Tuesday, 22 July 2014

Masalah aircond Nissan Sentra akhirnya selesai

Posted by   on

Masalah aircond Nissan Sentra akhirnya selesai

Saya ada kongsikan sebelum ini tentang pengalaman menggunakan Nissan Sentra yang tak ada banyak masalah. Cuma masalah paling besar saya hadapi dengan Nissan Sentra ini hanyalah masalah aircond yang tak sejuk setelah digunakan lebih dari 2 tahun.

Memang Nissan merupakan salah satu jenama yang terbukti boleh dipercayai dari segi teknologi enjin dan juga ketahanan badan kereta mereka.

Walaupun Nissan tak ada buat percubaan menonjolkan benda-benda canggih macam lain-lain kenderaan seperti Volkswagen, namun ianya tetap jadi pilihan bagi mereka yang mahukan keboleh percayaan dan ketahan enjin kenderaan.

Kalau anda merupakan seorang pengguna kenderaan yang pentingkan ciri-ciri tahan lasak, selesa dan tak suka masalah mengejutkan pada enjin atau gearbox, boleh pilih Nissan selain daripada Toyota atau Honda. Mereka hanya menggunakan teknologi yang terbukti baik dan boleh dipercayai selama ini sejak sekian lama tanpa ada masalah.

Masalah aircond pada Nissa Sentra

Bila saya kongsikan berkenaan masalah aircond yang dihadapi pada NIssan Sentra, ada kawan pembaca yang kongsikan pada komen di bawah artikel tersebut pengalamannya.

Katanya dia pakai jenis kenderaan Nissan Sentra yang sama macam saya, tapi tak ada pulak masalah aircond pada kereta miliknya. Ini memberikan saya satu input baru untuk disemak. Bila saya tanya pula pada lain-lain pemilik Nissan Sentra, ternyata mereka juga tak hadapi masalah aircond.

Apa yang pelik adalah setiap kali saya adukan pada pusat servis Nissan di Glenmarie tentang masalah aircond saya sejak sekian lama yang sering hasilkan takungan air dan juga ada kalanya tak sejuk, mereka akan kata perlukan servis aircond untuk selesaikan semua masalah tersebut.

Pertama kali saya adukan masalah tentang air bertakung, mereka cakap kena servis aircond. Saya ikut cadangan mereka dan bila selesai, memang air tak ada lagi bertakung dan tak ada lagi kedengaran bunyi macam ada sungai dalam dashboard kereta Nissan Sentra itu. Banyak lah juga habis duit servis aircond walaupun saya rasa macam tak berapa setuju kerana masih sejuk seperti biasa.

Tapi kali kedua berlaku lagi air bertakung dan saya adukan sekali lagi bila hantar servis di pusat servis kereta Nissan Glenmarie dan mereka kata nak kena servis aircond lagi. Saya mula naik angin, tapi akur juga sebab mereka tentu lebih pakar dari saya. Al-maklumlah, mereka kan pusat servis Nissan?

Masalah aircond Nissan Sentra tak selesai

Setelah servis kali kedua, air bertakung hilang tapi aircond mula jadi macam sewel. Sekejap sejuk dan sekejap tak sejuk. Masa mula pasang saja aircond kereta itu akan sejuk dan kemudiannya dah tak sejuk lagi untuk masa yang amat lama.

Berpeluh ketiak kalau naik kereta tersebut pada cuaca yang panas. Lalu saya mengadu pada pusat servis kali ketiganya berkenana masalah aircond dan mereka kat kena servis. Lalu saya servis lagi dan nampaknya tak ada apa-apa perubahan.

Yang bestnya masa saya ambil kereta tersebut, mereka kata, memang tak terasa sangat sejuk aircond kereta sekarang sebab cuaca yang amat panas membuat semua kereta begitu. Saya angguk saja tapi dah mula tak percaya cara mereka gebang macam pelanggan Nissan semua bodoh.

Bila kena hantar servis kemudiannya, saya adukan tentang gebangan mereka yang kata memang aircond tak sejuk sebab cuaca panas sekarang sebagai kata-kata nista. Saya minta mereka periksa sekali lagi apa yang tak kena pada aircond dan pastikan ianya pulih seperti sediakala.

Setelah saya tinggalkan kereta Nissan Sentra tersebut, saya mendapat panggilan bahawa mereka dah tahu kenapa tak sejuk. Ada banyak barang nak kena tukar dalam iarcond Nissan Sentra itu dan kosnya adalah dalam lingkungan RM4 ribu sahaja!!!. Saya katakan minta maaf saja dan tak payah nak buat kalau harga tinggi macam itu. Lebih saya tukar kereta baru daripada baiki aircond dengan harga sebegitu tinggi.

Masa ambil kereta saya siasat dan minta cadangan dari kawan di pusat servis tersebut di mana ada pusat servis aircond Nissan Sentra yang boleh dipercayai di luar. Dia berikan maklumat secara diam-diam pada saya dan saya terus ke kedai tersebut di Subang Jaya SS14.

Masalah aircond Nissan Sentra selesai

Sampai di sana saya ceritakan masalah aircond saya dari mula sampai habis. Taukeh Cina itu semak rekod dan dapati dia pernah servis kereta saya pada awal tahun 2012 dan tak ada msalah pada aircond kereta tersebut.

Memang betulpun, selepas servis kali pertama semuanya ok. Masalah timbul selepas servis kali kedua dan pada kali kedua, nampaknya Pusat Servis Nissan di Glenmarie buat sendiri. Mereka dah tak gunakan pakar lagi kerana dah buat semuanya secara inhouse.

Bukan tak boleh buat inhouse, tapi saya dapat tahu bahawa pekerja mereka yang dihantar belajar servis aircond tak bagus dan tidak berkemahiran tinggi untuk selesaikan masalah aircond dengan baik. Patutlah mereka belasah nak charge saya sampai RM4 ribu!, nak main tukar barang saja nampaknya. Itupun belum tentu akan baik pulih seperti asal.

Akhirnya Cina kedai Aircond di Subang Jaya SS14 itu buat pemeriksaan rapi dan tukar semua yang tak betul dan cuci aircond kereta Nissan Sentra saya. Taukeh itu tunjukkan bagaimana keadaan dalaman kereta itu yang nampak seperti tak pernah dicuci selama beberapa tahun.

Saya baru sedar selama ini Pusat Servis Nissan di Glenmarie buat servis aircond kereta Nissan Sentra saya macam taik dan tidak boleh dipercayai langsung. Nasib baik saya hantar pada Taukeh Cina itu dan nak ahu berapa saya kena bayar?

RM700 sahaja!, Ya! hanya RM700 dan bukannya RM4,000 sebagaimana yang Pusat Servis Nissan Glenmarie anggarkan. Keadaan selepas dicuci dan ditukar barang dalam kereta tersebut kini amat nyaman dan cukup sejuk macam asal baru beli kereta dulu.

Kedai repair aircond Nissan Sentra

Memang hebat Cina Aircond tersebut dan memang kedainya penuh dengan barang aircond kenderaan yang original. Dia merupakan pusat servis bertauliah daripada banyak pembuat aircond dan berpengalaman berpuluh tahun menjalankan perniagaan itu. Sebelum ini semua pusat servis menghantar kepadanya dan mereka ambil untung atas angin saja.

Oleh kerana kedai itu berjaya selesaikan masalah kenderaan saya tanpa ada sedikitpun unsur-unsur penipuan saya berikan maklumat berkenaan kedai tersebut. Nama kedai itu adalah Toppoint - Car Condition. Letaknya satu row dengan Caltex SS14 di Subang Jaya dan boleh hubungi taukehnya Mr Low 019-2401195 jika anda mahukan perkhidmatannya.

Nak tahu kenapa aircond Nissan Sentra saya hanya sejuk pada mula start kereta saja...?, sebabnya adalah sensor suhu pada aircond itu dah mabuk dan tak memberikan bacaan betul. Jadi aircond itu tak faham samada sejuk atau tidak sejuk dan akhrnya dia hanya sembur angin kosong.... Kalau biarkan pada Nissan Servis Centre Glenmarie, mereka akan tukar habis kesemua barang yang ada.

9 comments:
Write comments
  1. Salam .. saya baru baiki aircond dikedai yang tuan maksudkan sebentar tadi .. masalah bunyi bising dari kipas aircond akibat sensor yang rosak telah dibaiki. Punca bunyi bising tersebut timbul selepas saya buat major service melibatkan aircond di Nissan. Sudah 3 kali saya hantar ke Nissan untuk masalah bunyi terlalu kuat akibat kipas aircond yang High Speed sepanjang masa namun jawapan yang diberi "Tiada masalah" .. Jadi bunyi yang kuat tu bukan masalah bagi mereka tetapi ianya masalah besar bagi saya. Terima kasih pada tuan yang mencadangkan kedai mr Low ini, saya rekemen pada tuan-tuan jika ada masalah aircond bolehlah rujuk pada yang pakar.

    Nissan punya service centre memang tiada kepakaran dalam bab aircond malah air filter saya pun rupanya tak pernah diservice mahu pun ditukar. Patutlah aircond slow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasanya kita akan terkena dulu sebelum belajar. Untuk elakkan yg lain dari terkena, maka eloklah kita kongsikan untuk manfaat orang lain. Terima kasih atas perkongsian tuan...tq

      Delete
  2. Agaknya mmg aircond nissan bermslh..kwn saya dah kempen jgn beli nissan sbb aircond rosak xsampai 2 thn dan nak baiki ambik mase 6 bln ..brg xde..yg ni slyphy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bawa pada Mr Low tengok. Manalah tahu kalau-kalau masalahnya adalah orang yang baiki tu tak cekap dan bukannya Nissan itu sendiri yang bermasalah...

      Delete
  3. Salam. Tuan Shubhi, kedai Mr Low ni utk servis/baiki aircond kereta Nissan sahaja atau boleh juga kereta jenama lain? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kereta lain juga boleh...bukan hanya terhad pada Nissan saja

      Delete
    2. Oh ok. Terbaik! Terima kasih atas info yg amat membantu.

      Delete
  4. salam, pnh alami keadaan kereta nissan sentra tiba2 mati time tgh jln x? byk jmp pomen ckp benda yg sama throttlebody kne service, bila dh service pun masih jd kerap mati tgh jln..klo ada yg pnh alami bley share ckit..tq

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter