Thursday, 10 April 2014

Pengalaman naik Malindo Air ke Sabah

Posted by   on

pergi ke Sabah


Hari selasa baru-baru ini saya berpeluag merasai pengalaman naik Malindo Air ke Sabah. Kami ke Sabah bertiga atas urusan kerja yang kesemua kos perjalanan dan penginapan ditaja oleh orang.

Kos tambang nak Malindo Air untuk 3 orang dengan tambang pergi dan balik hanya lebih kurang RM1500 sahaja. memang agak murah rasanya. Ertinya tambang pergi dan balik jatuh dalam lingkungan RM500 sahaja untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah.

Dah lama sangat tak naik Kapal Terbang sejak lama dulu. Masa kerja dulu kerap jugak naik Kapal Terbang berulang alik ke Luar negara atas urusan kerja. Bila dah bekerja sendiri, jarang-jarang ada kesempatan naik kapal terbang untuk kerja melainkan kalau nak berjalan.

Makanan dalam penerbangan Malindo Air

Sebab murah agaknya, makanan dalam Malindo Air yang diberikan pada semua para penumpang hanyalah air sejuk dan tori kering jenama Munchy sahaja. Roti kering tu sama macam roti mayat. Cuma bezanya mereka berikan seorang satu bungkus kecil yang ada 4 keping roti mayat.

Kira oklah tu, boleh cicah roti kering dalam air sejuk tu untuk lapik perut. Kalau nak makan berat kena beli bila mereka datang dengan gerai kereta tolak kecil seperti kebiasaan mana-mana penerbangan.

Untuk tahu berapa kos makanan yang mereka tawarkan, saya hanya sekadar bertanya apa makanan yang ada dan berapa harganya. Untuk satu hidangan atau bungkusan nasi lemak, atau briani sayur, atau nasi tomato ringkas, harganya adalah RM12.00, agak mahal rasanya harga itu, munkin mereka untuk banyak dengan hasil jualan sebegitu.

Harga air kopi atau air panas lain adalah RM3 dan harga secawan Maggie Mee yang mereka tolong tuangkan air panas adalah RM5. Saya tengok ramai jugak yang beli dan makan dalam Kapal Terbang tu. Mungkin lapar sangat kot.

Sampai Sabah dan ke Hotel

Kami sampai lewat 15 minit daripada yang dijadualkan. Jadual bertolak juga lwat 15 minit. Munkin ada sedikit masalah menyebabkan penerbangan jadi lewat sedikit. Tapi tak ada masalah kerana tidak kejar masa waktu itu.

Bila sampai di Kota Kinabalu, ada kereta bersama pemandu siap menunggu kami di Lapangan Terbang Antarabangsa. Kami di bawa makan terlebih dahulu di kawasan gerai makan tepi bulatan ikan todak di sekitar kawasan pasar dan bazar Filipina.

Meriah sungguh kawasan tersebut dan banyak tawaran makanan Ikan bakar yang agak berpatutan harganya. Jumlah pelancong memang ramai di sekitar kawasan itu dan semua makan ikan bakar yang besar-besar dengan meriah sekali. Kami hanya makan nasi goreng untuk alas perut dan terus ke Hotel untuk rehatkan diri.

Esoknya ada urusan penting di MITI dan perlu pergi awal untuk buat persediaan kerja di situ. Saya pamerkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca. Banyak juga gambar yang sempat dirakamkan setiap kali ada waktu terluang. Lepas ni kalau ada masa akan dipaparkan untuk anda semua.

Begitulah sedikit pengalaman naik Malindo Air ke Sabah. Pengalaman pertama kali sejak Malindo Air ada perkhidmatannya di negara kita.

5 comments:
Write comments
  1. ada di kk ke skrg? bole la kita jumpa minum@ teh. saya pembaca setia blog anda,, call saya,, 013-8376885 lan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada call...tai tak diangkat?

      Delete
    2. sori,, tak dengar call,, bizi kot masa tu,, sms jer hehhehe

      Delete
  2. Saya pergi ke KK naik MAS cuma RM350 pergi dan balik. Makan, minum pun diberi. Kena check hari yang nak naik pesawat. Ada harinya murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! lagi murah rupanya! siap ada makan

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter