Saturday, November 15, 2014

Mampukah anak-anak beli rumah sendiri?

  Mat Bihi       Saturday, November 15, 2014
Semalam selesai solat jumaat, buat sedikit khidmat kepada bapa saudara yang datang dari kampung berjalan ke rumah anaknya di Shah Alam. Saya bawa dia menziarahi anak saudara sebelah isterinya di Saujana Putra.

Itu merupakan satu-satunya bapa saudara sebelah ibu yang masih tinggal dan dia merupakan yang paling bongsu. Ertinya kami panggil Pak Su sebagai gelaran penghormatan kepada bapa saudara kami itu.
Mampu anak-anak kita beli rumah sendiri

Kata orang hidup tanpa berikan apa-apa khidmat terutamanya pada orang tua, tiada maknanya. Berkhidmat pada orang tua-tua, itulah salah satu manusia yang menjalani kehidupan. Jadi saya tinggalkan sebentar segala urusan kerja untuk ambil Pak Su pergi berjalan.

Bincang isu beli rumah

Pak Su bermalam di rumah anak Subang Jaya, salah seorang anak saudaranya juga. Anak saudaranya itu merupakan bekas kakitangan Telekom yang dah pencen. Rumahnya corner lot di USJ 5, tentu agak besar dan tersergam indah. Mereka boleh dimasukkan dalam kategori sederhana berada.

Bila saya pergi ambil Pak Su di sana, saya berbual dengan sepupu saya itu yang anak-anaknya dah besar dan dah kahwin sebahagiannya. Semua yang dah berkahwin dan memiliki rumah mereka sendiri.

Beruntung mereka. Baru saja berkahwin dan ada rumah sendiri. Dan harga rumah yang mereka beli pulak agak mahal-mahal belaka. Semua berharga melebihi RM300 ribu. Walaupun masih muda, baru berkerja dan baru berkahwin, dah ada rumah sendiri.

Saya cuba bandingkan anak-anak sepupu dengan diri saya sendiri. Dah masuk hampir 40 tahun baru mampu beli rumah. Itupun rumah murah yang dibeli dari seorang Cina yang desperado mahukan duit dengan menjual rumah dengan harga yang berpatutan. Saya dapat rumah itu dengan harga RM150 ribu saja.

Pak Su beli rumah baru habis bayar

Ketika naik kereta bawa Pak Su ke Saujana Putra, saya berbual dengannya tentang isu anak-anak beli rumah ketika usia masih muda. Macam mana anak-anak sepupu saya itu mampu beli rumah. Dari mana mereka dapat duit bayar muka?, itu persoalan yang saya kemukakan.

Besar kemungkinan mereka dibantu oleh ibu bapa mereka yang ada banyak duit. Ertinya kalau nak harapkan duit mereka sendiri tentu agak sukar. Sekarang nak dapatkan rumah yang bernilai bawah RM350 ribu di dalam kawasan bandar adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Kalau nak beli rumah dengan harga RM350, sekurang-kurangnya mesti ada duit deposit sebanyak RM35 ribu. Kalau baru kerja mana nak cari wang sejumlah itu?.

Pak Su cerita dia baru saja habis bayar hutang rumahnya dalam 3 atau 4 tahun lepas. Ketika umurnya dah mencecah hampir 70 tahun !. Wow! punyalah lama!. Nasib baik dia masih hidup untuk merasai nikmat duduk rumah miliknya 100%.

Itupun jumlah installment yang dia perlu bayar hanyalah dalam lingkungan RM400 sebulan sahaja. Dia masih mampu bayar walaupun hidup hanya dengan mengharap wang pencen. Bila orang sering tanya kenapa dia tak pergi buat haji, dia jadi serba salah nak jawab. Mana nak makan, mana nak bayar duit rumah, mana nak sara kesihatan diri. Pencen tak seberapa.

Beli rumah harga RM700 ribu

Sampai di Saujana Putra, saya berkenalan pula degan anak saudara Pak Su sebelah isterinya. Dia juga dah pencen. Sebelum ini bertugas dengan Petronas bahagian kejuruteraan. Jadi tak hairan rumahnya kelihatan amat hebat.

Kerja dengan Petronas, sampai pencen pulak tu, tentu dia ada banyak duit. Dia berpindah dari Kelana Jaya setelah menjual rumah miliknya di sana dan beli rumah baru di Saujana Putra. Mungkin dia buat banyak duit dengan jual rumah di Kelana Jaya itu.

Saujana Putra dulu adalah satu kawasan sejuk yang orang tak mahu pergi. Semalam saya lihat bandar itu dah jadi besar dan agak meriah. Banyak kedai-kedai dah naik. Cuma masih belum ada sekolah sahaja lagi.

Tapi bila saya tanya harga rumah yang dia bei di sana, dia jawab beli dari tangan orang dengan harga RM700 ribu. Rumah dua tingkat. Atas 3 bilik dan bawah satu bilik. Rumah itu kemas, maklumlah rumah baru dan dia dah ubahsuai seikit dengan lebih sempurna.

Saya telah air liur saja bila dia kata rumahnya berharga RM700 ribu. Dengan kawasan yang agak jauh dari kemudahan, tak ada sekolah lagi dan masih kurang ramai penduduknya dan tak ada masjid tetap, harganya dah sebegitu. Siapa yang mampu beli agaknya?.

Adakah anda dah beli rumah sendiri?

Saya dah beli rumah sendiri. Itupun rumah yang amat murah. Rumah ters dua tingkat dengan 3 bilik di bahagian atas dan satu bilik di bahagian bawah dengan harga RM150 ribu, itupun bernasib baik.

Duduklah saya dan anak-anak serta isteri di rumah itu ala kadar. Saya dah semak harga rumah teres di kawasan Puchong, tak ada lagi yang bawah RM300 ribu. Saya terfikirkan selepas ini berapa agaknya harga rumah dan mampukah anak-anak beli rumah sendiri tanpa bantuan ibubapa...?

Dengar kata selepas perlaksanaan GST, harga rumah akan naik lagi. Saya dengar berita ini ketika mendengar Radio BFM baru-baru ini. Kalau anda kita kerja makan gaji dengan gaji yag sederhana, sampai bila agaknya akan mampu beli rumah sendiri sedangkan harga rumah tak pernah berhenti naik...?
logoblog

Thanks for reading Mampukah anak-anak beli rumah sendiri?

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. anak-anak mesti buat tabungan supaya dah besar..jadikan duit tersebut sebagai bayaran muka rumhh..memang itu realitinya..saya juga membeli rumah setahun selepas kahwin dan dah bekerja selama 6 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah!, anak-anak muda diluar sana kena belajar dengan Tuan nampaknya.. kerja 6 tahun memang rasanya dah sempat utk kumpul wang kalu bercermat.

      Delete
  2. Pasal beli rumah ni lama aku dok mikir, nak beli tak beli, nak beli tak beli. Sbbnya, tak pasti, finally nak bermastautin kat mana. Aku tengok ramainya jiran jiran aku beli rumah, dapat duduk beberapa tahun pastu kena transfer, rumah tinggal, sewa kat org, installment rm1000, sewanya dlm rm500 je, maintainance dan cukai masih kena tanggung. So sampai skrglah aku masih nyewa kat JB ni. Pikir pikir, sewa pun sewalah, mana ada rumah yg kita kekal duduk kat rumah tu, sudahnya kena keluar jugak, kalau tak mau keluar pun org angkat kita usung keluar hantar kat rumah kecik 2x6x6, itu pun kdg kdg kena pindah jugak.
    Anak isteri punya pasal, takut takut takder umur aku, kesian kat diaorg takder rumah, aku beli jugak rumah kat kampung, bayar lah pelan pelan, kalau takder umur, insuran takaful cover, skrg tak duduk buat homestay, kalau bg sewa kat org kita pulak tak merasa duduk rumah tu. Buat homestay ni sekali sekala balik kampung boleh la duduk kat rumah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu panduan untuk yg dok memikir strategi nak beli rumah. Panduan yang bagus. Terima kasih kongsikan di sini.

      Delete