Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 16, 2014

Tengok pertandingan Muaythai di Seberang Jaya

  Mohd Shubhi       Monday, June 16, 2014
Tengok pertandingan Muaythai di Seberang Jaya
Masa balik kampung tempoh hari, sempat bawa anak-anak semua pergi menonton pertandingan Muaythai di Seberang Jaya. Saya sendiri tak pernah menyaksikan pertandingan atas pentas Muaythai sebegitu secara live melainkan di kaca TV saja sebelum ini.

Dalam banyak-banyak pertandingan Muaythai yang saya tonton di TV, saya paling suka cabaran yang menghimpunkan para peserta dari seluruh dunia termasuk dari Thailand dalam perebutan juara dengan hadiah wang tunai yang amat lumayan. Saya tak ingat nama pertandingan tersebut tetapi anda yang ada siaran astro tentu pernah tonton cabaran Muaythai itu di AXN.
Tengok pertandingan Muaythai di Seberang Jaya

Muaythai tukar persepsi lelaki berotot

Biasanya peserta dari Thailand yang nampak biasa saja tidak berotot dan tidak berapa sasa menang dalam cabaran Muaythai itu. Para peserta lain samada dari Asia dan lebih-lebih lagi dari Barat semuanya punyai otot berketul-ketul nampak macam otot besi yang amat kental.

Dari situ saya sedar betapa otak kita tertipu dengan penonjolan dari filem-filem barat yang memaparkan bahawa manusia yang kuat atau gagah mesti ada otot berketul-ketul. Perut mesti ada Six Packs, 6 ketulan tersusun rapi pada perut yang melambangkan kehebatan dan kesasaan. Macam iklan yang sering muncul dengan agresif di mana-mana saja saluran media sosial supaya orang ramai mendapatkan tawaran hebat untuk menjadikan perut kita ada 6 ketul otot sasa.

Bila lihat bagaimana peserta Thailand yang tak ada pun 6 ketul otot pada perutnya, tak ada lengan berotot-otot macam besi, tak ada kaki berotot macam Arnold Scwarzernager, nampak peserta macam kemere saja bila naik ke gelanggang untuk berentap dengan orang Eropah berotot sasa.
Tengok pertandingan Muaythai di Seberang Jaya

Muaythai bukti lelaki asia kental

Tapi dalam perlawanan ternyata yang ada otot macam besi tu, yang mata kita berikan maklumat cukup kuat dan kental dan jangan cari pasal dengan orang macam itu, yang otak kita terpengaruh dari filem barat agar kita semua telan protein dan beli besi angkat berat keluaran mereka, yang otak kita tertipu bahawa itulah bentuk ideal badan seorang lelaki sasa....kena titik selamba saja dengan Mat Siam.

Jadi betulkan semula persepsi terpengaruh anda itu bahawa orang tak berotot itu lembik dan boleh dititik dengan senang. Betulkan rasa boleh makan bila tengok orang lembik macam saya yang pakai spek mata lagi. Pantang saya buat silap sikit nak belasah, mentang-mentang tengok boleh makan...belum cuba belum tahu sebenarnya...
Tengok pertandingan Muaythai di Seberang Jaya

Ada persatuan Muaythai di mengkuang

Berbalik pada pertandingan yang disaksikan di tapak expo Seberang Jaya, saya baru tahu rupanya ada beberapa persatuan Muaythai yang aktif di sebelah sana. Saya baru tahu ada persatuan Muaythai di Mengkuang rupanya. Kalau tahu, dah lama saya sertai persatuan itu dan belajar main Muaythai, tapi apakan daya dah tua sekarang, tak mampu lagi rasanya nak bedal kaki pada perdu pokok kelapa (nyiok).

Bawa anak-anak tonton pertandingan Muaythai yang kelihatan agak ganas begitu ada banyak juga cabarannya. Saya selalu nak kena pesan bahawa mereka bertempur itu ada pengadil dan ada peraturan, atas gelangang pulak tu.

Tengok pertandingan Muaythai di Seberang JayaJadi kalau nak ikut aksi mereka pastikan semua perkara itu dituruti, mesti ada pengadil, ada peraturan dan atas gelanggang, selain dari itu dilarang keras bersepak terajang macam mereka yang bertempur di atas gelanggang.

Apapun anak-anak seronok sangat tonton sampai habis. Itu pengalaman pertama mereka dan yang paling teruja adalah melihat anak-anak kecil mempersembahkan tarian buka gelanggang Muaythai. Anak-anak kecil juga membuat persembahan pertempuran atas gelangang bersepak terajang dan bertumbuk dan saling belasah antara satu sama lain... risau juga takut anak-anak buat aksi sama tanpa kehadiran orang dewasa.

Oklah! apa pendapat anda dengan pertarungan Muaythai, apa pendapat anda dengan anak-anak kecil di bawa lenonton Muaythai, apa pendapat anda tentang semua yang saya tuliskan di atas..berikan pendapatan anda di ruang komen. TQ


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tengok pertandingan Muaythai di Seberang Jaya

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Touche. Sound arguments. Keep up the amazing effort.



    My site babyliss hair Styling

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !