Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 25, 2014

Video ini bakal buat anda tak makan roti dari Kilang di P Pinang !

  Mat Bihi       Tuesday, November 25, 2014
Sebelum ini saya ada tulis bagaimana 6 kilang roti di Pulau Pinang diarahkan tutup selagi aktiviti pemulihan kebersihan tidak dilakukan dengan sempurna. 13 lagi kilang diberikan denda kerana gagal dalam amalan kebersihan mereka. Boleh baca ceritanya di sini.
Video ini bakal buat anda tak makan roti dari Kilang di P Pinang !

Kali ini mari kita lihat rakaman video ketika pegawai kesihatan melakukan serbuan pemeriksaan di salah sebuah kilang yang gagal amalan kebersihan mereka. Anda boleh lihat bagaimana lipas menjadi kawan baik kilang tersebut.

Dalam rakaman juga anda boleh lihat bagaimana bersepahnya najis tikus di merata tempat dalam kilang itu yang menunjukkan bahawa pemilik kilang tidak memperdulikan kebersihan.

Pemilik kilang juga nampaknya macam tak perduli kesan penyakit merbahaya yang mungkin terkena pada pengguna yang makan roti keluaran kilangnya. Keadaan pekerja yang tidak peka pada kebersihan dan etika kerja juga amat menyedihkan.




Elok makan roti buatan sendiri saja

Mungkin para peminat roti perlu fikirkan bagaimana nak buat sendiri roti mereka sekarang. Dah ada banyak peralatan untuk buat roti sendiri di rumah yang boleh kita dapatkan dari pusat membeli belah.

Cuma perlu ada duit lebih sedikitlah kalau nak beli semua peralatan tersebut. Mahu makan ribu-ribu juga kos belanjanya. Tapi ambil sikap sebagai satu pelaburan. Manalah tahu kalau-kalau dah pandai buat roti sendiri dari berbagai jenis, boleh dipasarkan pula di sekitar penempatan tempat anda tinggal.

Bagaimana pula dengan kedai bakery

Biasanya saya banyak membeli roti yang berbagai jenis daripada bakery yang ada banyak di sekitar Lembah Kelang ini. Ada satu rangkaian bakery yang sering saya singgah setiap kali lalu di depan kedainya.

Ada juga beberapa bakery di Subang Jaya yang menjadi kegemaran saya untuk memborong berbagai jenis roti yang semuanya amat sedap dan lazat belaka. Masuk ke dalam kedainya saja dah cukup membuatkan selera saya naik. Sebab itu akan terlajak untuk beli banyak.

Lagipun anak-anak memang tersangat suka makan semua jenis roti yang ada di jual di dalam bakery tersebut. Terutamanya berbagai jenis kek yang dipamerkan. Tapi saya tak lah layan sangat untuk beli kek tu sebab harganya jauh lebih mahal dan bukanlah baik sangat dari segi kenyang dan zatnya.

Jika dilihat dari mata kasar, mereka menyediakan semua roti yang dipamerkan di dalam bakery tersebut dari dalam kedai itu juga. Mereka masak dan buat pembungkusan dalam kedai yang sama. Cuma saya tak pasti samada penyediaan doh juga dilakukan di situ. Nanti saya nak pergi check kalau ada masa.
logoblog

Thanks for reading Video ini bakal buat anda tak makan roti dari Kilang di P Pinang !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Standard Malaysia dan penguatkuasa serta sistem!! suka nak buat sensasi tetapi merahsiakan nama pengilang terbabit..lepas tu suruh rakyarjaga jaga?? Kepala hotak hangpa la..anyway..tq for the video n nampak bakal jadi macam edisi SIA..SIA!!
    -krankenman-

    ReplyDelete