Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Recent Posts

Tuesday, August 26, 2014

Roti jala mamak di Little India, Penang

  Mat Bihi       Tuesday, August 26, 2014
Asyik dok cerita tentang masakan dan makanan mamak saja di blog ini nampaknya. Mungkin ada yang tak suka. Tapi tak kisahlah kalau ada yang tak suka sebab mamak tu salah satu kaum yang dah termaktub menjadi warganegara Malaysia walaupun ada yang tak suka.
Roti jala mamak di Little India, Penang
Kalau tak berapa berkenanpun terhadap mamak itu sendiri, masakan mamak pula tak boleh dinafikan sebagai salah satu masakan yang dah lama popular. Mungkin masakan mamak sudah ubahsuai dengan keadaan semasa, tapi asas rempah ratus tu tetap kekal. Itulah salah satu trade mark masakan mamak.

Masakan mamak penang memang best

Masakan mamak pula saya jumpa di semua tempat samada di Asia mahupun di Eropah. Salah satu restoran yang akan dicari kalau kempunan nak rasa santapan kampung adalah restoran mamak. Biasanya ada restoran India atau Pakistan di pusat-pusat bandar besar ketika saya tinggal di Perancis dulu.

Maknanya masakan mamak ni dah jadi satu jenama antarabangsa. Bukan saja di negara kita malah di seluruh dunia. Sebagai warga Pulau Pinang, saya rasa bangga juga sebab dalam mana-mana makanan mamak yang saya pernah makan sebelum ini, makanan atau masakan mamak Penang memang tak boleh lawan rasa sedapnya.

Kalau makan masakan mamak, seeloknya gunakan tangan kosong dan jangan guna camca atau garfu. Bau rempah ratus itu akan meresap masuk dalam jari dan zat dari jari itu menambahkan lagi kesedapan makanan mamak yang dimakan.

Makan roti jala mamak di Little India

Berbalik pada tajuk roti jala mamak di Little India Pulau Pinang, saya ada mencubanya baru-baru ini bersama dengan seorang kawan di Pulau Pinang. Oleh kerana dia anak jati Pulau Pinang, bila teringin nak makan sedap, saya akan ajak dia bawa mana-mana lokasi yang menarik berdasarkan pengalamannya.

Jadi hari itu dia bawa saya makan roti jalan mamak di Little India Pulau Pinang. Biasanya roti jala ini adalah makanan orang Melayu. Saya belum pernah lagi tengok mamak buat roti jala. Kalau di Pulau Pinang, saya biasa panggil roti surai dan bukannya roti jala.

Asalnya nak makan capati sedap kat situ, tapi kawan saya panggil mamak untuk buat satu set roti jala dengan menggunakan gulai kambing, kuah untuk capati tadi sebagai kuah yang sama untuk roti jala. Masa dia bawa tu saya kata banyak sangat, takut tak habis.

Tapi bila makan satu, sedap pulak, ambil satu lagi dan akhirnya habis satu set dalam pinggan tu dan alhamdulillah kenyang. Memang sedap sangat makanan tu seperti makanan-makanan lain yang ada di Pulau Pinang.

Walaupun kawasan tu bukannya restoran mewah, hanya sekadar gerai tepi jalan di sepanjang lorong-lorong sempit di Little India tu, kehebatan rasa makanannya memang tak kalah dan harganya memang amat murah. Saya kongsikan kat sini beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan untuk para pembaca.

logoblog

Thanks for reading Roti jala mamak di Little India, Penang

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. mamak roti jala kat queen street tu selalu garu celah2 kaki.. kah3,kami dah tak makan lama dah..pasai tu sedap..kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mamakpun garu kaki gak... hangpun garu kaki kan... ?

      Delete