Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 3, 2014

Dulu Cinta berahi, sekarang Cahaya Bulan

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 3, 2014
Trip ke Kelantan hari itu selama 3 hari dua malam selesai pada hari Ahad petang. Oleh kerana selesai kerja awal petang dan waktu penerbangan adalah pada pukul 9.50 malam, maka ada masa yang panjang untuk disi.

Mulanya nak pergi merayau ke Pasara Siti Khadijah di Kota Bharu. Tapi bila difikirkan apa nak buat dari pukul 5 petang sampai 7 petang kat pasar tu, tak jadi pulak nak ke sana. Tak kan nak berpusing-pusing selama lebih dua jam kat kawasan tu waktu petang.

Akhirnya buat keputusan untuk pergi melihat apa yang ada di Pantai Cahaya Bulan. Dulunya saya tahu pantai tersebut bernama Pantai Cinta Berahi. Kemudiannya telah ditukarkan nama kepada Cahaya Bulan, mungkin atas faktor nama cinta berahi itu boleh menaikkan rasa berahi sesiapa yang berpacaran di Pantai tersebut.

Walaupun namanya dah ditukar kepada Cahaya Bulan, pasangan bercinta tetap masih ada. Mereka berkepit duduk di atas batu yang banyak di situ sambil si perempuan memandang jauh ke horizon laut, manakala si lelaki memandang manja pada mata si perempuan.

Dari gaya duduk dan pandangan serta aksi sebegitu dah dapat agak mereka berkemungkinan besar masih belum kahwin. Mereka masih berada di alam kepura-puraan. Kamu sorok pekung kamu, aku sorok pekung aku. Semuanya indah belaka. Hatta jika terlepas kentutpun ketika itu pasangan akan berkata aku rela dan baunya sedap. Begitulah adatnya dunia, Indah sebelum dimiliki.

Pantai Cahaya Bulan penuh batu

Sampai di sana saya dan dua orang lagi kawan pergi cari kedai minum yang ada di sepanjang kawasan pantai tersebut. Walaupun dinamakan Pantai Cahaya Bulan, dah tak ada pantai di seluruh kawasan itu. Semua kawasan pantainya di penuhi batu besar berselerak dan masih belum siap tersusun.

Ketika minum dan bertanya pada pekedai di situ, mereka menceritakan masalah hakisan pantai yang amat teruk yang telah berlaku. Dahulu, kata mereka jarak pantai dari kawasan kedai mereka amat jauh. Tapi sekarang dan ada di depan mata.

Sebab itulah projek menghalang hakisan dengan menyusun batu di sepanjang kawasan pantai itu perlu di lakukan. Jika dibiarkan alamat mereka akan angkat kedai dan undur sedikit ke belakang.

Masalah yang sama berlaku di mana-mana kawasan perkampungan yang ada pantai di negara kita sekarang ini. Banyak kawasan yang dulunya jarak pantai jauh, kini dah dekat. Banyak kawasan kenangan yang dah runtuh menyembah bumi akibat masalah hakisan pantai.

Kami tak lama berada di kawasan Pantai Cahaya Bulan itu. Namun begitu sempat juga menyaksikan perlawanan akhir Malaysia menentang Jepun, Badminton Piala Thomas yang baru bermula. Dalam pukul 7 pemandu datang untuk mengambil kami balik ke Lapangan Terbang.

Kali pertama sampai ke Pantai Cahaya Bulan dan entah bila akan ke sana lagi. Mungkin kalau tak ada hal penting saya tak akan ke sana sebab tak ada apa-apa yang menarik di situ.....

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dulu Cinta berahi, sekarang Cahaya Bulan

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. aku dah pegi PCB..mewah dengan makanan.. sejuk mata memandang lihat lautan terbentang luas

    ReplyDelete
  2. Pantai kat situ tak ada yang menarik, cuma makanan laut je yang sedap besar-besar semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak try pulak makanan lautnya...tak tahu kedudukan harga makanan kat situ

      Delete
  3. perghh.. best best.. saya nk gi jenguk redang bulan ni.. hahah

    ReplyDelete
  4. Hakisan berlaku setelah projek penambakan batu di Tok Bali, Semerak Pasir Puteh..Manusia mengubah kejadian alam, jadi kesannya tempat yg lain kena...

    ReplyDelete
  5. Hakisan berlaku setelah projek meletakkan batu di Tok Bali Semerak Pasir Puteh..Manusia mengubah turutan alam menyebabkan hakisan itu berlaku ditempat lain...

    ReplyDelete
  6. bagi yang belum pergi memang teringin nak pergi ..macam saya

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !