Wednesday, April 9, 2014

Tips beli kereta second hand

  Mat Bihi       Wednesday, April 9, 2014
tips selenggara kereta

Cara terbaik nak pakai kereta dengan kos mula yang minima adalah dengan beli kereta second hand. Kalau nak beli kereta baru, modal mula memang tinggi. Lainlah jika kita nak pakai kereta nasional, ada skim yang tak perlu neluarkan sebarang modal untuk dapatkannya.

Tetapi kalau kita teringin nak pakai kereta seperti Toyota, Honda, BMW, Volvo, Mazda, Mercedes, Audi dan lain-lain lagi selevel dengan mereka, dalam masa yang sama tak mau keluarkan banyak sangat modal permulaan, terpaksalah pertimbangkan pembelian kereta second hand.

Sepanjang sejarah saya pakai kereta sejak lebih dua puluh tahun lalu, hanya baru-baru ini saja saya beli kereta baru dan tak mahu dapatkan kereta second hand lagi. Sebelum ini kesemua kereta yang dipakai adalah jenis second hand sahaja.


Nisbah baik buruk beli kereta second hand

Kalau nak diberikan ratio atau nisbah atau kebarangkalian untuk beli kereta second hand dan mendapat kereta yang elok dan dapat puaskan hati kita, saya rasa memang terlalu rendah nisbahnya. Mungkin saya boleh berikan nisbah 2:8 sahaja.

Maknanya, dalam sepuluh kereta second hand yang kita beli, kemungkinan untuk dapatkan kereta yang mengarut dan mencekik darah kita dan membuatkan hati tak seronok adalah sebanyak 8 buah. Kalau nasib baik hanya dua buah sahaja akan elok dan dapatvmendatangkan kegembiraan.

Itu sebenarnya adalah perkara biasa. Cuba fikirkan kenapa anda nak tolak kereta yang dah anda pakai lama untuk digantikan dengan yang baru?

Kalau kereta itu masih baik dan langsung tak datangkan sebarang masalah, apakah anda akan menjualnya dengan harga yang rendah kepada penjual kereta second hand?, kalau saya sudah tentu saya tak mahu, kalau tak ada keperluan lebih baik kekalkan saja kereta itu dan pakai selama yang boleh. Jimat duit dan  hati senang.

Oleh itu, dah jadi lumrah bahawa kita akan tolak kereta yang menag dah tak berkenan disebabkan ada berbagai masalah. Mungkin makan kedarah minyak kuat, mungkin kos selenggara tinggi, mungkin ada sedikit kecacatan setelah teruk kemalangan, mungkin dah tak sedap di bawa dan lain-lain lagi kemungkinan. Yang pastinya tak ada orang nak jual kereta elok pada second hand dealer dan kasi mereka buat duit buta.

Kalau kereta second hand tu elok lagi lebih baik kita jual sendiri pada kawan-kawan yang teringin pakai kereta kita. Jual dengan harga sederhana masih tetap menguntungkan berbanding jual pada second hand dealer. Lagipun lebih baik tolong kawan yang kita kenal untuk dapatkan kereta yang tak ada masalah daripada jualkan pada orang yang kita tak kenal.

Kalau nak beli kereta second hand jugak macam mana

Tak apa, kalau nak beli jugak pastikan anda buat penelitian secara terperinci. Ajak kawan yang pakar tentang keadaan kereta untuk buat pemeriksaan kereta yang ada pada second hand dealer.

Perkara paling utaa yang kita perlu pegang adalah jangan sesekali percaya dan simpati dan berlembut pada jurujual kereta second hand. Jangan berlembut, jangan percaya pada second hand dealer.

Kebanyakan dari mereka punyai hati hitam dan keras dan dah biasa sakitkan hati orang dengan berbagai tipu daya. Mereka kuat pembohong dan tak kisah dimaki hamun asalkan mereka untung.

Tetapi bukan semua second hand dealer macam itu. Ada penjual kereta second hand yang hanya menjual dan mengambil kereta yang berkualiti saja. Mereka tak suka kenakan pelanggan. Tapi kereta second hand mereka biasanya agak tinggi sedikit harganya berbanding dealer lain.

Di Kuala lumpur ini ada beberapa second hand dealer yang menjamin kualiti kereta mereka. kalau anda nak tahu cuba test nak tolak kereta yang anda pakai pada second hand dealer. Kalau kereta elok mereka akan bincang. kalau kereta tak elok mereka akan tutup perbincangan.

Saya pernah bawa kereta second hand nak jual pada sebauh dealer kereta terpakai di Kampung Melayu Subang dulu. Dia minta tengok geran dulu dan kemudiannya menolak dengan baik. Kenapa ditolak adalah disebabkan ada banyak tangan dah berpindah katanya. Mereka tak akan ambil kereta sebegitu kerana biasanya mendatangkan banyak masalah.

Jadi satu tip yang saya sentiasa pegang adalah pastikan kereta anda hanya dari satu tangan. Pastikan anda memang jadi second hand yang ambil kereta tersebut dan bukannya 5th atau 6th hand.

Beli kereta second hand dan hantar selenggara

Sebaik saj anda beli kereta second hand, saya cadangkan terus hantar pada pusat servis asal kereta tersebut. Ertinya jika kereta honda, pergilah ke ajen honda, kalau Toyota pergilah kepada toyota dan begitulah seterusnya.

Hantar pada mereka dan katakan buat major servis dan buat pemeriksaan segala yang patut dan tukar segala yang patut dengan menggunakan sparepart oroginal. Biar habis duit sedikit tapi berbaloi. Insyaallah jika anda buat begitu, kereta second hand yang keluar dari servis centre original kereta itu akan terasa seperti kereta baru.
logoblog

Thanks for reading Tips beli kereta second hand

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. selalu beli yang 1st hand aje..

    ReplyDelete
  2. Macam mana kalau org yg nk beli tue pomen.masih rugi jugak ker klau beli keret second.

    ReplyDelete
  3. Tips Membeli Kereta Terpakai
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta-terpakai.html

    ReplyDelete
  4. Tips Membeli Kereta Terpakai
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta-terpakai.html

    ReplyDelete