Friday, 30 May 2014

Waqaf Che Yeh Kelantan

Posted by   on

Waqaf Che Yeh Kelantan

Dah lama tak ke negeri Kelantan. Kali ini berkesempatan pergi ke negeri Kelantan selama 3 hari 2 malam atas urusan perniagaan. Oleh kerana urusan agak padat, tak berkesempatan ke mana-mana. Hanya sempat melilau di Waqaf Che Yeh sahaja.

Kebetulan hotel yang ditempa untuk saya terletak betul-betul berhadapan dengan kawasan perniagaan terkenal di Waqaf Che Yeh. Jadi bila selesai semua urusan dan balik ke Hotel, sempatlah berpusing-pusing jalan kaki sekeliling kawasan perniagaan tersebut.

Sebenarnya itu kali pertama saya merayau di sekitar kawasan perniagaan di Waqaf Che Yeh. Walaupun dah lama mendengar tentang tempat tersebut, tapi tak pernah tergerak nak pergi. Rasanya pusat perniagaan yang beroperasi setiap malam itu lebih menjadi kegemaran kaum hawa. Perniagaan yang paling banyak adalah perniagaan pakaian.
Waqaf Che Yeh Kelantan

Banyak pakaian di Waqaf Che Yeh

Kedai paling banyak ada di sepanjang jalan bersimpang siur di dalam kawasan perniagaan di Waqaf Che Yeh adalah kedai jual berbagai jenis kain. Ada tudung, ada baju kelawar, ada kain ela, ada cadar lusuh, ada cadar baru, ada Toto, dan ada pakaian bundle. Semuanya saya lihat saja pada malam pertama.

Bila masuk malam kedua, dah tahu keesokkan harinya nak berangkat balik, saya pergi ronda sekali lagi untuk membeli dua keping cadar tebal yang saya dah kenal pasti malam sebelumnya. Tawar punya tawar, akhirnya dapat dikurangkan dengan harga RM50 untuk dua keping cadar tebal. Kira oklah tu. Dah mampu penuhkan beg yang sengaja dibawa besar dan kosong.
Waqaf Che Yeh Kelantan

Promosi telefon pintar di waqaf che yeh

Dalam banyak-banyak orang berniaga, saya tertarik dengan peniaga yang memjual berbagai peralatan elektronik termasuklah berbagai telefon pintar.

Dia memecahkan keriuhan dengan pembesar suara dan orang ramai terpacak berdiri sekeliling kedainya. Mulanya saya sangka dia jual ubat. Tapi rupanya dia sedang kongsikan ilmunya berkenaan berbagai telefon pintar yang ada di pasaran. Ramai yang berminat dengan apa yang diceriterakannya. Menarik juga!.

Di kawasan perniagaan yang saya lebih ramai peniaga daripada jumlah orang ramai yang berkunjung itu, nampaknya dia berjaya mencari satu pendekatan untuk menarik perhatian orang ramai. Kebanyakan peniaga hanya pacak gerai mereka, pamerkan barangan dan menunggu orang singgah.

Saya terfikirkan bagaimana mereka boleh teruskan perniagaan dengan keadaan sebegitu. Persaingan terlalu sengit dan pelanggan pula tak berapa ramai. Mungkin masa saya pergi itu, jumlah pengunjung tak berada di waktu kemuncak, saya tak pasti.

Waqaf Che Yeh Kelantan
Secara ringkasnya saya boleh rumuskan pusat perniagaan di Waqaf Che Yeh itu tak sesuai untuk orang lelaki macam saya yang tak reti membeli barang. Rupa keadaannya lebih mirip pasar malam sahaja. Cua bezanya, mereka berniaga setiap malam dan bukannya seminggu sekali.

Saya rakamkan juga beberapa keping gambar di Waqaf Che Yeh Kelantan itu untuk tatapan anda yang tak pernah ke sana lagi.


4 comments:
Write comments
  1. dah lama x pegi wakaf ni... seronok, meriah, barangpun boleh tawar menawar.. hebat bangsa melayu kelantan berniaga..

    ReplyDelete
  2. baru balik dr Kelantan,.,sapa cakap Kelantan miskin memang dia tak pernah ke Kelantan,.,syabas tok guru,.,.Kelantan masyur bersama islam.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter