Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 23, 2014

Lagi perangai pelik pesakit dementia

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 23, 2014
Mungkin ini artikel terakhir berkenaan masalah dementia serta masalah perangai pelik pesakit dementia yang akan saya tulis. Dengan maklumat yang saya dapat setakat ini sudah cukup rasanya untuk berhadapan dengan cabaran menjaga orang yang menghidapi masalah dementia.

Dalam artikel yang lalu kat sini, saya dah dapat maklumat bagaimana pesakit dementia akan bersikap luar daripada kebiasaannya. Perangai mereka pelik dan sukar difahami apabila suka mengulang-ulang perbuatan atau percakapan.
Lagi perangai pelik pesakit dementia

Semua perbuatan itu mempunyai maksud-maksud tertentu yang bukan disengajakan untuk menyakitkan hati sesiapa. Pesakit dementia mengalami masalah pada otak yang mana interpretasinya jauh berbeza daripada manusia normal lain.

Mereka berada di dunia mereka sendiri yang tak dapat kita lihat kerana semua yang berlaku sekeliling kita perlu diterjemahkan oleh otak. Jadi bila ada masalah dalam penterjemahan itu, pengiraan dan pertimbangan bagi pesakit dementia dilihat tidak rasional bagi kita.

Dengan pemahaman sedemikian, maka kita dapatlah meredakan jiwa dan cuba memahami pesakit dementia dan memberikan respon yang sepatutnya.

Pengalaman saya menjaga pesakit dementia

Ada komen yang keras mengkepala hotakkan saya dan tulisan pada artikel yang lalu. Banyak kritikan pedas terhadap ayat-ayat yang saya gunakan dalam menerangkan sikap kita ketika menjaga pesakit dementia.

Saya akur bahawa saya bukan malaikat. Saya bukanlah dari kalangan mereka yang berakhlak mulia dan penyabar seperti mana anon yang membuat kritikan tersebut. Jadi bila berhadapan dengan perangai pelik pesakit dementia samada ianya ibu atau bukan ibu, sudah tentu akan berlaku konflik jiwa sehebat manapun saya mengawalnya.

Akhlak saya tak mulia dan banyak kelemahan

Dalam kes membuat keputusan untuk tinggalkan semua urusan dan menjaga ibu, saya akui bukanlah ikhlas dan jadi secara spontan macam tak ada apa-apa. Saya masih sayangkan kerja dan peluang dunia yang perlu saya ambil, ertinya ada konflik dalam jiwa.

Kalau anon itu nak kata tak sepatutnya jadi begitu, saya tak kisah sebab saya memang lemah. Apa yang saya cuba lakukan adalah lawan rasa tak syok itu dan teruskan juga buat keputusan berat untuk jaga ibu walaupun tak ikhlas..., apa boleh saya buat? cuma doakan keampunan atas kelemahan saya itu.

Saya juga tidak sabar apabila menerima dugaan 24 jam dengan kerenah pesakit dementia, walaupun ianya ibu saya. Saya bukan wali dan bukan juga malaikat, tahap akhlak saya rendah dan macam orang awam lain atau mungkin lebih teruk.

Namun begitu apa boleh saya lakukan? saya perlu juga tahan kesabaran dan sentiasa ingatkan diri bahawa ibu saya tak pernah berniat untuk sakitkan hati saya. Maka itulah yang dilakukan sepanjang masa setiap kali menghadapi apa saja ragam menjaga ibu.

Saya bukan penyabar

Kalau anon tu nak kata saya bukanlah manusia sebenar dan bukan juga ahli syurga kerana tidak ada keikhlasan dan terdetik nak marah seorang ibu, saya akur memang tak layakpun. Apa yang saya boleh lakukan adalah terus berusaha dan terus jaga ibu dalam keadaan sentiasa ingatkan diri dan mengharapkan keampunan Allah.

Saya menulis secara realiti hakikat kita sebagai seorang manusia biasa yang berhadapan dengan cabaran kehidupan. Saya bukannya nak ulas retorik begitu begini seperti seorang ustaz hebat dan suci dari kesalahan. Secara teorinya memang itulah yang terbaik dan matlamat kita untuk mendapatkannya.

Tetapi secara realitinya majoriti orang seperti saya yang rendah akhlak dan tidak sabar ini akan berada dalam konflik jiwa setiap kali berhadapan dengan masalah besar. Dengan sentiasa ingatkan diri saja, kesabaran dan keterlanjuran dapat dikawal.

Eleh! baru kena uji sikit dah nak jem!, itu komen anon pada saya. Saya terima dan memang betul terlalu lemah jiwa saya. Masuk syurga memang tak layak tapi saya sentiasa berharap dan tak pernah putus asa dengan Rahmat Allah.

Kalau anon itu tak ampunkan dan mahu humban saya ke neraka, saya tak kisah kerana saya hanya harapkan keampunan dari Allah sahaja, bukan selainNya.

Ok! kalau pembaca rasa itu semua satu keaiban yang membuatkan artikel saya ini semua tidak perlu dibaca, terpulanglah. Anda berhak untuk menilai dan buat keputusan sendiri. Sekarang baru kita sambung lagi perangai pelik pesakit dementia

Perangai duduk tak diam pesakit dementia

Pesakit dementia adakalanya akan duduk tak diam dan kelihatan gelisah tak tentu hala. Mereka mungkin mundar mandir seperti mencari dan memikirkan sesuatu. Tapi mereka tak dapat kongsikan dengan orang lain sebab mereka sendiri tak faham apa yang sedang berlaku.

Dalam keadaan begitu, ada kemungkinan pesakit dementia sedang rasa lapar sangat atau dahaga. Ada kemungkinan juga mereka sedang mengalami kesakitan, sembelit atau senak perut. Marahpun boleh jadi juga, kecewa juga satu kemungkinan.

Kadang-kadang bunyi bising yang bercelaru disekitar tempat pesakit dementia ada juga boleh membuatkan mereka berkeadaan gelisah dan tak senang duduk.

Walau apapun, anda perlu dapatkan jawapan sendiri dengan menggunakan kreativiti anda agar masalah mereka dapat diselesaikan segera. Kadangkala pesakit dementia yang sebelum ini aktif gelisah bila dia tak dapat keluar merasakan udara segar. Bantulah mereka jika anda rasa itu sebabnya.

Pesakit dementia menangis atau menjerit

Kadang-kadang anda akan terkejut bila pesakit dementia yang anda jaga berteriak tengah malam memanggil-manggil nama anda berkali-kali. Sudah disahut, masih akan dipanggil juga sambil dia mula teriak dengan kuat.

Jangan panik. jangan terus bungkus barang dan belah dari situ kerana anda perlu selesaikan masalah pesakit dementia itu terlebih dahulu sebelum cabut lari.

Ada kemungkinan pesakit dementia itu menjerit dan menangis ketakutan kerana halusinasi melihat makhluk pelik dan sebagainya. Jangan takut kerana itu hanya halusinasi pesakit dementia dan bukannya real.

Adakalanya mereka jadi begitu kerana tak dapat faham bahawa anda berada berdekatan dan pesakit dementi rasa tak aman dan takut, lalu dia menjerit panggil nama anda. Dapatkan mereka dan beritahu anda ada. Elok kalau buka lampu sedikit supaya anda dapat dilihat.

Kalau dia menjerit memanggil orang yang telah meninggal, sekali lagi anda jangan lari pulak kerana dia mungkin tak sedar dan merasakan sedang berada di zaman lalu. Jangan tengking pesakit dementia kerana itu akan mengecewakan mereka.

Pesakit dementia berkelakuan tak senonoh

Ada kalanya pesakit dementia akan membuka pakaian ereka ketika ada orang di sekitar. Mereka bukannya sengaja berbuat begitu, cuma tak dapat bezakan bila masa sesuai dan bila tak sesuai untuk berbuag begitu.

Ada kalanya mereka menyumpah atau maki hamun orang. Malah ada kalanya mereka meludah. Jangan bertekak atau bertindak keras, alihkan perhatian mereka dan cuba terangkan pada orang yang kena bahawa perkara itu tidak disengajakan dan jangan ambil hati.

Pesakit dementia suka jaga malam

Biasanya pesakit dementia ini akan berjaga malam. Mereka hadapi kesukaran untuk lelepkan mata. Lagipun orang tua biasanya hanya perlukan tidur yang agak sedikit. Bila mereka dah tidur disiang hari, maka pada malamnya mata akan terjegil.

Jam dalaman pesakit dementia telah celaru sebenarnya. Mereka akan bangun di waktu malam / awal pagi, pakai baju dan keluar rumah. Jika jadi begitu, ia amat mencabar buat mereka yang menjaganya.

Apa yang kita boleh buat adalah cuba letihkan pesakit dementia dengan aktiviti senaman atau apa-apa saja aktiviti yang membuatkan mereka agak letih. Bawa mereka keluar jalan-jalan di awal malam dan berikan minuman seperti susu untuk tenangkan diri pesakit sebelum dibawa tidur.

Jika mereka tersedar, ingatkan mereka bahawa hari masih lagi malam dan bukan waktunya untuk berjaga. Pujuk mereka untuk sambung tidur lagi.

Sorok benda dan lupa di mana

Ini salah satu kemungkinan yang akan berlaku pada pesakit dementia. Mereka mungkin akan sorokkan sesuatau barang dan kemudiannya mula mencarinya semula dan tak tahu di mana mereka telah sorokkan barang tersebut.

Jika jadi begitu, jangan marah. Tenang saja dan cuba mencarinya semula perlahan-lahan. Paling baik adalah jangan letakkan barang-barang yang anda rasa penting berdekatan dengan mereka agar tidak berlaku perkara sedemikian.

Menuduh yang bukan-bukan

Ada kalanya mereka menuduh anda atau orang lain mencuri atau ambil sesuatu kepunyaannya. Ini sebenarnya tidak real tapi bagi pesakit tersebut dia benar-benar merasakannya betul. Mungkin juga pesakit menuduh jiran atau kawan lain sengaja nak menganiaya dirinya.

Jika jadi begitu, tenangkan jiwa dan jangan melenting. Cuba yakinkan pada pesakit bahawa anda akan siasat dan jangan lupa beritahu orang yang dituduh itu adalah masalah imaginasi pesakit saja. Namun begitu, jangan lupa pertimbangkan kalau-kalau ianya betul.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lagi perangai pelik pesakit dementia

Previous
« Prev Post

18 comments:

  1. Lain macam ja intro artikel ni, apa pun tahniah kerana berkongsi pengalaman tuan, manusia akan salah tafsir walaupun apa yang tuan buat sebaliknya.

    Bagi saya tuan insan terpilih, bayangkan tuan bekerja makan gaji macam kami, agak2 boleh tak tuan buat keputusan untuk menjaga ibu walhal tika itu tuan benar-benar iklas untuk menjaganya?

    Harap-harap artikel ini bukan tulisan tuan terakhir pasai penyakit dementia dah la.
    Lan Trong

    ReplyDelete
  2. teruskan perkongsian ilmu bersama sebab saya pun penjaga pesakit dementia. bezanya pesakit dementia pernah mengalami kemurungan di masa mudanya.

    ReplyDelete
  3. Terus kan menulis...dn berkongsi pengalaman..terbaik

    ReplyDelete
  4. semoga tuhan merahmati serta mempermudahkan segala urusan tuan,

    ReplyDelete
  5. salam tuan...semoga tuan sabar dengan apa saja kritikan...hanya mereka yang berada di tempat tuan sahaja yang memahami keadaan anak yang ibu bapa yang sudah berusia dan sakit....saya pernah menjaga ibu yang dementia, tetapi tidak tahu ibu berpenyakit demikian sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah....itulah kelemahan yang saya tak dapat maafkan pada diri saya.... Keadaan pesakit yang kadang-kadang dilihat normal...ada ketikanya menjerit, memanggil -manggil orang yang sudah tiada di tengah malam,....bercakap -cakap dengan orang yang tiada....sedikit menyeramkan dan pelbagai lagi.....sebagai seorang anak kita memang tidak mahu jadi anak yang derhaka tetapi ada ketikanya kesabaran itu hilang . Tapi saya yakin tuan sudah melakukan sebaik mungkin sebagai seorang anak kerana pada zaman sekarang ini ingin mencari anak lelaki yang ingin menjaga ibu bapa yang sakit sukar sekali...Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada tuan untuk terus berkhidmat kepada ibu sebaik mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! sejuk dada membaca komen tuan... moga Allah kurniakan keampunan pada tuan dan keluarga serta ditingkatkan martabat tuan selayaknya bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan saling berpesan pada kebaikan... Insyaallah!

      Delete
    2. Alhamdulillah! sejuk dada membaca komen tuan... moga Allah kurniakan keampunan pada tuan dan keluarga serta ditingkatkan martabat tuan selayaknya bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan saling berpesan pada kebaikan... Insyaallah!

      Delete
  6. Salam,
    saya juga sedang jaga ibu yg dementia. Sangat2 mencabar. Kadang2 saya rasa saya anak yg derhaka. Elok jadi adik beradik lain yg hanya dtg sekejap2. X buat dosa mcm saya.

    org yg pandai bg komen tu x merasa lagi menjaga org dementia. Semoga kita sama2 terus diberi kesabaran.

    ReplyDelete
  7. Assalam, catatan santai tetapi bermaklumat....teruskan berkongsi hal pesakit dementia..semoga Allah beri kesabaran pd tuan dan memudahkn tuan mnjaga ibu...hanya mereka yang pernah jaga pesakit dementia akan faham....

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg sgt berguna utk saya.subhanallah mak saya juga alzeihmer.Semoga Allah membantu kita dlm menjlnkan tgjwb ini.Orang mmg pandai menghukum krn mereka blm diuji lg.Semoga Allah ampunkan kita dlm menggalas tgjwb ini.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !