Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 28, 2014

Seloka ramadan untuk peminat automotif

  Mohd Shubhi       Saturday, June 28, 2014

Berikut dikongsikan seloka Ramadan khas untuk peminat automotif atau peminat kenderaan dikalangan pembaca blog pendapatanda.com. Mana yang baik dijadikan pedoman, mana yang tak baik dijadikan sempadan.

Admin blog pendapatanda.com mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan yang penuh berkat ini. Moga kita semua mendapat kejayaan dan juga ganjaran yang disediakan sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadan.

Seloka ramadan untuk peminat automotif ini disediakan oleh saudara Azad Jasmi, Pengarah Urusan Taj International College Ipoh.


Seloka Ramadhan 2014

Agera R laju menuju ke kuala
Veyron mengejar tidak berpada
Bila bersahur banyak pahala
Kuatkan badan kuatkan minda

Huracan cantik dimata daku
Aventador canggih serta laju
Kurma ku makan tibanya waktu
Berbuka puasa ku tunggu-tunggu

Range Rover baru menambat hati
Malang sekali poket tak berisi
Puasa perut, mata dan hati
Agar pahala penuh berisi

Left foot braking skil sang rally
Heel-and-toe skil asas sekali
Berdoalah selalu bersihkan hati
Agar munajat diterima Ilahi

Sukan bermotor minat ku tinggi
Namun F1 semakin ku jauhi
Niat lah berpuasa setiap hari
Agar syaitan dapat dijauhi

Ducati ku minat tidak terperi
MV Agusta unik sekali
Pahala berganda Allah berjanji
Puasa Ramadhan setahun sekali

Rossi & Marquez berentap selalu
Brake sliding setiap waktu
Doa ku pohon setiap waktu
Untuk bapa dan untuk ibu

Aryton Senna pemandu idaman
Tom Kristensen pula juara Le Mans
Ingin ku tingkat tahapnya iman
Ingin ku hapus dosa sezaman

SNF menjadi perlumbaan menarik
Menjadi lapangan beradu kekuatan
Selamat berpuasa abang dan adik
Saudara mana jangan dilupakan

Karamjit Singh juara rali
Tengku Djan pula raja drift
Zikir dan istigfar setiap hari
Agar dosa semakin terhakis

Panigale R model terbaru
Bidaan Ducati pasaran terkini
Dendam & rindu pada yang Satu
Munajat selalui menyembah diri

Phantom menjadi pilihan di raja
Ghost pilihan rakyat jelata
Sekian dahulu seloka saya
Sekadar menghibur peminat kereta

Porsche Carrera menjadi idaman
Aston Martin menjadi pujaan
Salah & silap harap maafkan
Selamat berpuasa daku ucapkan

Azad Jasmi 28 Jun 2014 Ipoh Perak

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Seloka ramadan untuk peminat automotif

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !