Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 6, 2014

Kumpulan gadis Melayu di Pantai Cenang

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 6, 2014
Pantai Cenang Langkawi

Memang terkejut juga apabila terlihat sekumpulan gadis Melayu pakai baju mandi seksi di Pantai Cenang, Langkawi. Bukan tak ada Mat Saleh yang berbikini sepanjang Pantai Cenang di Pulau Langkawi itu, tapi sebab dah biasa sangat dengan perangai para Mat Saleh. Mereka dah biasa pakai baju mandi seksi, mata tak akan sensitif memberi fokus pada mereka.

Baru-baru ini saya sempat ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi. Selesai semua kerja, bawa orang tua berjalan ke Pantai Cenang. Ada kedai aksesori perhiasan wanita di Pantai Cenang itu yang mahu diziarahi. Kedai itu milik kakak Ipar yang menjual berbagai rantai perhiasan wanita dari perak, emas putih dan berbagai batu permata terutamanya mutiara.

Isteri pula kirim rantai mutiaranya yang terputus dan mahu diperbaiki. Kakat Ipar memang pakar dalam mereka bentuk rantai dan gelang yang dihiasai oleh berbagai batu permata untuk ditawarkan kepada para pelancong yang ramai di Langkawi terutamanya di Pantai Cenang.

Sampai di Pantai Cenang, singgah di kedai, bersembang dengan kakak ipar, berikan rantai minta dia tengok kalau-kalau boleh diperbaiki. Lega bila dia kata itu mudah saja, dan terus membuka peralatan untuk membetulkan masalah pada rantai tersebut.

Terlihat kumpulan gadis melayu di Pantai Cenang

Sementara kakak ipar membaiki rantai, saya ajak adik dan orang tua untuk berjalan-jalan di Pantai Cenang. Kebetulan ada bawa kamera dan waktu dah hampir nak senja. Teringin nak rakamkan gambar, kalau-kalau ada pemandangan yang menarik nanti.

Masuk saja ke kawasan pantai, ada ramai betul orang sedang bersuka ria mandi manda dan berjalan pergi dan balik di sepanjang pantai Cenang. Ada berbagai aktiviti di situ dan yang paling meriah adalah aktiviti naik payung paracut yang ditarik menggunakan bot laju.
Kumpulan gadis Melayu pakai baju mandi seksi

Hari itu, semua permainan payung paracut dikuasi oleh para tok arab yang naik dan turun dengan meriah sesama mereka. Ada juga yang naik bot laju seperti skuter air. Saya tak tahu apa nama panggilan skuter air tu, tapi memenag rupanya ada macam motosikal sikit, tanpa tayar.

Sedang asyik melihat temasya itu mata terlihat dari jauh kelibat 5 atau 6 orang gadis Melayu sedang berjalan di pantai Cenang. Ada yang putih melepak, ada yang sawo matang dan ada yang kuning langsat. Saya perembang gelagat mereka dah terus buat rumusan, sah! memang gadis Melayu.

Saya menunggu mereka datang semakin dekat untuk pastikan samada benar-benar Melayu atau bangsa asing. Semakin mereka menghampiri, semakin jelas tawa riang. Dan kedengaran perkataan-perkataan Melayu tenggelam timbul. Mereka memang cakap melayu.

Orang tua dah belah ke atas dan tak mahu meneruskan perjalanannya turun ke kawasan pasir pantai. Biasalah, berbagai pakaian tidak senonoh ada di situ. Saya sendiri malu dan serba salah bila ada ramai orang dengan perangai masing-masing yang tak ada kemaluan.

Meluat lihat gadis melayu di Pantai Cenang

Mungkin orang tua juga perasan dengan kumpulan gadis melayu yang tertawa riang sambil berjalan kaki di sepanjang pantai cenang itu. Sebab itu dia terus berpaling dan mahu naik ke atas. Saya faham dan berpatah balik sejurus selesai mengesahkan siapa kumpulan gadis melayu pakai baju mandi seksi itu.

Mereka rupanya warga Indonesia. Perbualan menggunakan loghat Indonesia yang jelas saya dengar bila dah dekat dengan mereka mengesahkan hal tersebut. Memang comel-comel gadis-gadis tersebut. Saya berpatah balik dan mendekati orang tua. Terdengar dia menyumpah, isssshhhh, tak tau malu depa ni, apa nak jadi nih!.

Kumpulan gadis Melayu pakai baju mandi seksi di Langkawi
Saya diam saja dan terus meninggalkan kawasan pantai cenang itu. Tak sempat nak ambil gambar, sebab orang tua dah tak selesa. Pergi ambil kereta dan pergi ke depan kawasan pantai lain pula yang diharap tak ada orang. Kena rakam sedikit gambar pemandangan kat Langkawi tu sebelum balik.

Mana gambar kumpulan gadis melayu di Pantai Cenang yang pakai baju mandi seksi? tak sempat nak rakam sebab orang tua dah berleter. Tak sempat nak keluarkan kamerapun kat situ. Gambar yang ada hanyalah beberapa keping gambar pemandangan yang saya pamerkan di sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kumpulan gadis Melayu di Pantai Cenang

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. Cantik sungguh gambar pemandangan waktu senja dipantai. Tapi awas, mandi di laut tepian pantai di Langkawi ada bahayanya, kalau tak silap di Teluk Ru. Sebabnya ada olakan pusaran arus bawah laut akibat pembalikan gelombang antara beberapa pulau di sekitarnya.

    ReplyDelete
  2. Anony,,,betul tu kat Tanjung Rhu,,,,air atas nmpak tenang je,,,tapi ada pusaran arus yg kuat kat bawah,,,boleh menarik kita tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memperbetulkan nama tempat yg dinyatakan. Ia adalah untuk makluman pengunjung yg tidak tahu akan risikonya.

      Delete
    2. Terima kasih atas semua maklumat yang dokongsikan.

      Delete
  3. Heh..seb baik tuan amik gmbar pemandangan shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar pemandangan lebih tenang, gambar gadis pakai baju mandi seksi menaikkan gelora...

      Delete
  4. melayu itu bangsa... yang melarang dedah aurat ni ugama... jadi gadis melayu yang dedah aurat ni agamanya wallah hu alam...

    ReplyDelete
  5. budaya seksi sudah menjadi trend bagi gadis Melayu kerana agama dah letak no.2..cuma saya bersangka baik bahawa mereka itu melayu tetapi bukan Islam.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !