Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 25, 2014

Kes potong kepala dan Lebuhraya Pan Borneo

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 25, 2014
Kes potong kepala dan Lebuhraya Pan Borneo

Kes Potong Kepala dan Lebuhraya Pan Borneo!, gempak sikit tajuk ini. Dah banyak hari juga saya tak update blog ini. Semuanya gara-gara sibuk ke sana-sini atas urusan kehidupan.

Terbaru, saya ke Sabah selama seminggu atas urusan kehidupan juga. Dari situ saya dapat tahu asal cerita kes potong kepala dan hubungkaitnya dengan Lebuhraya Pan Borneo yang telah terlewat tidak mengikut jadual itu.

Saya ke Sabah dengan AirAsia kali ini. Apa yang saya belajar tentang AirAsia adalah sikap konsistennya yang sentiasa lewat tidak mengikut jadual. Saya tak pasti samada pembaca ada pengalaman naik AirAsia dan turut sama mengalami tabiat lewat tak ikut jadual mereka.

Takut kena potong kepala

Penerbangan yang lewat itu membuatkan saya sampai jewat juga daripada jadual ke Kota Kinabalu. Selesai urusan check-in hotel dan kemudiannya terus pergi cari makan, saya ambil kesempatan untuk cuba menghubungi kawan-kawan baru di Sabah.

Jam dah menunjukkan pukul 11 malam, memang agak lewat untuk buat panggilan bisnes, tapi lebih baik gagal setelah mencuba daripada menyesal tak mencuba. Lalu saya buat panggilan pada seorang demi seorang untuk tetapkan pertemuan keesokan paginya.

Tak ada seorangpun yang angkat telefon. Saya tak buat apa-apa ulasan dalam kes tak angkat telefon itu, dan kawan-kawan lain juga anggap itu perkara biasa memandangkan semua orang tentu keletihan bekerja pada hari siangnya dan mereka mahu berehat pada waktu malam.

Pagi-pagi besok setelah sarapan, kami terus bawa kereta, gunakan teknologi canggih penunjuk jalan daripada telefon pintar dan menuju ke tempat yang perlu kami tuju. Banyak juga orang yang nak kami temui berada di sekitar Inanam, jadi kami hanya pergi cari kawasan Inanam dahulu sambil menelefon salah seorang rakan di situ.

Alhamdulillah semuanya ada di tempat mereka dan berlakulah pertemuan. Dari situ kami hubungi pula yang lain dan semuanya berjalan lancar. Setelah bertemu dua tiga pertemuan, tergerak juga untuk bertanya kenapa tak angkat panggilan yang dibuat semalam.

Jawapannya mengejutkan!, mereka mahu selamatkan kepala mereka. Ada kes potong kepala sedang diperkataan orang di Sabah sekarang. Mereka tak mahu angkat panggilan telefon daripada nombor yang tak dikenali sebab takut dipukau dan diculik untuk dipotong kepala!.

Potong kepala dan Lebuhraya Pan Borneo

Itulah berita menarik yang saya belajar sedang berlaku di Sabah. Kes potong kepala ada hubung kait dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang berjalan sekarang. Kepala manusia diperlukan untuk dijadikan bahan persembahan pada aktiviti pembinaan lebuhraya tersebut.

Orang Sabah (bukan semua) percaya bahawa dalam urusan pembinaan yang besar seperti lebuhraya itu, perlu dibuat persembahan kepala manusia agar segala perjalanan pembinaan berjalan lancar. Untuk dapatkan kepala, maknanya kena pergi dapatkan mangsa untuk dipotog kepala.

Menurut cerita, jika kepala manusia yang dipotong diletakkan di kawasan pembinaan, dia akan bertindak sebagai penjaga. Jika tidak ada penjaga, biasanya akan berlaku berbagai malapetaka dan aktiviti pembinaan tidak akan berjalan lancar.

Mungkin itulah salah satu penyebab pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tersangat lembab. Sebab masih tak ada kepala orang ang dipotong dan dijadikan sembahan pada kawasan pembinaan. Itulah yang diceritakan pada saya oleh rakan-rakan di Sabah.

Nak percaya tau tidak percaya, terpulanglah pada diri masing-masing. Itu kata mereka pada saya bila saya berkali-kali bertanya samada benar-benar upacara itu dilakukan setiap kali adanya pembinaan besar berlaku di Sabah.

Kisah potong kepala juga berlaku zaman Musyi Abdullah

Bila mendengar kisah orang dipotong kepala untuk dijadikan habuan penunggu di kawasan pembinaan tersebut, saya teringat kisah yang tertulis dalam buku Hikayat Abdullah.

Hikayat Abdullah ditulis oleh Munsyi Abdullah lama dulu tentang pengalaman hidupnya melihat ragam hidup orang Melayu di Tanah Melayu dan juga Singapura. Pada tahun 1838, dia menceritakan bagaimana orang Melayu percaya bahawa orang Putih akan menculik anak-anak kecil dan orang ramai untuk dipotong kepala.

Pada ketika itu orang putih mahu mendirikan sebuah gereja di Singapura. Tersebarlah kononnya orang putih telah bermimpi bertemu dengan penunggu kawasan di mana gereja mahu dibina. Penunggu itu mahukan kepala manusia diberikan padanya kalau mahu urusan pembinaan geraja itu berjalan lancar.

Maka ketakutanlah semua orang ketika termasuklah orang Melayu, orang Cina dan juga orang India. Mereka tak benarkan anak-anak mereka berjalan malam dan merayau-rayau berhampiran kawasan pembinaan. Mereka khuatir kepala dipotong untuk dijadikan sembahan.

Sedangkan tidak ada langsung kebenaran pada cerita tersebut. Walaupun banyak laporan polis dibuat oleh mereka yang takut, biasanya polis hanya berkata, tunjukkan orang yang potong kepala itu dan saya akan pergi tangkap.

Nampaknya masih ada lagi kepercayaan sebegitu. Cuma risaunya jika ada yang percaya dan berusaha untuk cari orang dan potong kepala dan dicampakkan pada kawasan pembinaan. Kadang kala kepercayaan, walaupun tiada asasnya, membuatkan orang amalkan juga walaupun ianya bertentangan dari segi logik akal.

Apa pendapat anda dengan cerita atau kes potong kepala dan dijadikan sembahan pada Lebuhraya Pan Borneo. Jika anda orang Sabah, tentu ada versi anda tersendiri. Kalau ada juga cerita yang sama di Semenanjung, bolehlah kongsikannya di ruang komen. Apa pendapat anda...?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes potong kepala dan Lebuhraya Pan Borneo

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. memang ade potong kepala untuk persembahan kalu ade projek besar. tapi potong kepala binatang laa, biase babi atau kerbau. mane ade kepala orang.

    Tapi kelembapan projek bukan kerana pantang larang ka ape. cuma pemilihan kontraktor yang kurang telus dan kajian asas lokasi sebelum kertas kerja projek dimulakan.

    Contoh projek pembinaan jalan Keningau Kalabakan. Jenis jalan aspal kos juta-juta. mane kertas kerja jurutera rembat tak tau.

    Lokasi sebenar. mukabumi berbukit, hutan dara, hutan paya, sungai(perlu jambatan) alur sungai(perlu parit), tanah gambut/polos (perlu timbunan gravel yang banyak)

    Bila kontraktor start pembersihan baru nampak masalah disebalik semak samun dan hutan tu. kontraktor tak mampu buat. projek terbengkalai. mula laa timbul kawasan tu keras laa. ade pantang larang laa.

    hahahaha iye -iye je nak membohong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat yang menarik...terima kasih atas perkongsian !

      Delete
  2. x sangka plak kwn2 penulis ni smua bodoh

    bleh plak pcaya dgn sms berangkai tu

    ReplyDelete
  3. Masa pembinaan jambatan Pulau Pinang tahun 1980an dulu memang ada kes potong kepala kononnya. Aku masa tu kecil lagi dan memang takut nak keluar rumah, terutama bila lihat banggali bawa guni dan sabit untuk potong rumput!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ramai sangat percaya, benda karut jadi macam betul...

      Delete
  4. Memang benar berlaku. S3karang sedang berlaku di sarawak iaitu di sebauh, tatau bintulu. Mangsa utama mereka ialah budak sekolah dan orang rumah panjang. Saudara datuk saya sendiri hampir menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  5. Memang benar berlaku. S3karang sedang berlaku di sarawak iaitu di sebauh, tatau bintulu. Mangsa utama mereka ialah budak sekolah dan orang rumah panjang. Saudara datuk saya sendiri hampir menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  6. Hiburan dia memang timing cantik giler..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !