Friday, 20 June 2014

Borong buah durian Balik Pulau

Posted by   on

Borong buah durian Balik Pulau
Kalau sebelum ini saya cerita tentang cari buah durian di Balik Pulau tengah malam, kali ini saya nak cerita pasal pergi borong buah durian di Balik Pulau waktu siang pula. Sekarang ini, bulan Jun 2014, merupakan musim buah durian di Balik Pulau tengah menjadi.

Kalau kita pergi ke kawasan Balik Pulau sekarang di waktu pagi, kita boleh lihat kegiatan pengumpulan buah-buah durian dengan meriah sekali. Tuan punya pemilik kebun buah durian yang diusahawakan secara besar-besaran di sana tak buang masa untuk kumpul dan jual sendiri buah durian mereka.

Lebih mudah jika ditolak kepada pemborong yang memang dah ada rangkaian pengedar yang banyak untuk diedarkan dan dijual di serata tempat. Begitulah adat perniagaan zaman moden ini, masing-masing akan tumpukan pada kekuatan masing-masing.

Gabungan kekuatan kemudiannya disambung menjadi rantaian ekonomi daripada awal sampai akhir. Masing-masing menerima habuan mereka mengikut kepakaran atau sumbangan yang diberikan dalam setiap rantaian tersebut.
Borong buah durian Balik Pulau

Himpunan buah durian Balik Pulau

Minggu lepas, ketika berada di Pulau Pinang, saya bantu kawan yang mahu borong buah durian untuk dibuat kenduri di Masjid. Mereka kumpulkan dana untuk bergotong royong dan berkumpul di Masjid dengan dijamu makan pulut bersama buah durian.

Itu yang seronoknya duduk dikampung yang ajk masjidnya aktif mengadakan aktiviti. Selain daripada aktiviti penyebaran ilmu, aktiviti mengeratkan silaturahim juga amat penting. Semua kegiatan itu dapat membawa lebih ramai anak khariah untuk datang solat berjemaah di masjid beramai-ramai.

Banyak faedahnya kalau hubungan erat sesama anak khariah dapat dibentuk. Yang susah dapat dikethaui dan yang senang dapat bantu yang susah. Kalau masing-masing hanya nak berada didalam rumah dan keluar rumah sekadar bila pergi cari makan, kemudiannya balik semula ke rumah, lebih baik jadi saja burung merpati.
Borong buah durian Balik Pulau

Berbagai-bagai jenis buah durian

Bila bercakap tentang buah durian, saya teringat tentang adanya berbagai nama buah durian yang diberikan oleh orang kampung. Masa dulu, setiap orang akan ada pokok buah durian mereka sendiri yang ditanam di sekitar tanah mereka yang lapang dan luas.

Setiap keluarga akan ada nama buah durian mereka yang tersendiri. Bila buah durian mereka yang baik bakanya, lalu ditut oleh keluarga lain pula, dan ditanam, akan dikekalkan nama buah durian tersebut. Mungkin dari situlah melekatnya nama buah durian yang berbagai di kampung.
Borong buah durian Balik Pulau

Kalau di rumah Tok saya di Kubang Semang dulu, ada beberapa nama buah durian yang saya masih ingat. Antaranya adalah Buah Durian Kacang Puri, Buah Durian Tembaga, Buah Durian Kacang Renek dan ada lagi yang saya tak ingat dah.

Jenis Kacang Puri dan Durian Tembaga yang saya paling ingat sebab keunikan rasa, bentuk dan saiznya. Buah Durian Tembaga saiznya terlalu besar. Paling Besar boleh jadi sampai saiz satu Tin Minyak Tanah. Sekali dia jatuh bergegar satu kampung, dek saiznya yang terlalu besar. Rupa bentuk durian tembaga ini adalah oval macam buah durian biasa.

Jenis Kacang Puri pula amat besar juga. Cuma bentuknya berbeza daripada jenis Durian Tembaga. Durian Kacang Puri bulat seperti buah epal, tapi saiznya amat besar. Isinya tebal dan kulitnya juga tebal dan pokoknya amat tinggi.
Borong buah durian Balik Pulau

Jika dibelah, akan ada satu lagi buah di dalamnya pada hujung tangkai. Didalam pangsanya juga ada biji-biji kecil berbunga seperti bentuk kacang. Rasa isinya... masyaallah! lazat sungguh !.

Semua itu tinggal kenangan. Bakanya sudah tiada dan semua pokok tersebut telah mati dan perdu serta akatnya pun dah tak ada. Tak ada usaha pula untuk kembangkan bakanya sebab masa itu saya masih kecil dan hanya pentingkan makan dan main. Sekarang baru teringat semua itu. Tapi dah boleh buat apa-apa.

Mungkin sebab itu kita perlukan kewujudan individu yang ada otak bisnes. Dia akan ingat buat duit dan dari situ akan timbul aktiviti hidupkan apa saja benda yang bernilai untuk dikekalkan kesinambungannya. Memang betul bahawa aktiviti perniagaan sebenarnya amat besar faedahnya pada manusia.

2 comments:
Write comments
  1. sebab itu durian ada digelar orang sebagai rezeki durian runtuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan runtuh timpa kepala sudah ler

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter