Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 10, 2014

Menginap di hotel Heritage Ipoh

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 10, 2014
Menginap di hotel Heritage Ipoh

Lagi sekali kena ke Ipoh atas urusan kerja. Kali ini boleh bawa semua anak dan isteri sekali beramai-ramai untuk menginap di Hotel Heritage Ipoh. Kebetulan anak-anak sedang dalam musim percutian sekolah, jadi gabungkan saja urusan kerja dengan urusan bercuti serentak, selamat!.

Pertama kali saya menginap di Hotel Heritage Ipoh. Sebelum ini asyik menginap di Hotel Kinta Riverfront sahaja, jadi sekali sekala tukar lokasi pula untuk mendapatkan kelainan.

Kalau diHotel Kinta Riverfront anda dapat lihat sungai di depanya, berlainan pula dengan Hotel Heritage ini. Dari tingkat Hotel boleh lihat kandang kuda. Ada sebuah kandang kuda bersebelahan dengan Hotel Tersebut yang penuh dengan kuda lumba.

Pagi-pagi saya lihat kuda diikat dan berpusing dalam satu bulatan besar. Mungkin itu merupakan senaman pagi khas untuk melatih kuda menguatkan otot. Ada banyak bilik yang merupakan kandang kuda kelihatan dari atas hotel yang saya diami.

Kandang kuda depan Hotel Heritage

Bila saya lihat semua kuda dan kemudahan untuk membela dan melatih kuda tersebut, saya terfikirkan berapa banyak kos dicurahkan untuk semua urusan tersebut. Tentu bukannya murah. Ada padang polo juga di sekitar kawasan tersebut. Mungkin itu semua kuda khas untuk aktiviti permainan polo, saya tak pasti.

Siapa agaknya yang ajar orang Melayu main kuda dan bersungguh-sungguh memelihara kuda untuk semua tujuan tersebut?, itu persoalan yang saya fikirkan bila melihat kuda-kuda dan bangunan yang menempatkan mereka.

Raja-raja kita tentu banyak belajar daripada penjajah tentang aktiviti berkuda. Mungkin dulu semua itu adalah permainan penjajah dan mereka tinggalkannya pada orang kita terutamanya golongan bangsawan selepas meninggalkan negara ini.

Bagi orang biasa seperti saya, untuk memegang kuda sahaja tak boleh, kalau nak naik kuda perlu bayar. Itupun jika ada kemudahan naik kuda di taman-taman rekreasi. Nak bela kuda pula satu impian yang berat. Bukan murah nak selenggara seekor kuda. Lagipun nak buat apa kalau bela kuda?.

Tambahan pula kalau nak bela banyak ekor kuda macam kandang yang saya lihat di sebelah Hotel Heritage itu, tentu orang biasa tak mampu. Kosnya tentu berpuluh ribu. Itu bukannya permianan orang biasa atau golongan marhaen macam saya. Itu semua permainan para bangsawan. Selain daripada himpun kereta besar, mereka juga himpun kuda laju.

Perangai tak molek pekerja Hotel Heritage

Tak ada apa-apa yang menarik di Hotel Heritage ini. Bilik yang disediakan amat besar dan luas. Saya ambil bilik dengan katil bersaiz King. Memang besar dan selesa berbanding saiz bilik di Hotel Riverfront. Dalam bilik mandinya pula ada bath tub, itu kesukaan anak-anak untuk mandi.

Bili ada bath tub, mereka dah tak kisah kalau hotel heritage tak ada kolam renang. Anak-anak asyik minta nak mandi. Berbagai alasan mereka berikan untuk membolehkan mereka mandi. Bagus juga begitu sebab mereka boleh duduk dua hari dalam bilik hotel tanpa gangguan. Asalkan saya berikan makanan yang cukup mereka dah seronok besar.

Apa yang tak menarik pada Hotel Heritage ini hanyalah layanan para pekerja mereka. Layanan tidak berapa memuaskan kerana agak kasar dan tidak bertimbang rasa. Ada dua tiga kes yang membosankan berlaku.

Kes pertama bila nak check in. Mereka banyak songgeh dan tak terima dokumen kerajaan yang ada. Mereka berkeras nakkan dokumen yang mereka terima sedangkan semua hotel lain tak kisah. Jadi tak nak kacau-kacau saya keluarkan saja wang sendiri bayar deposit bilik. Mungkin dia tengok muka kita seperti muka penipu.

Kes kedua pula bila keesokkan paginya saya bawa anak-anak turun sarapan. Terlupa pula bawa vaucher makan, jadi saya hanya berikan maklumat no bilik yang saya tempah. Ada dua bilik saya ambil di situ jadi ada 4 tempat untuk sarapan.

Tapi pelayan di kaferetia itu tegas dan tak kasi anak-anak saya sentuh makanan selagi saya tak tunjukkan vaucher. Sementara anak lelaki saya pergi naik ambil vaucher, kami sekeluarga tercegat di situ macam orang susah yang nak mencari peluang menipu Hotel untuk sesuap nasi.

Mamat itu siap saound saya, "Do not touch any food until you show me your Voucher!!!", saya hanya angguk dan suruh anak-anak tunggu diluar. Kesian pulak pada anak-anak saya diperlakukan begitu. Tak apalah, itu kerja mereka. Mungkin dia ingat saya kaki tak ada duit dan asyi cari peluang menipu makan benda haram.

Bila saya tunjukkan dua voucher makan padanya dia angguk. Saya masih tercegat di situ dan bila dia melihat muka saya, saya lalu bertanya. "Can we eat now Sir..?", dia angguk dengan sombongnya. Dan saya bawa anak-anak dan isteri pergi ambil makanan.

Semua itu membuatkan saya rasa macam nak beli saja Hotel Heritage itu dan buang semua pelayan yang sombong itu. Tapi saya rasa tentu mereka tak akan jual dengan harga yang saya tawarkan...hehehe.

Oklah, kalau anda ke Ipoh, elok sangat jangan menginap di Hotel Heritage tu. Carilah hotel lain yang para pekerjanya lebih bersopan dan menghormati tetamu. Jangan menginap pada hotel yang pandang rendah pada orang lain.

Nota: Gambar di atas tu adalah gambar orang beratur nak makan nasi ganja. Nak ke kedai itu mudah sangat dari Hotel Heritage. Itu saja kelebihan menginap dfi Hotel Heritage...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Menginap di hotel Heritage Ipoh

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. Saya dulu duduk Ipoh. Tak silap saya, padang kuda yang Encik Subhi maksudkan tu padang race kuda nombor ekor. Pada hari-hari tertentu hujung minggu akan diadakan race day (ikut kalendar kuda biasa kita pakai tu). Depan tu memang jam masa race day, penuh dengan kaki-kaki nombor kuda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya dah agakpun itu tempat race kuda, sebab set-up dia yang begitu tinggi kosnya dan perlu income yang tinggi untuk sara.

      Delete
  2. itulah kelemahan pekerja jika tiada etika..mungkin mereka dah tak suka kerja tu..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mereka protes pada management...ada yang tak kena..

      Delete
  3. Pekerja tu belum dapat gaji lagi tu.. Hehe

    ReplyDelete
  4. hahah.. bos lepas ni cuba try bagi pendapat anda tentang "rokok seludup kat malaysia"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak tu, kena buat carian maklumat dulu ... insyaallah!

      Delete
  5. Patutnya dah ada list dalam kertas untuk serapan pagi. Jadi, tak payah minta voucher pun dah boleh detect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu! saja mengada-ngada nak bagi orang marah agaknya...!

      Delete
  6. masalah pekerja ni memang perlukan pemantauan khusus. penjaga kaunter di pejabat saya selalu bergaduh/suka sound customer, kita dengar pun pedih. bila kita tukarkan dia, dia sabotaj report khidmat layanan dikaunter drop sampai 70% (gaduh dengan pelanggan dh xde) berbanding masa dia jaga markah selalu 90%++ (walaupun dia selalu gaduh/skua sound).. aduyaii..

    ReplyDelete
  7. Kalau saya di tempat encik ketika itu memang akan saya tampar pekerja tersebut...sumpah...

    ReplyDelete
  8. Terus tak jadi booking di heritage...booking impiana je la..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !