Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, September 8, 2014

Kota Bharu lagi dari atas bumbung Hotel

  Mohd Shubhi       Monday, September 8, 2014
Selepas merayau di sekitar pekan Kota Bharu berhampiran Hotel Dynasty Inn yang saya tinggal dan melihat temasya bangunan yang bertukar menjadi pusat belaan burung walit, saya pulang semula ke hotel untuk bersarapan.

Sarapan pagi di Hotel Dynasty bermula pada pukul 7.00 pagi. Ketika mashu turun berjalan kaki di sekitar bandar tadi saya dah jenguk naik ke tingkat 6 Hotel Dynasty di mana Cafeteria hotel tersebut berada.

Agak unik kerana Cafeteria terletak pada tingkat paling tinggi, iaitu Roof Top hotel itu. Tingkap besar bercermin membolehkan kita melihat persekitaran Kota Bandar Bharu dari tempat tinggi. Anda boleh lihat sungai Kelantan yang besar dan panjang di sekeliling Pusat Bandar Kota Bharu dari atas tingkat 6 Hotel Dynasty.
Kota Bharu lagi dari atas bumbung Hotel

Pemandangan Kota Bharu dari bumbung Hotel

Satu lagi idea menerjah terjun masuk dalam kepala melihatkan suasana sungai tersebut. Saya perhatikan di kedua-dua belah tebing Sungai Kelantan di penuhi oleh hutan dan belukar sahaja. Warna kehijauan menyerlahkan cuaca waktu pagi di sekitar Sungai Kelantan.

Selepas Kawasan huatn belukar itu, tanah daratan naik ke atas membawa kepada kawasan hutan sekunder pula yang ditutupi oleh pokok-pokok sederhana kecil. Kemudiannya naik ke atas darat lagi barulah ada bangunan-bangunan lama.

Malangnya bangunan-bangunan lama itu anyak pula yang menjadi rumah atau bangunan yang telah ditinggalkan. Ada sebuah rumah kayu lama yang besar saya lihat dari atas bumbung Hotel Dynasty dipenuhi oleh lingkaran pokok Kembang Sepagi.

Pemandangan kurang menarik Kota Bharu

Kalau dilihat daripada bentuk rumah serta rekabentuknya yang tersergam besar, barangkali pemiliknya pada zaman kegemilangannya dulu tentu seorang yang berada. Tapi kenapa tertinggal sebegitu tanpa dipelihara dengan baik.

Yang paling ketara sekali adalah pemandangan itu amat memedihkan mata. Tidak adakah usaha untuk menyelamatkan pemandangan itu agar imej Kota Bharu terjaga dengan baik?

Kalau di bandaraya lain seperti di Selangor, bangunan yang terbiar sedemikian terutamanya di kawasan bandar yang ketara akan diperintahkan segera agar dibersihkan.

Jika dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan, maka kerja pembersihan akan diambil alih oleh Majlis Perbandaran dan kosnya akan dikenakan pada pemilik premis tersebut. Apakah tidak ada undang-undang yang samakah di Kota Bharu?

Majukan Sungai Kelantan, majukan Kota Bharu

Melihatkan keadaan sungai yang dipenuhi hutan belukar saya terbayangkan satu pembaziran sumber yang amat baik untuk memeriahkan Kota Bharu. Sungai itu besar dan panjang boleh diubah menjadi berbagai sumber untuk meningkatkan pendapatan masyarakat di Kota Bharu.

Kalau di Paris atau boleh lihat saja di negara kita di Melaka, Sungai Melaka bertukar menjadi satu destinasi pelancongan dengan adanya usaha untuk menghidupkan laluan bot bagi membawa para pelancong mengelilingi kota Melaka.

Sungai Kelantan juga boleh dilakukan sedemikian dan akan meriah lagi suasana Kota Bharu dengan berbagai usaha ekonomi. Sungai itu juga boleh dibuat sebagai salah satu laluan bot-bot kecil dan boleh juga diusahakan sebuah pelabuhan kecil bagi menghidupkan aktiviti perdagangan dan logistik di sana.

Begitulah sekadar idea yang terlintas dari saya sebagai orang luar yang musafir ke negeri Kelantan. Selepas ini saya akan tulis pula pasal Makan di kedai Cina Kota Bharu...insyaallah

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kota Bharu lagi dari atas bumbung Hotel

Previous
« Prev Post

13 comments:

  1. Cuba tanya Nik Amar. Sekarang dia taukeh besar kerajaan kelantan. Zaman TGNA dulu duit takde.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah ...kota bharu akn brubah wajah wlu pun perlahan...sepanjang pengamatan, perhatian, penglihatan saya sebagai rakyat kelantan...sudah jauh rupa kota bharu berubah berbanding mula2 kerajaan pas memerintah kelantan sejak tahun 1990 setelah mengambil alih pemerintahan dr umno. Usah pertikaikan...penulis harus melihat siapa yg memerintah kelantan...mmg tidak dinafikn bantuan dr pusat tetapi ada perbezaan ketara dgn negeri yg sealiran politiknya dgn pusat. Kalau penulis bandingkan kb dgn k.terengganu, saya rasa kb berada didepan. seumpama belanja org berada dgn org kurang berada...jgnlah org kurang berada nk berlagak mcm org berada...itulah saya blh umpamakn dgn kota bharu...mgkin yg penulis fikirkn apa yg sepatutnya dibuat utk jdkn kb lebih meriah sudah ada dlm perancangan mpkbbri tapi dibuat ikut kemampuan yg mana lbh utama. Seharusnya utamakan yg lbh utama dr yg utama atau pentingkn yg lbh penting dahulu dr yg penting. Perlahan x mengapa asalkn bergerak dr lgsung x bergerak. Saya bknnya nk beralasan kerajaan negeri kekurangan dana kerana penulis akn jwb takkan 24 thn pegang kelantan masih lg nk guna alasan sedimikian tp hakikatnya anak org kaya yg ingin berniaga akn mudah dpt suntikan modal dr bapa mereka yg sudah kaya berbanding dgn ank org miskin yg ingin berniaga hanya dgn modal kecil dr simpanan dan berbekalkn keazaman yg tinggi shj. Klu anak org kaya yg ingin berniaga tanpa bantuan modal dr bapa, pasti mereka juga akn memulakan prniagaan scara kecil kecilan terlebih dulu. Ya mmg betul saranan penulis yg melihat tebing sungai kelantan byk blh dimanfaatkn...saya pun yakin kerajaan kelantan sudah ada perancangannya. Biar kmajuan yg ingin dibuat selari dgn kemampuan rakyat utk mengejarnya, menikmatinya dan berada bersama dgn kemajuan itu terutamanya kaum bumiputra Islam.lihat di negeri lain, rmai bumiputra Islam ketinggalan jauh dr kaum lain...tetapi di kb ia tidaklah ketara sgt...masih blh bersaing dgn kaum lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! komen yang panjang lebar... terima kasih berminat fikirkan lontaran idea saya di atas. Insyaallah KB akan maju, saya juga harap begitu.

      Dalam pembangunan, Kerajaan Negeri tak semestinya keluarkan dana, tak perlupun. Ada mekanism lain yang lebih mudah yang semua kerajaan lain di dunia lakukan, hanya perlukan kerajaan yg kreatif... dana kerajaan tak perlu sebenarnya...

      Delete
    2. Saya sokong kenyataan anda

      Delete
    3. Saudara penulis rencana...aku sokong penulisan ko....tp klu x kluar dana, nk guna menatang ape....nk berak pun kluar dana...nk kencing kt KL ni 50sen wahai sedara penulis...jgn ko nk hentam negeri aku mudah2...skrg jauh lebih baik dr zaman mat yakob mb bn dulu...klu ko nk hentam tmb klatan skrg ok gak tp aku x sokong ko hentam org...gini la sedara penulis ko jd ahli politik pastu mintak jd mb...nk tgk ko kreatif ke tak klu xde dana...buleh buat ketja ke tak klu pakai dana rm2 atau pakai dana air liur ko

      Delete
    4. Adakah mohd shubhi prejudis dgn kelantan? Klu prejudis dgn kelantan, saya harap mohd shubhi tak perlu dtg kelantan lah...lebih baik anda terus ke golok thailand...disana byk yg kreatif dr negeri kelantan

      Delete
    5. Alahai! emosinya? tak ada aksi hentam meghentam kat sini... itu cadangan penulis saja tak semestinya yg terbaik.

      Jangan anggap cadangan itu satu ancaman... punah akal jika bersifat begitu.

      Dalam bab dana, tak ada pula penulis kata tak perlu dana, cuma dana tak semstinya kerajaan yg keluarkan. Orang lain boleh keluarkan sebab mengimarahkan ekonomi itu satu perniagaan, dan bukannya kerja lagha yg tak menguntungkan.

      Kenapa pula nak halau penulis dari jejakkan kaki ke Kelantan? hanya apabila penulis memberikan cadangan...? brutalnya emosi...?

      Walau macam manapun, mohon maaf ler kalau anggap tulisan atas tu satu kritik negatif atau sebagai satu tohmahan yg mendatangkan dosa.. mohon Allah ampunkan jika ada kelemahan.

      Salam ukhwah dan jauhkan diri kita dari berfikiran negatif dan bersifat amarah. Tak ada faedahnya.

      Wallahu'alam

      Delete
  3. Saya anak kelantan dan saya setuju dgn.ideal penulis.jangan lah emosi tak tentu pasal sahabat..mungkin kita tak setuju dlm.beberapa perkara tetapi kita kena dengar pandangan org.lain wpun tak semestinya betul..

    ReplyDelete
  4. Saya berpandangan, kita perlu lebih ramai lagi individu seperti penulis Pendapatanda ini sebab:

    Kita sedia maklum setiap manusia ini ada kelemahan dan sudah tentu tidak ada yang sempurna jadi dalam usaha kita untuk mencari kepada kebaikan dan berusaha kepada kesempurnaan sudah tentu kita ini perlu untuk belajar menerima teguran, nasihat dan kritikan, malah mungkin lebihi daripada itu.

    Teringat kepada kehidupan masyarakat dulu-dulu yang amat mengambil berat sesama orang lain atau insan lain tetapi generasi hari ini seperti yang kita lihat kebanyakan nya hidup terlalu bersaing dan materialistik sehingga keciciran kepada nilai murni
    Aku dulu tidak ada apa-apa, kosong, hampas. Belajar pun tak setinggi mana sekadar SPM, itu..pun gagal. Teguran dan kritikan lah, malah kekadang cacian sebagai sesuatu yang memberi PELUANG untuk aku berjaya dengan berusaha mencari pegetahuan dan jalan untuk mengatasinya.
    Dan hari ini hidup lah aku sebagai seorang usahawan... layan bro..

    ReplyDelete
  5. Pada saya Kota Bharu sudah ada banyak kemajuan yang pesat dibandingkan beberapa tahun yang lepas . Saya bukanlah anak Kelantan tapi saya cukup gemar melancung ke K.Bharu bila ada kelapangan . Buangkanlah sifat prejudis terhadap Kelantan bila berbicara berkenaan negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongs pendapat...insyaallah! tak ada prejudis

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !