Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 7, 2014

Telefon pintar OPPO lah pulak!

  Mohd Shubhi       Monday, April 7, 2014
smart phone oppo

Pernah ke anda dengar sejenis telefon pintar jenama OPPO ?. Sengaja semak google insight pagi ini nak lihat perkataan carian yang tengah dok naik dalam tempoh 7 hari sudah. Tersembul perkataan OPPO paling atas sekali.

Mulanya saya buat tak tahu sebab tak tahu langsung apa kah bendanya OPPO tu. Serius! memang tak pernah dengar sebelum ini perkataan tersebut. Kalau tak tekan google tadi tentu sampai sekarang masih tak tahu.

Saya tengok perkataan lain terlebih dahulu seperti perkataan Air Asia, Syabas, Google Maps, champion League. Ambank dan SAPS, itu antara perkataan-perkataan yang turut sama menjadi perkataan carian yang sedang meningkat naik.

Tapi perkataan OPPO memang pelik, kenapa semua orang dok cari maklumat pasal benda itu. Rupa-rupanya OPPO tu merupakan satu model atau brand bertaraf dunia yang agak lama sudah berada di pasaran Amerika Utara, Eropah dan juga Asia.

Sedikit maklumat tentang OPPO

OPPO merupakan syarikat peralatan elektronik berasal dari negara raksaksa China. Operasi mereka berpusat di Dongguan, Guangdong, China. Mereka dah wujud sejak tahun 2004 dan kini mendaftarkan jenama OPPO di seluruh dunia termasuklah di negara kita

OPPO memasuki pasaran telefon bimbit atau telefon pintar sejak tahun 2008. Mereka dikatakan amat memilih teknologi yang mereka gunakan bagi menghasilkan kemudahan terkini, paling mudah digunakan dan berkualiti tinggi. Itu lah kata mereka.

Kat Malaysia juga rupanya dah ada benda ni. Telefon pintas jenis OPPO dan ada dan sesungguhnya saya tak perasan langsung. Siap dah ada website www.oppomobile.com.my, pergilah masuk kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan produk mereka.

Telefon pintar OPPO

Sekali imbas tengok rupa telefon pintas OPPO ni rasa macam kombonasi antara telefon pintar Samsung dengan telefon pintar apple pulak. Cantik, nipis, bergaya, kemas dan rapi. Ada dalam 4 model yang dipromosikan oleh OPPO untuk pasaran telefon pintas mereka dan dari segi apa yang mereka ketengahkan memang amat menarik. Nanti saya nak survey harga mereka pulak di kedai.

Memang patut saya tak tahu berkenaan telefon pintar OPPO ini sebab selama ini saya hanya pakai nokia basic yang dah terlalu out of date. Ramai kawan-kawan tegus dan suruh tukar pakai smart phone atau telefon pintas sebab mudah nak whatapps, itulah kata mereka. Kerja mudah dan sentiasa dapat berhubungan.

Tapi saya rasa telefon pintar ni hanya membuatkan manusia yang gila kerja akan bekerja tak berhenti, boss akan jadi melampau asyik kacau anak buah dari pagi samapai ke malam, teringat saja masalah terus berhubung anak buah tak kira tengah berak ke, tengah tidur ke, mereka akan capai telefon pintas dan terus whatapps dan sebagainya.

Mereka yang gila menyembang pula sama juga asyik pegang telefon pintar itu dan asyik berkomunikasi dengan kawan-kawan tak kira samada kawan yang real ada di depan, mereka masih juga nak berkomunikasi degan kawan yang ada jauh, sungguh kurang sopan.

Yang lebih menakutkan adalah mereka yang gila telefon pintar ini akan sentiasa melihat pada skrin telefon pintar mereka walaupun sedang memandu kereta. Maklumat terkini dari FB kawan, bunyi getaran whatapps dan kawan-kawan, semuanya mesti dilihat NOW!, segera! macamlah tak boleh ditangguhkan sebentar!, ini dah jadi satu kegilaan!

Rasanya cukuplah hanya dengan habis masa depan komputer atau laptop untuk aktiviti online selama ini. Kalau ditambah pula satu lagi device telefon pintar maka akan habslah 4/5 daripada masa yang ada untuk menatap dan masuk dalam dunia online. Punah rasanya kehidupan jika jadi begitu. Dan paling risau adalah aktiviti online telefon pintar ini sebenarnya menimbulkan ketagihan dan sukar untuk dipulihkan!.

Apa pendapat anda dengan telefon pintar? apakah anda juga salah seorang yang dah jatuh gila kepada telefon pintar ini? adakah anda ada maklumat berkenaan telefon pintar OPPO ini? bagaimana harganya? dah pakai ke? share lah sikit maklumatnya. Terima kasih
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Telefon pintar OPPO lah pulak!

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. taktau sgt...tapi selau tengok iklan kt tv indon.dan byk jadi penaja rancangan popular tv diaorang...dh agak lama rasanye masuk sana...

    ReplyDelete
  2. Saya terkenang 10-15 tahun yg lalu. Rasanya hidup manusia tentang sahaja, tak ada apa yg mengganggu gugat. Pagi bangun tido, solat, bersarapan sambil berbual bersama ahli keluarga, pergi kerja, kerja dengan fokus, tak perlu sibuk dengan gadjet atau curi2 tulang berfb, habits kerja balik, solat di masjid hingga isya, baik rumah, makan malam, berbual dngn ahli keluarga, tengok TV sikit2, tido.....
    Tak perlu sibuk2 habiskan masa dgn gadjet atau internet... Hidup kita ringkas tanpa bebanan atau dipenuhi maklumat2/updates/perkara2 yang tak perlu dan boleh membuang masa.. Apatah lagi jika kita dihidangkan dengan berita2 fitnah, khabar angin & cerita2 palsu... Saya duly penggemar gadjet malah antara yg terawal memiliki iPhone 2.0 & Google nexus.. Tetapi kini saya beralih kepada telefon lama... Hidup tenang tanpa gangguan...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !