Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 26, 2014

Bagaimana rasa berkhemah dalam hutan di musim hujan

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 26, 2014
Bagaimana rasa kerkhemah dalam hutan di musim hujan
Ya! anda mungkin nak tahu bagaimana rasanya berkhemah di dalam hutan ketika musim hujan. Kalau nak tahu... rasanya adalah tersiksa dan kesejukan.

Itulah pengalaman kanak-kanak remaja yang turut serta dalam kem motivasi remaja anjuran kelab rekreasi Puchong Intan. Kem motivasi itu diadakan di Chongkak Park & Resort, Hulu Langat, Selangor selama dua hari satu malam.

Seramai lebih kurang 60 peserta terdiri daripada kanak-kanak dan remaja antara umut 10 hingga 16 tahun, lelaki dan perempuan turut sama dalam kem motivasi yang penuh mencabar itu. Sepatutnya kem motivasi menyeronokkan, tapi kali ini ia lebih kepada cabaran yang agak mengerikan.

Berkhemah di musim hujan

Biasanya saya tak akan pergi mana-mana rancangan yang kawan-kawan ajak untuk masuk hutan dalam musim hujan. Tak sanggup dengan dugaan sebegitu dan tak banyak aktiviti boleh dilakukan dalam hutan ketika musim hujan.





Entah kenapa kali ini saya ikut serta. Malah bawa semua satu keluarga sekali. Mungkin sebab desakan anak-anak yang amat teruja ingin ikut serta.

Mereka nak rasa cabaran kerkhemah dalam hutan. Kebetulan ianya anjuran kelab rekreasi puchong yang dah ada pengalaman menganjurkan ke seumpamanya sebelum ini.

Jadi sebelum dua hero bersaudara itu terpaksa terbaring dalam rumah sebab kena masuk jawi musim cuti sekolah kali ini, saya bawa mereka semua sertai kem motivasi tersebut. Rasanya berbaloi dan banyak yang boleh dipelajari selepas ini jika nak anjurkan kem dalam hutan ketika musim hujan.

Lari sewa chalet selamat dari hujan

Oleh kerana saya bawa anak kecil seorang maka bila datang hujan pada hari pertama masuk hutan itu, saya mula ligat berfikir untuk selesaikan masalah jika berlaku hujan lebat di waktu malam nanti.

Rupanya ada chalet atas bukit itu yang sewanya hanyalah RM100 untuk satu malam. Chalet itu hanya ada dua katil single, kipas angin dan bilik air. Tak ada tv tak ada pendingin hawa dan tak ada pancuran air panas.

Nasib baik masih ada kosong. Ada 6 buah chalet kat atas tu dan habis kesemuanya disewa oleh ramai keluarga berbangsa Cina. Mereka siap buat khemah dalam chalet dan buat BBQ di depan chalet masing-masing.














Tak nak tulis panjang-panjang pengalaman berkhemah dalam hutan musim hujan ini sebab telah diselamatkan oleh chalet kayu yang saya sewa. Lagipun artikel ini sekadar nak kongsikan gambar yang sempat dirakam sepanjang program tersebut untuk tatapan mereka yang turut sama terlibat dalam program.

Yang paling best sepanjang program kerkhemah kali ini adalah kesempurnaan persediaan makan dan minum. Terima kasih pada geng tukang masak yang begitu tinggi komitmen mereka sediakan makanan untuk semua peserta. Makanan yang disediakan amat bermutu tinggi dan sedap dimakan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana rasa berkhemah dalam hutan di musim hujan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !