, mereka yang berada di atas saya meletakkan tajuk keyword pada awal ayat, sedangkan saya letak pada hujung ayat.

Lalu secara percubaan, terfikir pula dalam kepala apa jadi jika saya tukar ayat dan letakkan perkataan keyword pada awal ayat tajuk. Oleh kerana nak buat eksperimen, saya terus saja tukar dan tekan button update....apa jadi?

Terus semakin merosot nampaknya. akibat menukar tajuk dan update itu membuatkan artikel tercorot lebih jauh. Apakah puncanya saya tak berapa pasti. Tapi sudah tentu ada kena mengena dengan aktiviti tukar, update dan save. Jadi lepas ini jangan cuba nak tukar dan buat reposting dan harapkan SEO meningkat.

Kelebihan buat contest

Bagi mereka yang nak serius dalam dunia blogging, rasanya tak boleh lepaskan pelang untuk anjurkan contest. Tak kisah samada contest SEO atau contest review dan lain-lain. Carilah penaja atau keluarkan duit sendiri untuk tawaran hadiah.

Kalau tawaran hadiahnya bagus, dan cara pengajurannya menarik, sudah tentu ramai para blogger yang sudi menyertainya. Biasanya blogger bebas politik ni amat mesra contest dan cukup baik hati.

Jika anda terlibat dalam dunia perniagaan dan ada website sendiri yang memaparkan perniagaan dan membuat penjualan, jangan lepaskan peluang untuk anjurkan contest.

Carilah mana-mana blogger yang anda kenal untuk menguruskan contest sebagai mewakili anda, dan anda hanya perlu taja hadiah. Insyallah, contest yang dianjurkan akan banyak membantu anda cepat naik.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Buat contest kalau nak cepat naik

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. semua belajar fasa ini sadang saya lalui juga itulah bloggerkan

    ReplyDelete
  2. Mungkin belum ada rezeki tuan kot. Berusaha tanpa jemu insha allah akan membuahkan hasil

    ReplyDelete
  3. hadiah contest juga memainkan peranan tuk tarik minat org tuk join. bagi hadiah gadget dan duit mmg ramai yg akan join walau susah camne pun contest tu :D

    ReplyDelete
  4. ya..rajin-rajin la wat contest ye. hehe

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !