Wednesday, December 3, 2014

Kenapa anda perlu risau pasal denggi sekarang

  Mat Bihi       Wednesday, December 3, 2014
Kenapa anda perlu risau pasal denggi sekarang
Adakah anda risau pasal demam denggi sekarang ini? Kalau semacam saja tak ada apa-apa perubahan dan kerisauan, rasanya anda perlu ada sedikit rasa risau sekarang.

Ini kerana masalah denggi sebenarnya sedang membuka mata ramai penduduk dunia sekarang. Kes demam denggi yang berlaku di seluruh dunia naik berganda-ganda mencanak-canak dalam keadaan yang agak luar biasa.

Kita tahu Malaysia punya kes demam denggi tahun ini mencatatkan rekod paling hebat. Habis saja bulan disember 2014, ini kita boleh kira semula jumlah kes demam denggi dan masukkan dalam catatan Malaysia Guinness Book of Records.

Kes denggi teruk di seluruh dunia

Catitan kes demam denggi bukan saja mencatatkan rekod di negara kita saja, malah habis di kesemua negara jiran kita menghadapi masalah yang sama.


  • Kemboja dan Laos: 51,000 kes
  • Filipina: 96,000 kes
  • Thailand: 135,000 kes
  • Singapura: 15,000 kes
  • Vietnam: 86,000 kes
  • Indonesia: tak tau, cuba google nak dapatkan figure tak berjaya.

Data atas tu merupakan data tidak terkini untuk tahun 2014, menunjukkan masalah denggi di negara-negara jiran kita. Bukan saja di asia, malah kes denggi juga ada dilaporlkan berlaku di Amerika. Jumlah atau jangkauan masalah denggi telah menjangkau lebih jauh berbanding masa yang lalu.

Mungkin masalah ini ada kaitan dengan kenaikan suhu di seluruh dunia yang membuatkan kawasan yang sesuai untuk nyamuk aedes dan bertambah. Pneduduk dunia juga bertambah dan penempatan bertambah.

Manusia bila buat kawasan penginapan suka buat kotor, kita suka pakai bekas yang tak biodegradable, dan membuangnya merata tempat. Bila jatuh bawah pokok, kemudiannya hujan turun akan ada air bergenang. Maka dah tambah satu lagi pusat pembiakan nyamuk aedes.

Yang paling risau, laporan daripada WHO menyatakan bahawa kes ini bakal mencapai sebanyak 390 juta kes di seluruh dunia !!!. Itu kes berat tu. Malah lebih berat daripada kes SARS, HIV dan lain-lain yang glamour.

Pernah kena demam denggi?

Pernahkah anda kena demam denggi? apa rasanya penangan kena demam denggi?. Demam denggi pada satu ketika dahulu di kampung saya orang-orang tua panggil "Breakbone Fever". Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa KL demam pecah tulang.

Rasanya memang tepat demam tu orang tua-tua panggil pecah tulang, sebab kalau anda kena demam denggi kes teruk punya, punyalah tersiksa rasanya segala otot terutamanya pada bahagian sendi. Sakit dan lenguh macam nak pecah tulang rasanya.

Sampai sekarang para saintis sedang bertungkus lumus mencari vaksin untuk demam denggi ini. Ada bau-bau kejayaan sedikit demi sedikit tapi masih tidak menyeluruh.

Tapi ada daun betik katanya di negara kita yang mampu menghalau demam denggi dengan cepat. Saya tak berapa pasti kebenarannya dari segi klinikal.

Walau apapun, pastikan anda sedikit risau sekarang dan turut sama membantu membersihkan alam sekitar setakat yang terdaya dan paling baik yang boleh. 

Kalau jumpa bekas tin, plastik atau apa saja yang boleh takungkan air, musnahkan dia dengan segera. Dan pastikan buat kat kawasan rumah anda dulu sebelum pi cari pasal kat rumah jiran...! nak tau lebih lanjut baca kat sini dan kat sini
logoblog

Thanks for reading Kenapa anda perlu risau pasal denggi sekarang

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Sup ketam..makan elok tok sembuhkan demam denggu

    ReplyDelete
  2. anak bungsu pernah kena denggi
    seminggu juga la kena tahan dalam wad
    dah tu tiap hari nangis sebab kena ambil darah

    ReplyDelete