Jas duit

Jasduit - Just do it !

Friday, November 14, 2014

Bermalam di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor

  Mat Bihi       Friday, November 14, 2014
Baru-baru ini berpeluang bermalam di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor. Saya bertolak dari rumah pergi ke KLIA mengambil seorang lagi rakan yang baru sampai dari Sabah. Dari KLIA, kami berdua bertolak menuju ke Melaka ikut jalan belakang.

Lebih mudah pergi ke Melaka dari KLIA ikut jalan belakang sebab dah dekat dengan pekan Sepang. Dari Sepamg kami menuju ke Lukut dan dari Lukut ke Teluk Kemang ikut Lebuh Raya. Sebaik saja sampai ke Bulatan Teluk Kemang ambil kiri menuju untuk menuju ke Melaka.

Kami perlu ambil seorang lagi rakan yang tinggal di Masjid Tanah Melaka. Pertemuan kami adalah di kedai makan di Pengkalan Balak. Boleh singgah makan dan minum sebelum meneruskan perjalanan ke Gunug Ledang Resort, Tangkak.

Sampai di Pengkalan Balak dah pukul 5 petang lebih. Kawan dari Melaka tu dah sampai terlebih dulu dan kami berdua menyertainya makan petang kat kedai di Simpang Tiga berhampiran Masjid kat situ. Makanannya biasa-biasa saja. Ada rojak dan mee goreng dijual di situ. Bolehlah sekadar nak alas perut.

Oleh kerana perjalanan masih jauh kami terus bergerak sebaik saja selesai saja makan kat situ. Untuk cepat terpaksalah pergi naik lebih raya kat Ayer Keroh menuju ke Johor. Perjalanan tak berapa jauh sangat rasanya. Dalam pukul 9 kami dah sampai di sebuah kedai makan di Tangkak.

Keluar saja dari Tol di Tangkak, perut dah terasa lapar. Kena cari kedai makan untuk alas perut sebelum ke Gunug Ledang Resort, kerana kami dapat tahu tak ada kedai makan di kawasan berhampiran resort tersebut.

Makan kedai yang ramai tapi tak sedap di Ledang

Dalam memandu perlahan-lahan, kami lalu di sebuah kedai sebelah kiri yang kelihatan ramai pelanggan. Orang ramai memenuhi meja dan kereta penuh diletakkan di sebelah jalan raya. Saya rasa mungkin kedai itu popular. Kalau tidak takkan lah ramai orang.

Lalu saya berpatah balik untuk mencuba masakan di kedai tersebut. Kelihatan ramai orang sedang menjamu selera. Orang Cinapun ramai juga makan di kedai itu. Rupanya ada satay dan nasi lemak. Katanya di situ terkenal dengan nasi lemaknya yang sedap, kata kawan saya.

Kami dapat satu meja kosong dan tunggu punya tunggu tak ada yang datang melayan. Lalu kedua orang kawan saya pergi mengambil makanan sendiri. Mungkin orang ramai sangat membuatkan mereka sibuk nak perasan ada orang baru duduk di situ.


Tak lama selepas itu kedua-dua kawan saya datang. Masing-masing membawa nasi lemak untuk saya sekali. Ada lauk telut puyuh dan seketul ayam di dalam pinggan yang berasingan. Sebaik saja duduk, seorang kawan saya merungut dengan cara layanan yang kasar oleh seorang kakak di kedai itu ketika dia ambil lauk.

Biasalah kata saya untuk sedapkan hati kawan saya tu. Orang ramai dan mereka mungkin terlalu letih. Mungkin juga dia hanya pekerja dan tak puas hati pada majikannya. Mungkin juga dia isteri kepada taukeh kedai dan suaminya tak berikan layanan yang baik semalam. Banyak kemungkinannya...

Kami makan nasi lemak dan order satay 20 cucuk. Makanan yang kami makan tu agak mengecewakan. Tidak seperti yang dijangkakan berdasarkan jumlah orang ramai yang berpusu-pusu datang makan di kedai tersebut. Saya rumuskan lidah orang di situ langsung tak sama dengan lidah kami agaknya.

Selepas makan kedai ramai tapi tak sedap itu kamu meneruskan perjalanan ke Gunung Ledang dan tak lama kemudiannya kamipun sampai. Tempat itu agak cantik dan sunyi di waktu malam. Kedengaran bunyi deruan air yang kuat sebaik saja turun dari kereta. Memang bunyi sebegitulah yang paling best bagi saya.

Selepas ambil kunci kami menuju ke bilik masing-masing. Biliknya boleh tahan. Tapi taklah macam hotel yang baik. Bilik airnya pula biasa saja macam bilik air orang kampung. Mandian pancurnya pasang heater biasa saja dan airnya kecil dan tak berapa selesa.

Kami buat kerja sedikit dan terus tidur kerana esok ada program panjang satu hari di situ. Esok pagi saya bangun awal, selepas subuh keluar sekejap melihat persekitaran di situ dan sempat rakamkan beberapa keping gambar di awal pagi ketika orang masih tak mandi lagi di sungai yang ada kat situ.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bermalam di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. Tenang je suasana rimba...jauh beza dgn hiruk pikuk di bandar....

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak sedap aku makan berasa kat sebelah Kedah, sebelah Tangkak Muar ni popularnya asam pedas dgn mee bandung Muarnya, tp kena pandai cari portnya, yg ni kena tanya org tempatan. Mee bandung muar dulu dulu kat warong besi sebelah jambatan, skrg dah jadi gerai MARA, dgrnya dah pindah kat bawah menara Telekom kat bandar Muar. Asam pedas pulak kat Jalan Joned dgn kat gerai Tanjong Emas.
    Hutan Lipur Gunung Ledang ni mmg bes, cuma tak besnya, hari cuti org ramai sgt, tp dgrnya batu batu kat situ keras sikit. Balik tu kena baca baca sikit, takut ada yg ngikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas maklumat utu tuan... tq

      Delete
  3. cantik tempat ni
    sekarang musim hujan
    tak sesuai untuk bermandi manda di kawasan jeram dan air terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu takut ada air limpah. Tp biasanya bila hujan diaorg akan bagi amaran.

      Delete
    2. biasanya orang tempatan tentu tahu keadaan tempatnya. Tapi perlu jaga-jaga, malang tak berbau.

      Delete