Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 19, 2014

Ubahsuai kereta laju dari Ferrari

  Mohd Shubhi       Saturday, July 19, 2014
Ubahsuai kereta laju dari Ferrari

Dalam lawatan ke Sabah sebelum ini, saya melawat sebuah bengkel kenderaan kepunyaan seorang usahawan di sana. Dia hanya bersekolah setakat SRP tapi mempunyai jiwa keusahawanan yang hebat.

Rodi merupakan seorang usahawan yang meminati aktiviti perlubaan. Banyak perlumbaan yang dimasukinya dan dalam masa yang sama dia cari makan untuk sara kehidupan dengan membuka sebuah workshop kenderaan ubah suaikereta.

Kalau bab ubah suai kereta Rodi memang hebat. Pelanggan utamanya adalah mereka yang mahu ubahsuai kernderaan pacuan 4 roda. Para pengusaha ladang yang banyak gunakan kenderaan pacuan 4 roda amat mempercayai kepakarannya untuk ubah suai kereta mereka akan tahan lasak dalam aktiviti perladangan.

Di workshopnya itu, dia juga luangkan masanya untuk ubahsuai kereta lumbanya sendiri. Dan kadangkala dia ambil juga kerja ubahsuai kereta orang lain yang mahu pantaskan kereta mereka untuk berlumba.

Ubahsuai kereta jadi macam roket

Ketika sampai ke workshopnya itu, ada sebuah kereta yang saya lihat dah berubah menjadi macam sebuah roket. Ada berbagai peralatan dipasang dan kerusi kereta itu hanya ada satu, khas untuk pemandu sahaja.

Kebetulan yang pergi bersama saya adalah seorang rakan yang memang minat kereta laju, dia bertanyakan berapa Horse Power kereta yang rupa macam roket itu. Rodi memberitahu kereta tersebut mempunyai kuasa sebanyak 850 HP !!!.

Wow!, punyalah kuat!, menurut kawan saya, Ferrari yang terkenal laju itupun hanya berkuasa kuda sebanyak 450 HP. Kalau kereta yang diubah suai oleh Rodi itu berlumba dengan Ferrari, alamat tertinggal di belakang Ferrari makan asap dek kereta roket tersebut.


Pecah dua enjin sebelum berjaya ubahsuai kereta

Menurut Rodi dia telah pecahkan dua buah enjin sebelum berjaya sesuaikan ubah suai enjin yang ada sampai ke tahap itu. Dia banyak belajar daripada mereka yang dah pakar dan mencubanya sendiri sampai berjaya. Hebatnya Rodi, walaupun hanya belajar setakat tingkatan 3.

Menurut Rodi, kereta itu perlu menggunakan minyak kapal terbang dan tak boleh pakai minyak petrol biasa. Kosnya memang tinggi dan sekali ram, memang habis duit. Tapi disebabkan minat, Rodi berhabisan duit dan berusaha berniaga untuk menyara kehidupan dan juga minatnya.

Begitulah keupayaan kita. Jika ada kemahuan sudah tentu ada jalan. Saya amat kagum dengan Rodi. Walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi secara formal, dia berjaya ubahsuai kereta laju dari Ferrari!.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ubahsuai kereta laju dari Ferrari

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !