Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 29, 2014

Apa pendapat anda tentang santan kelapa sawit

  Mohd Shubhi       Saturday, November 29, 2014
Apa pendapat anda tentang santan kelapa sawit
Tak ada orang Malaysia terutamanya orang Melayu yang tak kenal apa itu Santan.

Santan bukan saja digunakan pakai dalam banyak resipi masakan di negara kita, malah santan juga digunakan dalam urusan kesihatan dan juga menjaga kesihatan.

Tapi bila sebut santan, kita semua atau sekurangnya majoriti daripada kita akan bayangkan Santan Kelapa.

Orang utara sebut Santan Nyiok dan orang kampung saya sebut Coconut Milk.

Mungkin kita dah biasa sangat hubungkan santan dengan buah kelapa, maka tak tergerak nak fikir semula bahawa adanya satu lagi jenis santan yang dibuat daripada Kelapa Sawit.

Saya mula tahu bahawa adanya santan kelapa sawit hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada yang mula bercakap bahawa Santan Kelapa yang dijual di pasaran banyak yang dah dicampur dengan Santan Kelapa Sawit.

Kualiti Santan Kelapa Sawit

Saya dengar cerita tentang santan kelapa yang bercampur dengan santan kelapa sawit daripada seorang kawan yang buat kerja part time memproses dan menjual santan kelapa.

Dari gaya dia mencerita serta intonasi ceritanya, seperti menggambarkan bahawa santan kepala yang bercampur santan kelapa sawit adalah tidak berkualiti.

Bekalan kelapa tua berkurangan

Tambahnya lagi, pengusaha santan kelapa buat begitu sebab untuk mendapatkan bekalan kelapa tua sekarang sangat sukar. Orang berebut cuba kuasai bekalan kelapa kerana permintaannya amat tinggi sekarang.

Pengusaha santan kelapa perlukan santan tua. Mereka terpaksa bersaing dengan industri air kelapa muda. Penjual air kelapa muda berebut mendapatkan bekalan kelapa muda kerana permintaan air kelapa muda yang sedap tu boleh tahan dan amat tinggi di seluruh negara.

Jika kita ambil kelapa muda, maka buah kelapa tak dapat tunggu jadi tua. Bila semua kelapa muda dibelasah awal, alamat kelapa yang bertahan atas pokok untuk menjadi tua semakin berkurangan. Akibatnya, bekalan kelapa tua terpaksa diimport banyak daripada negara luar seperti Indonesia.

Santan kelapa sawit bukan sebab kualiti

Bila saya tahu bahawa bekalan santan kelapa menjadi semakin mencabar, maka andaian saya adalah penggunaan santan kelapa sawit tak ada kena mengena dengan kualiti santan. Malah ia adalah satu alternatif yang mungkin jauh lebih baik!.

Bagaimana sediakan santan kelapa sawit

Apabila dapat tahu kewujudan santan kelapa sawit, saya cuba bayangkan pula bagaimana agaknya cara nak sediakan santan kelapa sawit tersebut.

Kita semua dah tahu sangat cara nak sediakan santan kelapa. Kalau orang kampung lebih lagi tahu cara nak sediakannya. Masa zaman saya kecil dulu, setiap pagi kena tolong mak kukoq nyiok setelah kupas dan belah kelapa.

Selepas kukoq nyiok, kena perah santan pula daripada isi kelapa yang telah dikukoq tersebut. Biasanya kita terpaksa campir sedikit dengan air bersih untuk memudahkan proses perah kelapa mendapatkan santan.
Santan King

Tapi sekarang, semua urusan buat santan kelapa telah menjadi lebih maju dan mudah. Di kampung, walaupun kami ada pokok kelapa, masih dapatkan santan di kedai atau di pasar.

Di sana mereka ada mesin yang memerah santan tanpa dicampur dengan air. Santan yang keluar adalah santan pekat original.

Tapi bagaimana pula nak sediakan santan kelapa sawit? Adakah mereka menggunakan isi kelapa sawit yang teramat kecil tu, jenuh juga nak pecahkan tempurungnya yang kecil dan keluarkan isinya dan kemudian mula perah untuk dapatkan santan.

Jadi, saya nak tanya apa pendapat anda tentang santan kelapa sawit ni? tolonglah berikan pendapat spontan dan ikhlas supaya saya dapat belajar sesuatu. Saya cuma nak tahu persepsi orang ramai terhadap santan kelapa sawit... boleh kongsikan pendapat anda tak? boleh ler!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa pendapat anda tentang santan kelapa sawit

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Haha. Nk tau mcmana nl buat santan kelapa sawit. Mudah je. Minyak sawit diproses dan ditukarkan jadi santan. Sama macam beberapa jenis susu. Isi kandungan nya sebahagian ialah minyak sawit yg dah d proses.

    ReplyDelete
  2. Cadangan penggunaan santan daripada kelapa sawit perlu dikembangkan. Prosesnya mesti menggunakan mesyin penghancur biji-biji sawit yang telah dibersihkan. Kemudian di'press' sehingga santannya dikeluarkan, ditapis sebelum digunakan.

    ReplyDelete
  3. perut sehat boleh makan tuh santan,mantap kuah sayur pake santan

    ReplyDelete
  4. santan sawit tk sedap tk wangi pun..bila guna untuk cendol rasa muak...santan kelapa juga terbaik..terutama kelapa mawar

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !