Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 21, 2014

Kilang roti pengotor, 6 kena tutup, 13 kena denda !

  Mohd Shubhi       Friday, November 21, 2014
Apalah malangnya para pengusaha kilang roti di Pulau Pinang ini. Bukannya sedikit gagal pemeriksaan kebersihan dan kesihatan mengejut baru-baru ini.

Sebelum ini saya terbaca kilang roti yang selalu saya beli roti benggali dari jenama Patchee diarahkan tutup buat sementara waktu sehingga pembersihan dan pemulihan kejijikan kilang mereka dilakukan.
Kilang roti pengotor, 6 kena tutup, 13 kena denda !

Hari ini saya baca satu lagi kilang roti di Kepala Batas pula di arahkan ditutup sebab bersepah taik tikus dan tidak menjaga standard kebersihan yang sepatutnya.

Bukan itu saja, malah rupa-rupanya ada sebanyak 6 kilang roti telah di arahkan ditutup sampai mereka buat pembersihan dan pulihkan masalah tikus, lipas dan serangga kotor lain lagi.

Selain daripada 6 kilang roti di arahkan tutup, 13 buah lagi kilang roti dikenakan denda berjumlah sebanyak RM32,500 atas kesalahan pengotor yang tidak sepatutnya berlaku dalam premis pembuatan makanan untuk orang ramai.

Mana nak cari kilang roti bersih

Saya sebenarnya amat suka beli roti benggali dari kedai Patchee. Tak pernah lepas setiap kali balik kampung, saya akan borong berbuku-buku roti benggali dari kedai Patchee ini. Tapi nampaknya kedai jual roti saja ok, kilang mereka penuh dengan kejijikan.

Menurut berita, ketika lawatan pemeriksaan kejutan dilaksanakan oleh pihak berkusa kesihatan, taik tikus bersepah. Lalat menghurung doh roti tu, ulat taik lalatpun ada kat dalam kilang tu. Taik lipas jangan nak cakaplah... wekkk!.

Dah berapa tan roti benggali depa aku makan.. rasa nak termuntah lah pulak.

Tapi susah juga nak lupakan roti benggali nih. Kalau balik penang memang nak kena beli. Ada orang yang boleh beritahu saya kat mana adanya sebuah kilang roti yang ada buat dan jual roti benggali yang keadaan kebersihan dan kesuciannya boleh dijamin hahal?

Kalau ada di kalangan yang baca blog ni ada tahu kilang roti bersih tu, cubalah kongsikan kat sini sikit. 6 kilang roti di pulau pinang dah bungkus, 13 lagi kilang tak boleh diharapkan juga, tolong bawak mai satu kilang roti Melayu pulak.. ada ka? fardu kifayah ni oooi! tak kan tak ada kot?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kilang roti pengotor, 6 kena tutup, 13 kena denda !

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. ya. takkan tak ada kilang roti yg kita boleh harap
    suci dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kilang roti melayu tradisi dari dulu di Jarak - Kilang Roti SM, rotinya sedap dan kilangnya bersih. Saya rajin singah beli roti di Jarak dalam perjalanan bali kerumah orang tua di Kepala Bukit dan dalam perjalanan bali ke Labu Besar. Sekarang dah ada cawangan nya di Kulim, kllang besar.

      Delete
    2. Terima kasih A. Malik. Insyaallah akan pergi cari bila balik ke sana nanti.

      Delete
  2. Tu la. Melayu masih tak boleh berdikari, walaupun dalam bab makanan. Mengutuk dan mencaci bangsa lain bukan main lagi, tapi benda yang dia makan hari-hari pun (sayur, ikan, beras, tepung) masih kena harap bangsa lain jual. Kalau tidak. tak berasaplah dapur orang Melayu. Contoh paling jelas...musim perayaan Tahun Baru Cina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya Melayu buat roti sendiri kot kat rumah...

      Delete
  3. cuba pula kat taiping, menghala ke -kuala sepetang - bersih dan boleh lihat tempat buat nya. kecil saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nak cuba beli kat situ bila lalu di Taiping nanti. Terima kasih atas infonya... kalau ada petua yang lebih jelas sikit tentu bagus.

      Delete
  4. Tak pernah pula nak tgk kilang dengan dekat. Tapi sekali kilang atau kedai tu di label sebagai kotor sekali tu memang takkan pergi selama-lamanya. Kebersihan didahulakan, kesihatan diutamakan.

    ReplyDelete
  5. Kamalia Bakery....? di Bkt. Mertajam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa masuk dalam Kamalia dalam kawasan production, tengok ok saja, tapi tak tahulah dari segi perinciannya. Kena pegawai kesihatan yang lebih arif melakukan pemeriksaan baru tahu..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !