Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 30, 2014

Kereta Nasional bakal kuasai pasaran kereta Malaysia

  Mohd Shubhi       Tuesday, December 30, 2014
Kereta Nasional bakal kuasai pasaran kereta Malaysia
Menurut Malaysian Automotive Institute (MAI), sebuah institut yang ditubuhkan di bawah MITI untuk merangka polisi automotif negara, tahun 2015 bakal melihat kereta Nasional kuasai pasaran kereta di negara kita, Malaysia. sumber imej

CEO kepada MAI memberikan data peratusan penguasaan kereta Nasional, iaitu Proton dan juga Perodua kepada 52% berbanding keseluruhan pasaran kereta di seluruh negara.

Ertinya, pasaran kereta Nasional seperti perodua dan juga Proton adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran kereta yang datang dari luar negara.

Faktor kereta Nasional kuasai pasaran kereta negara

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan unjuran penguasaan kereta nasional adalah seperti berikut:

  • Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia
  • Kejatuhan harga Ringgit berbanding Dollar Amerika
  • Perlaksanaan GST di seluruh negara bermula April 2015
  • Perkembangan menarik model baru yang telah diperkenalkan dan dalam perancangan oleh kedua-dua pengeluar kereta Nasional

Pasaran kereta cekap tenaga atau EEV juga dijangka akan meningkat pada tahun 2015 walaupun harga minyak di pasaran dunia semakin rendah. Ini kerana samada harga minyak dunia naik atau turun, pengguna akan tetap mendapat faedah daripada penggunaan kereta jenis EEV.

Menurut MAI lagi, harga kereta dijangka akan menurun sedikit berbanding sekarang apabila GST dilaksanakan bermula tahun depan.

Ditambah dengan leberalisasi industri automotif negara, persaingan akan menjadi lebih hebat dan faedahnya akan kembali kepada para pengguna kenderaan di Malaysia secara umumnya.

Apakah pendapat anda terhadap harga kereta pada tahun depan? adakah ianya akan menarik minta anda untuk mendapatkan kereta baru atau terus kekal dengan apa yang ada sekarang?

Penurunan kadar ringgit berbanding Dollar Amerika sudah tentu akan memberikan masalah kepada harga kereta impot. Nilai matawang kita yang semakin mengecil membuatkan kuasa membeli barangan impot menjadi berkurangan. Kesannya sudah tentu harga kereta impor menjadi lebih mahal.

Untuk menjadikan harga kereta dari luar negara kompetitif dalam pasaran Malaysia, mungkin pengimpot dan pengeluar kereta luar terpaksa mengurangkan spesifikasi asas bagi menyesuaikan harga yang boleh diterima olah para pengguna.

Mungkin jalan terbaik adalah dengan kekalkan dengan apa yang ada dan habiskan bayar hutang terlebih dahulu. Melainkan jika anda seorang usahawan, anda ada kelebihan untuk menggunakan syarikat bagi membeli kenderaan yang diminati dan biarkan syarikat menyara gaya hidup anda. sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kereta Nasional bakal kuasai pasaran kereta Malaysia

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Pd aku, yg penting, serve the purpose dan berbaloi dgn wang yg dibelanjakan, so pd aku, nasional car is the best option, lainlah kalau duit dah melimpah limpah, belilah apapun nak beli.

    ReplyDelete
  2. boleh saya tanya dari mana sumber statistik penguasaan kereta nasioanl mencecah 52%? (utk bahan thesis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh klik pada pautan sumber di bawah sekali... data dari Malaysia Automotif Institute. Tq

      Delete
    2. atau boleh baca link ini http://paultan.org/2014/12/26/mai-reveals-2015-outlook/

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !