Tuesday, April 29, 2014

6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan

makanan untuk pesakit kencing manis makan selalu

Saya dah menulis tentang artikel makanan yang pesakit kencing manis perlu makan sebelum ini. Tetapi artikel 15 makanan power untuk pesakit kencing manis itu lebih kepada paparan gambar makanan tersebut sahaja dan tidak berapa ada ulasan. sumber imej roti

Memandangkan artikel sebegitu yang mana jumlah perkataannya kurang daripada 300 perkataan, membuatkan google tidak suka menyenaraikannya sebagai satu bahan bacaan baik, maka saya cuba tulis sekali lagi artikel yang sama.

Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih mesra google yang perlu ada banyak perkataan tentang makanan untuk pesakit kencing manis makan. Maklumat berkenaan jumlah perkataan kurang dari 300 itu saya dapat daripada pembacaan penulisan berkenaan cara google membuat carian. Entah tepat atau tidak, kurang pasti.

Senarai 6 makanan untuk pesakit kencing manis makan

Tanpa melengahkan permainan, kita terus kepada matlamat asal, khas untuk anda yang terkena sakit kencing manis atau yang biasa juga disebut Diabetes. Bukan untuk yang dah kena saja, untuk mereka yang tak kena lagipun perlu amalkannya.

Tambahan pula jika keturunan anda ada rekod cemerlang menghidapi masalah kencing manis ini, eloklah makan 6 makanan untuk pesakit kencing manis yang saya senaraikan di sini. Mencegah sudah tentu lebih baik daripada merawat.

Walaupun sebenarnya manusia terlalu sukar untuk meyakini sesuatu yang mereka tak boleh nampak terus (real sebijik) on-the-spot, kita mesti cuba yakinkan diri bahawa inilah makanan yang baik untuk dimakan.

Makanan kencing manis #1 - Apa saja jenis limau secara mentah

Makanlah segala jenis buah limau samada mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja asalkan ianya daripada kelompok atau keturunan buah limau. Samada besar atau kecil masam atau manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara mentah.

Jangan makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda. Jangan kemut duit untuk beli buah limau dan jadikan hidangan rutin untuk keluarga anda.

Kalau tak banyak duit untuk beli buah limau, apakata tanam saja pokok limau kasturi yang kecil tu di kebun rumah anda. kalau tak ada tanah, beli pasu besar dan semai pokok limau dan bila dah berbuah, makan buah limau dengan dijadikan ulam bersama sambal belacan.

Makanan kencing manis #2 - Buah sayur Karela

Buah sayur Karela ini banyak ada dijual di pasar malam atau di pasar besar di kawasan tempat anda tinggal. Ia termasuk dalam satu jenis sayur-sayuran yang rupanya macam buat petula yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih hijau pekat dan kerutan pada kulitnya lebih halus berbanding buah petula.

Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lenah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.
6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan

Ada kawan yang menghidap penyakit manis ini mengamalkan makan jus buah karela ini dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah kencing manis. sumber imej

Makanan kencing manis #3 - Bawang Putih

Orang Cina memang suka makan bawang putih. Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan bawang putih dengan banyak. Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan perubatannya sehingga ada kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan tambahan pemakanan.

Tetapi, kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah kakan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.

Makanan kencing manis #4 - Minyak zaitun

Minyak zaitun amat bagus untuk anda yang kena penyakit kencing manis. Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda agar steady sentiasa. Oleh itu jangan lokek sedikit duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda.

Memag harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong  minyak kelapa sawit. Oleh itu janganlah pulak digunakan untuk goreng ikan atau masakan.

Makanlah secara mentah dengan resepi yang akan saya berikan di bawah nanti yang menggabungkan bawang putih, minyak zaitun dan juga makanan kencing manis yang ke 5 di bawah ini.
olive oil

Makanan kencing manis #5 - Roti gandum asli

Untuk pesakit kencing manis, makanan roti yang diperbuat daripada gandum memang amat bagus. Kalau boleh jangan makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli dari kedai tu. Ini kerana dah terlalu banyak proses berlaku terhadap tepung gandum yang digunakan.

Makanlah roti padat yang banyak serta dan kasar yang ada dijual di pasaraya atau di kedai-kedai roti lain di pusat-pusat bandar atau pekan. Mat Saleh panggil whole grain bread. Nak menambahkan sedap makan roti ini sila ikut resepi rahsia yang saya belajar daripada kawan Lubnan ketika saya berada di luar negara. Ini menjadi makanan kegemran saya sampai sekarang.

Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti

Ini adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat.

Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu. Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut.

Selepas itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati. Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.

Ha! dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam! kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

Makanan kencing manis #6 - Yogurt

Rajinlah makan yogurt. Selain daripada baik untuk penyakit kencing manis anda, ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang ada dijual di pasaraya untuk dimakan dengan buah-buahan.

Ini saya perturunkan satu lagi makanan yogurt asli yang saya ambil daripada kawan-kawan Arab Lubnan ketika berada di laur negara. Anda boleh sediakan makanan ini untuk sarapan pagi yang lazat.
6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan

Resepi yogurt makan dengan roti

Dapatkan yogurt asli daripada pasaraya berdekatan. Biasanya saya akan beli di Giant yang meletakkan yogurt ini di bahagian yogurt perasa lain. Perhatikan label pada bekasnya terlulis "Natural Yogurt'.

Penyediaannya mudah saja. Ambil sesenduk yogurt asli itu, masukkan dalam pinggan kecil dan ratakannya sepeti kita buat pada kentang lenyet di atas. Kemudian tuangkan minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya dan siap!.

Ambil kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan. Subhanallah lazat dan berkhasiat sekali. Anda dapat rasakan aroma yogurt bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika anda mengunyah roti tersebut seara perlahan-lahan.

Jika anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu resepi ini dan ianya amat baik untuk kesihatan anda terutamanya mereka yang berpanyakit kencing manis.

Begitulah sedikit maklumat atau petua makanan untuk pesakit kencing manis yang dapat saya perturunkan di sini. Moga dapat kita amalkannya dan selamat mencuba. Insyallah nanti bila saya buat kat rumah akan saya ambil gambar resepi di atas untuk tontonan anda semua.


Previous Post
Next Post

10 comments:

  1. Ni first saya dengar sayur karela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini kita panggil peria katak...

      Delete
    2. Ye betui., amalkan lah mmg bgs pun,.,

      Delete
  2. Nak tanya sikit, buah karela dan peria katak tu, buah yg sama ke? Sebab dari gambar yg ditunjukkan di atas, nampaknya seakan sama je.
    Bawang putih memanglah baik untuk perubatan. Pernah terbaca dulu khasiatnya hingga dikatakan dari hasil penemuan sains barat, 'jadikan ubat itu makanan dan jadikan makanan itu ubat' merujuk khusus kpd bawang putih. Sehinggakan orang barat amat mempercayai bahawa kebaikan bawang putih ini boleh menakutkan drakula! Itu adalah apa yg pernah dibaca dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tu peria katak. Nama komersialnya Karela. Betul, bawang putih banyak sangat khasiatnya. Tapi tak pasti samada ia dapat takutkan Drakula...hehe

      Delete
  3. Drakula bukan takut kat bawang tu....dia takut bau bawang tu aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. punyalah busuk sampai drakulapun tak tahan !

      Delete
  4. ohhh baru tahu karela tu peria katak...hehe

    ReplyDelete
  5. Seorang kawan memberitahu kalau sudah disahkan kencing manis tak boleh makan hampir semua buah-buahan kecuali jambu batu.
    Yang arif tentang hal ini sila beri pandangan anda.

    ReplyDelete
  6. Seorang kawan memberitahu kalau sudah disahkan kencing manis tak boleh makan hampir semua buah-buahan kecuali jambu batu.
    Yang arif tentang hal ini sila beri pandangan anda.

    ReplyDelete