Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, December 1, 2014

Masak gulai ketam dengan santan King

  Mohd Shubhi       Monday, December 1, 2014
Resepi gulai ketam dengan santan King
Harga ketam sekarang tak pernah kurang dari RM20 sekilo. Biasanya setiap kali pergi lihat dan tanya harga ketam di pasar, tak lari dalam lingkungan RM23 ke RM25 sekilo.

Kalau nasib baik, mungkin dapat harga kurang daripada RM20 bagi ketam yang tak ada isi dan kecil saiznya.

Kalau beli juga ketam yang murah macam tu, balik rumah bersiang untuk masak gulai ketam, akan ada sedikit bau yang tak menyelerakan.

Kalau nak makan gulai ketam yang lazat, maka tak boleh elak keluarkan belanja lebih sikit untuk beli ketam yang segar dan besar. Orang tua-tua kata, kalau nakkan ketam yang banyak isi, beli ketam ketika waktu bulan penuh.

Petua untuk beli ketam ketika bulan penuh ini dah lama saya dengar. Tapi tak pernah pulak nak perhatikan samada petua tersebut ada kebenarannya atau tidak.

Kalau ada kalangan yang baca kat sini, pernah buat cerapan atau ujikaji perbezaan isi ketam ketika waktu bulan mengambang berbanding bulan tak ada, boleh kongsikan pengalaman anda kat ruang komen di bawah.

Gulai ketam yang lazat

Tak ramai yang suka makan ketam. Saya masa kanak-kanak dulu juga tak suka makan ketam. Bukan sebab rasanya tak sedap, tapi disebabkan kesukaran nak kena buka atau kupas kulit ketam terlebih dulu sebelum dapat makan.

Kalau ada orang yang sanggup dan bermurah hati tolong kupaskan dan buang kulit ketam tu, saya yang akan habiskan dulu semua isi ketm yang lazat tu. Rasa katam yang segar tak dapat nak cerita sedapnya. Tak sama macam ikan, tak sama macam daging, ada kelainan yang tersendiri.

Satu lagi masalah pada ketam ini adalah harganya yang agak mahal dan tak berbaloi dengan jumlah isi yang boleh kita dapatkan darinya, maka ia bukan jadi pilihan ibu di kampung yang punya ramai anak.

Untuk atasi masalah itu, beli ketam sedikit sahaja dan buat gulai ketam. Rasanya gulai ketam yang telah diserap oleh kelazatan rasa ketam membuatkan makan nasi menjadi laju. Apatah lagi kalau nasi agak lembut-lembut sedikit... perghhh! lazat.

Kalau dapat makan gulai ketam, walaupun tak ada isi ketam, bubuh kicap Tamin sikit, cubit sedikit ikan gelama masam yang dah digorang atau makan dengan telur dadar, boleh lajak makan berlebihan.

Resepi gulai ketam dengan santan king

Bagi yang teringin nak masak sendiri gulai ketam tapi tak tahu macam mana, boleh ikut resepi yang saya kongsikan di bawah. Resepi gulai ketam ini menggunakan Santan King yang lazat dan berkhasiat seta tahan basi.

Resepi gulai ketam


  • Minyak - 150gram
  • Bawang merah - 10 biji (hancurkan) 
  • Bawang putih - 10 biji (hancurkan)
  • Halia - besar ibu jari (dihancurkan)
  • Serbuk kari (udang/ikan kering/ketam) - 5 sudu besar (Bancuh dengan air panas)
  • Ketam - 12 ekor (Gaul dengan asam jawa dan garam)
  • SANTAN KING - 1/2 paket (Dapatkan di pasaraya Giant berdekatan)
  • Air - 300 ml
  • Garam - secukup rasa
  • Air asam jawa - 1 sudu
  • Buah nenas masak - 5 potong

Cara memasak gulai ketam


Panaskan minyak kemudian masukan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dihancurkan tadi

Tumis sampai naik bau dan masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air panas tadi. Tumis sampai pecah minyak.

Masukan ketam ke dalamnya dan masukkan juga potongan nenas. Tutup dan perlahankan api. Biarkan sampai begitu sampai periuk berair kerana ketam telah keluarkan jusnya.

Masukkan SANTAN KING ke dalam periuk dan biarkan sampai mendidih.

Masukkan air dan masukkan sekali asam jawa. Masukkan garam secukup rasa. Tunggu sampai mendidih dan angkat untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi gulai ketam dengan menggunakan Santan King. Belilah Santan King di pasaraya Giant atau rangkaian Cold Storage Giant berhampiran tempat anda tinggal.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masak gulai ketam dengan santan King

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. lapo pula tengok makanan ketam macam ni.

    ReplyDelete
  2. saya tengah survey alarm rumah. En Shubhi ada cerita pasal bisnes ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah workout business ni pada tahun 1999 dulu...

      Delete
    2. Boleh rokemen sapa-sapa yang buat alrm ni. Saya plan nak pasang kat rumah. Kalau boleh biarlah dengan harga yang berpatutan. Tq

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !