Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 17, 2014

Kedai mamak dikenali dengan menu atau konsep perniagaan?

  Mohd Shubhi       Monday, November 17, 2014
Kedai mamak dikenali dengan menu atau konsep perniagaan?
Sebelum ini saya ada buat perkongsian senarai makanan pilihan rakyat Malaysia yang telah naik harga sejak lima tahun lepas. Ada 10 senarai makanan kesemuanya yang telh diberikan peratusan kenaikan harganya.

Senarai yang diberikan itu adalah berdasarkan meni yang biasa kita makan jika pergi makan diluar. Kalau kita masak sendiri di rumah, mungkin menunya adalah berlainan. Pasti ada lebih banyak lagi menu pilihan yang kita biasa sediakan sendiri untuk santapan satu keluarga di rumah.

Namun begitu, saya perasan ada satu komen yang membuat rumusan mudah dengan menulis, "menu kedai mamak...". Begitulah komennya terhadap artikel tersebut. Ini satu momen yang menarik dan tidak terfikir oleh saya ketika menulis artikel itu.

Macam-macam ada di kedai mamak

Lantas soalan yang muncul dalam kepala saya adalah apakah kita kenali kedai mamak berdasarkan menu mereka ataupun berdasarkan konsep perniagaan atau knsep kedai mereka.

Perlu diingatkan bahawa kedai mamak original dari Pulau Pinang yang dah bertapak sejak lama dahulu secara turun temurun mungkin agak berbeza. Mereka kekalkan menu masakan mereka dan tidak bercampur caca merba sebagaimana kedai mamak yang majoriti bukan orang Pulau Pinang kenal.

Berat firasat saya mengatakan bahawa persepsi kedai mamak dalam kepala orang Pulau Pinang adalah tidak sama dengan persepsi orang Malaysia lain. Kalau di Pulau Pinang, memang menu kedai mamak adalah tetap dah jelas.

Sebaliknya jika anda pergi ke kedai mamak di Kuala Lumpur umpamanya dan terutamanya, menu kedai mamak sudah jadi lintang pukang. Semua jenis masakan ada terjual di kedai mamak. Bahkan Tomyam ada di jual di kedai mamak.

Hampir apa saja yang digemari oleh orang Malaysia sekarang ada di tawarkan di kedai mamak. Dari makanan barat, makan jepun, makanan siam sampailah makanan India, disediakan oleh kedai mamak sekarang.

Bagaimana anda kenal kedai mamak

Daripada apa yang saya lihat sekarang, anda tak boleh dengan mudah melabelkan ini menu kedai mamak dan itu menu kedai melayu. Mamak ada kesemua menu dan kedai melayu juga sekarang dah tawarkan berbagai menu juga.

Roti canai bukan saja menu kedai mamak, ia juga salah satu menu kedai melayu seluruh Malaysia sekarang. Cendol juga bukan menu kedai mamak, Melayu, Cina dan semua bangsa menawarkan menu cendol.

Lagipun, anda masuk kedai mamak bukan kerana menunya. Dan kadangkala anda malas nak masuk ke kedai Melayu bukan kerana menunya juga. Ramai yang lebih gemar menu masakan Melayu berbanding menu masakan Mamak.

Tapi ramai suka kedai mamak kerana kepantasan layanan mereka. Kedai mamak pula pilih lokasi yang terbaik di setiap penjuru bandar. Mereka sediakan suasana yang menarik untuk para pelanggan. Bab kotor kita tolak sebelh dulu, kerana bukan kedai mamak saja yang pengotor.

Kenal kedai mamak kerana imej

Ringkasnya, saya akan dapat tahu mana satu kedai mamak dan mana satu kedai bukan mamak hanya dengan sekali lalu sambil memandu kereta di mana-mana pusat bandar. Saya kenal kerana konsep kedai mereka yang ada identiti tersendiri, dan bukan kerana menu mereka.

Warna pilihan kedai mamak juga biasanya boleh diagak. Warna terang menjadi pilihan mereka dan warna kerusi dan meja mereka juga macam ada satu identiti yang tersendiri.

Nama kedai juga amat ketara. Dengan pilihan nama-nama ala-ala Arab disertai dengan ejaan yang agak berbeza menggambarkan kedai tersebut adalah berkonsepkan kedai mamak.

Apa pandangan anda dalam bab ini? adakah anda kenal kedai mamak dengan menunya atau dengan konsep perniagaan mereka...?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kedai mamak dikenali dengan menu atau konsep perniagaan?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !