Saturday, November 8, 2014

Produk premium rasa coklat sebenar ice blended di pasar malam

  Mat Bihi       Saturday, November 8, 2014
Kenapa ramai orang berpusu-pusu pergi ke pasar malam? persepsi kita bila sebut pasar malam adalah limpahan tawaran barangan murah mampu milik oleh semua warga tak kira bangsa, umur dan jantina.

Satu lagi sebab orang suka pergi pasar malam adalah disebabkan tawaran barang mentah segar dengan harga berpatutan. Walaupun kadangkala bila dibandingkan dengan harga barangan pasar malam, ada sedikit mahal daripada pasaraya besar di bandar.
Produk premium rasa coklat sebenar ice blended di pasar malam

Satu lagi tarikan menarik yang membuatkan kita pergi pasar malam adalah tawaran berbagai jenis makanan samada moden atau tradisional. Rasa macam berada di bazar ramadan setiap kali pergi ke pasar malam.

Kalau pergi pasar malam antara makanan yang tak pernah dilupakan adalah seperti rojak buah, putu piring, masalodee, yong tau fuu, air berbagai rasa, snack untuk anak-anak, dan buah-buahan segar mengikut musim.

Produk premium di pasar malam - Pizza

Saya lihat ada satu trend baru di pasar malam sekarang dengan kewujudan produk premium yang berbagai. Produk premium yang dikaitkan dengan harganya yang agak mahal dan bukan bertaraf jualan di pasar malam.

Anatar contoh paling ketara adalah kewujudan makanan pizza home made dengan berbagai pilihan resepi. Harganya juga boleh tahan dan rasanya juga boleh tahan dan berbaloi dengan bayaran yang keluarkan.

Saya ada cuba beli satu pizza baru-baru ini dengan harga RM17 untuk satu keluarga. Masing-masing rasa seorang sedikit dan ternyata semua anak-anak saya suka. Mungkin faktor beli barang dari luar, mereka biasanya suka apa saja yang dibeli.

Tapi saya rasa sendiri keenakan pizza tersebut dan saya juga suka...

Produk premium di pasar malam - Feeko Ice blend

Ini satu lagi produk premium di pasar malam yang saya baru jumpa. Namanya Feeko Ice Blend, rasa cokelat sebenar yang cair lembut di tekak bila meminumnya.

Saya sebenarnya bukan kaki minum air. Dalam masa sebulan boleh kira jari berapa kali saya minum apa saja minuman yang ada ais. Bukan ada apa-apa pantang larang, sengaja tak suka  minum sejak awal tahun 90-an lagi.

Tapi kadang kala, saya belasah juga menu air sebab tak boleh tahan dengan cendol atau ABC. Mana boleh makan cendol suam atau ABC suam. Kalau minum Lai Chee Kang suam boleh lah.

Tapi baru-baru ini ada satu minuman menarik yang ada di jual di pasar malam. Minuman Feeko Ice Blend dengan rasa cokelat sebenar. Itulah yang penjualnya beritahu. Itu produk premium yang dijual di pasar malam. Bila rasa ternyata berbeza dan saya masukkan satu lagi senarai minum ais selain dari cendol dan ABC.

Rasa Coklat Feeko Ice Blend yang mencair di tekak

Antara minuman yang lazat yang kalu dimasukkan air adalah minuman yang ada kena mengena dengan rasa cokelat. Minum milo air semua orang dah tahu keenakkannya, tapi minum Coklat Feeko Ice Blend tentu ramai yang belum cuba lagi.

Kalau anda nak rasa keenakkan rasa coklat premium Feeko Ice Blend, boleh cuba di senarai pasar malam berikut:

  1. Pasar Tani Lubok China, Melaka
  2. Pasar Malam Kuala Lipis
  3. Pasar Malam Melang Kuala Pilah
  4. Pasar Malam Sendayan
  5. Pasar Malam Rasah Jaya
  6. Pasar Malam Juaseh
  7. Pasar Malam Taman Tasik Jaya, Seremban
  8. Pasar Malam Seri Mawar
  9. Pasar Tani Kuala Sg Baru, Melaka
  10. Pasar Malam Sg Koyan, Kuala Lipis
  11. Pasar Malam Satria, Seremban
  12. Pasar Malam Lubok China, Melaka
  13. Pasar Malam Taman Perwira, Kuala Lipis
  14. Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Bagi anda yang tinggal berdekatan kesemua pasar malam tersenarai di atas, boleh pergi cuba rasa coklat sebenar Feeko Ice Blend.

Bagi yang tinggal di kawasan pasar malam yang tak tersenarai di atas, maknanya masih tak ada peniaga yang buka kiosk Feeko Ice Blend di tempat anda tnggal. Ada peluang untuk mereka yang minat berniaga di pasar malam menjadi rakan niaga Feeko Ice Blend.

Untuk mereka yang berminat nak berniaga produk premium rasa coklat sebenar ice blended Feeko ni, boleh pergi baca artikel dan dapatkan contact nombornya di sini.
logoblog

Thanks for reading Produk premium rasa coklat sebenar ice blended di pasar malam

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Salam, kepada yang berminat dengan perniagaan kami boleh menghubungi melalui medium berikut:

    Telefon : 012 237 3044
    Whatsapp : 017 580 2465
    Email : feeko@yahoo.com
    Facebook : Feeko Page

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. rasa seperti mahu juga cuba menjual ice blend ni
    seronok tengok orang minum

    ReplyDelete