Monday, 21 July 2014

Cara pandu kereta defensif - Siri 1

Posted by   on

Cara pandu kereta defensif - Siri 1

Penulisan kali ini adalah sumbangan dari penulis jemputan En Azad Jasmi, seorang pemandu kereta rally dan amat meminati apa saja berkaitan dengan kenderaan. Beliau berpengalaman dalam industri automotif dan banyak terlibat dalam industri tersebut dari dulu sampai sekarang.

Berikut perkongsian beliau berkenaan cara pandu kereta defensif untuk pembaca yang bakal pandu kereta balik kampung tidak berapa hari lagi.

Apakah cara pandu kereta defensif


Ini merupakan siri satu dalam cara pandu kereta defensif atau lebih tepat lagi, Teknik Pemanduan Keselamatan & Defensif. Dalam bahasa inggerisnya kita panggil “Safety & Defensive Driving ?

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu atau lesen menunggang motosikal perlu melalui proses pembelajaran pemanduan disekolah-sekolah memandu yang bertauliah dan diiktiraf oleh pihak JPJ.

Walaupun ada juga kita dengar-dengar istilah “lesen terbang”, tapi buat kali ini, tak perlu saya bincang bab lesen terbang ini kerana aspek lesen terbang ini memerlukan satu kupasan khas kerana topiknya juga lain sekali maksudnya.

Jadi, setelah kita memasuki sekolah memandu, apakah yang kita pelajari?

Seingat saya pelajar akan belajar teori-teori undang-undang jalanraya serta latihan praktikal untuk “parking”, menarik brek tangan serta juga memberhentikan kenderaan pada satu tempat berbukit dan seterusnya perlu bergerak kenderaan anda dengan memastikan bahawa enjin kenderaan anda sentiasa hidup.

Kurang lebih macam tu lah! Okay, jika semua pemandu sudah mahir, kenapa jumlah kemalangan di Malaysia begitu tinggi?

Penulis merupakan Chief Instructor kepada TIC Advanced & Performance Academy dibawah TIC (TAJ International College) ingin berkongsi maklumat tentang peri pentingnya aspek pemanduan “Safety & Defensive”ini.

Antara aspek yang disentuh dalam siri pembelajaran ini ialah :-

  1. Anda perlu memahami dan mengenali kenderaan anda - Kita perlu mengetahu sifat dan “character”kenderaan kita baik dari segi prestasi brek, prestasi enjin, suspensi serta kemampuan kenderaan kita. - Adakah kenderaan anda “Front Wheel Drive”, Rear Wheel Drive”atau Äll Wheel Drive”. Ini kerana respon kenderaan anda serta cara pemanduan berbeza apabila “character” kenderaan kita berbeza dalam situasi-situasi tertentu.
  2. Mengetahui Kemampuan Brek dan Bagaimana Cara Membrek - Ini kerana kenderaan yang dilengkapi Anti Lock Braking System (ABS) bertindak berbeza dengan kenderaan yang tidak dilengkapi dengan ABS. Seterusnya cara membrek kenderaaan ABS dan tidak ada ABS juga berbeza dan ramai yang tidak mempunyai maklumat. Dengan adanya ilmu yang diterapkan didalam kelas-kelas ini, maka pemilik kenderaan atau pemandu boleh mempelajari teknik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya kerana ramai pemandu tidak mengetahui teknik membrek dengan betul dan hanya berpendapat bahawa membrek itu perlu dilakukan dengan hanya menekan pedal brek semata-mata.
  3. Perserta kelas pemanduan “Safety & Defensive” akan didedahkan dengan apakah tindakan yang perlu dilakukan terhadap steering anda ketika membrek dan bagaimanakah cara untuk mengelakkan sesuatu obstacle”atau halangan. - Pemandu perlu mengetahui bahawa steering kenderaan memainkan peranan yang amat penting bagi mengelakkan dari sesuatu halangan serta didalan situasi kecemasan. Pengunaan steering yang baik boleh mengelakkan kenderaan dari terjebak dalam situasi kecemasan, tetapi bagaimana?
  4. Ramai yang tidak tahu cara untuk duduk di atas kusyen kenderaan. Bagaimanakah cara nak letakkan tangan dan jari dan cara memulas steering yang betul. Saya akan cuba memberikan maklumat dengan lebih didalam topik yang sama tetapi Episod Kedua.

Banyak lagi input seperti cara melaraskan cermin belakang (rear view mirror) serta cermin sisi (side mirrors) kerana persoalan ini juga boleh mengurangkan “blind spot”.

Insyaallah akan disambung tajuk cara pandu kereta defensif ini pada episod kedua yang akan datang. Jika anda mahu jadi penulis jemputan, anda juga boleh berbuat demikian dengan email ke mohdshubhi@gmail.com.

Hantarkan tulisan anda yang mengandungi perkataan sekurang-kurangnya dalam 300 patah perkataan. Asah penulisan anda di sini dan ambil peluang untuk meluahkan pendapat atau perkongsian anda dalam apa saja tajuk yang menarik.

3 comments:
Write comments
  1. menunggu artikel seterusnya...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah saya akan cuba bagi maklumat dan kongsi sebaik mungkin sedikit ilmu yg Allah berikan insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah jika saya akan cuba yg terbaik semampu saya.jika ada pertanyaan ttp isu pemanduan , boleh bertanya.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter