Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 17, 2014

Jam tangan Luminox Automatic

  Mat Bihi       Saturday, May 17, 2014
Jam tangan Luminox Automatic

Jam tangan memang merupakan salah satu daripada benda yang sentiasa menjadi minat saya sejak dari kecil sampai sekarang ini. Tapi walaupun meminati jam tangan, saya sebenarnya tak pernah beli jam tangan untuk diri sendiri melainkan dibeli untuk orang lain.

Bukan tak mahu beli tapi jam tangan pemberian kawan yang ada masih lagi utuh dan berfungsi dengan baik walaupun dah berbelas tahun menggunakannya. Memang betul kata orang kalau nak beli jam biarlah yang mahal dan berkualiti, ia amat berbaloi untuk mereka yang nak jimatkan duit dalam jangka panjang.

Ada kawan-kawan yang memang gilakan jam tangan dan menjadikan aktiviti membeli dan menyimpannya sebagai satu hobi. Jenis koleksi yang menjadi pilihan mereka pula berbagai-bagai dan bergantung pada bajet kewangan mereka.

Ada kawan yang kerjanya mengumpulkan jam tangan yang harganya ribuan ringgit. Ada pula yang suka buat koleksi jam angan yang harga puluhan ribu ringgit dan ada juga kawan-kawan yang suka buat koleksi jam tangan ratusan ribu ringgit.

Semalam saya baru mendengar cerita dari seorang kawan yang menceritakan tentang jam tangan kawannya yang dibeli dengan harga murah daripada harga sebenar di pasaran.

Jam tersebut dibeli dengan harga RM1.2 juta dan dia telah menjualnya dengan harga RM1.6 juta atas permintaan seorang pembeli yang meminati jam tangannya itu. Terbeliak biji mata saya mendengarnya !.

Mendengar kawan yang membeli jam tangan berharga ratusan ribu ringgit dah jadi biasa sebab memang ada seorang kawan rapat yang jenis suka buat koleksi jam tangan ratusan ribu ringgit. Bila mendengar ada lagi orang yang buat koleksi jam berharga jutaan ringgit, saya tak boleh bayangkan lagi banyak mana duit yang dia ada.

Melihat jam tangan Luminox Automatik

Berbalik pada cerita saya sendiri yang memang suka tengok jam tapi tak pernah beli, hari ini macam biasa saya singgah di sebuah kedai jam tangan ketika beli barang di salah sebuah kompleks membeli belah di Shah Alam.

Biasanya saya hanya melihat apa koleksi terbaru Jam Tangan Tissot Automatic yang ada, tetapi hari ini tergerak pula nak tengok satu sudut jam tangan baru yang tak pernah saya ambil peduli walaupun selalu ke kedai jam tangan tersebut.

Jenama jam tangan tersebut adalah Luminox. Sebuah jenama dari Amerika dan bertaraf Swiss Made. Agak menarik juga melihat kehebatan jam tangan itu dan satu daripada kelebihannya adalah keupayaan untuk melihat waktu walaupun ketika di waktu malam gelap.

Bila saya buat carian tadi berkenaan jam tangan Luminox, baru saya tahu bahawa ia merupakan pembekal jam tangan untuk tentera Amerika dan terbukti amat tahan lasak dan berfungsi sama da di dalam malam gelap maupun di waktu siang.

Cahaya yang memboleh jam tangan luminox digunakan pada waktu malam dinamakan sebagai Night Vision Tube dan ia tahan untuk selama 25 tahun. Itulah yang penjual jam beritahu pada saya ketika menerangkan ciri-ciri kelebihan jam tangan Luminox itu.

Bila saya tanya adakah jam tangan itu juga tahan selama 25 tahun, dia hanya tersenyum tak menjawab. Saya kata logiknya, jam tangan mesti tahan selama itu juga untuk membolehkan cahaya waktu malam yang ada pada jam tersebut turut berguna. Saya andaikan bahawa jam angan itu juga mampu bertahan selama 25 tahun.

Menggigil nak beli Jam Tangan Luminox Automatik

Dalam banyak-banyak jenis jam tangan Luminox, saya terpikat pada satu koleksi jam tangan khas untuk askar darat. Ia merupakan jenis jam tangan Luminox Automatic yang berkulit lembu yang amat tahan lasak. Tengok punya tengok, cuba pakai pada lengan dan menarik nafah banyak kali, saya dah mula menggigil nak beli.

Berbagai alasan mula dicari kenapa saya perlu beli jam tangan itu dan banyak juga alasan yang munasabah yang berjaya dirangka untuk menghalalkan pembeliannya. Tapi saya ambil petua pakar kewangan yang menasihatkan kita agar biarkan terlebih dulu dan tunggu sehingga 3 hari untuk memikirkannya betul-betul.

Kalau selama 3 hari masih teringat dan rasa nak beli barulah difikirkan semula samada benar-benar nak membelinya. Akhirnya saya ucapkan terima kasih pada jurujual yang baik hati itu yang melayan saya macam benar-benar nak beli jam. Saya berlalu dan jurujual meletakkan semula Jam Tangan Luminox Automatic pada tempatnya.

Rupa bentuk Jam Tangan Luminox Automatic yang saya berkenan itu ada pada gambar yang saya paparkan di atas. Apa pendapat anda tentang jam tangan tersebut dan adakah anda ada maklumat berkenaan jenama tersebut. Kalau ada boleh kongsikan di sini. Terima Kasih!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jam tangan Luminox Automatic

Previous
« Prev Post

13 comments:

  1. Jam tangan yang paling mahal saya pakai adalah jenama Casio, RM139 lepas mintak kurang. Satu itu aje la jam tangan yang saya ada. Pakai sampai rosak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mahal biasanya lebih tahan lama...

      Delete
  2. Yang ini berapa pulak harganya, sampai terketar2 pakai. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini murah saja, dalam RM3 ribu lebih

      Delete
  3. banyak orang nak pakai jam tangan yang mahal2 ni..tapi tak ramai yang nak menepati masa bila ada buat temujanji..hehehe

    ReplyDelete
  4. nak jadi kolektor jam kena la tau jam mana yang sesuai dijadikan koleksion...

    saya tengah tercari-cari blog kolektor jam yang bagus...

    tak jumpa lagi nih...

    ada sesiapa buleh bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin juga nak mendalami bidang tersebut. Insyaallah cuba sikit-sikit. Kalau tuan ada ilmu berkenaan aktiviti buat koleksi jam ni boleh kongsikan dengan saya. Nak belajar!, kalau ada masa tolong contact saya melalui Contact Us di atas. Terima kasih!

      Delete
  5. salam,saya mmg suka jam.sya ada buka website luminiox,mmg best jam dia......lps tu saya bukak pulak Ipmart.com ship from USA,konon2 nk tgk lebih detail ttg harga apa semua.....yanng x bestnya MODEL LUMINOX 1807 STAINLESS STELL ANALOG BEZEL WATCH AUTOMATIC , DIA PUNYA INFO.....PIG SKIN LEATHER BAND MATERIAL.......KAT WEBSITE LUMINOX CUMA GENUINE LEATHER SAJA.....

    ReplyDelete
  6. Tuan Subhi,
    Maaf saya baru tengok posting ini, Macamana? dah beli ke jam ni, kalau belum lagi, saya nak komen sedikit mengenai Luminox Auto ni.

    ReplyDelete
  7. Tuan..sapa2 berminat nak beli jam jenama Luminox di Msia, check kat Lazada

    http://www.lazada.com.my/shop-watches/luminox/?boost=1&page=2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pakai pakai luminox navy seal x sampai stahun dah rosak dah... Sedih gle :(

      Delete