Jas duit

Jasduit - Just do it !

Friday, November 7, 2014

Kes serius ebola merebak di Malaysia, apa kata kementerian !

  Mat Bihi       Friday, November 7, 2014
Ada khabar angin kononnya sebuah hospital telah terpaksa ditutup kerana didapati 14 kes jangkitan Ebola di hospital tersebut.

Ada sebaran juga kononnya telah berlaku banyak kes jangkitan Ebola merebak di berbagai negeri di Malaysia sehingga berlakunya keadaan panik terhadap mereka yang membaca dan mengutip maklumat dari media sosial.
Kes serius ebola merebak di Malaysia, apa kata kementerian !
sumber gambar di sini

Perlu diingatkan pedoman penting untuk diikuti oleh orang ramai terhadap kutipan maklumat daripada media sosial ini. Rule no one bila baca maklumat media sosial untuk tidak percaya. Pastikan anda jelas dengan rule ini supaya tidak mudah tertipu.

Kenyataan akhbar kementerian tentang ebola

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI HEBAHAN KHABAR ANGIN PENGESANAN KES EBOLA DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjelaskan berkaitan hebahan khabar angin yang dikesan tersebar luas pada 6 November 2014 melalui laman media sosial berkaitan pengesanan kes Ebola di Malaysia.

Khabar angin yang disebarkan adalah mengenai pengesanan sejumlah 14 kes yang ‘disahkan’ dijangkiti Ebola dan menyebabkan hospital yang terlibat terpaksa ditutup.

Khabar angin yang disebarkan ini juga telah melibatkan pengesanan kes Ebola dalam jumlah yang berbeza dan berlaku di beberapa bandar yang berbeza di Malaysia.

Hebahan khabar angin ini telah menimbulkan situasi panik dan salah faham di kalangan orang ramai serta komen kurang menyenangkan yang mempertikaikan langkah pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh KKM.

Justeru, KKM ingin menegaskan bahawa khabar angin yang tersebar luas di laman media sosial tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Berdasarkan pemantauan berterusan yang dijalankan oleh pihak KKM, sehingga kini tiada kes yang disahkan positif kepada jangkitan Ebola di Malaysia.

KKM memandang serius terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh mereka yang terlibat.

Pihak kami akan menjalankan siasatan dengan bantuan dari pihak berkuasa berkaitan, bagi mengenalpasti punca hebahan khabar angin berkenaan dan memastikan tindakan yang sewajarnya diambil ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan dari pihak WHO akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Orang ramai adalah dinasihatkan agar mengikuti perkembangan semasa mengenai penyakit EVD dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my dan Facebook CPRC.

Sekian, terima kasih,
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
06 November 2014
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes serius ebola merebak di Malaysia, apa kata kementerian !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. harapnya kenyataan dari kementerian ini dapat melegakan orang ramai
    siapa yang tak risau, kan?

    ReplyDelete