Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, January 12, 2015

Dulu kes peluk anjing, sekarang peluk artis K-Pop

  Mat Bihi       Monday, January 12, 2015
Sekarang riuh dalam media sosial video wanita negara kita, berpakaian menutup aurat yang sopan, berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop yang menjadi kegilaan mereka.

Ramai orang marah. Terutamanya para agamawan sudah tentu jauh lebih marah.

Mereka mengecam kejadian yang disokong dengan jeritan hesteria oleh para pengunjung acara peluk dan cium artis K-Pop, sebagai jauh lebih teruk daripada kejadian orang Melayu sertai acara pegang dan peluk anjing.

Ya! memang kejadian ini amat parah.

Mereka yang naik ke atas pentas untuk jadi bahan pelukan dan ciuman pemuda Cun dari kalangan artis K-Pop mungkin rasa amat bangga diperlakukan begitu.

Mereka seperti lupa diri dan rela diperlakukan apa saja demi pemuda Cun kegilaan mereka.

Bila melihat kejadian itu yang dirakamkan dengan jelas, saya mula faham bagaimana anak-anak dara dan juga isteri orang boleh karam dalam dakapan dan tusukan lelaki yang menjadi kegilaan mereka samada artis atau orang terkenal lain.

Pendapat anda dalam kes peluk artis k-pop

Apa pandangan anda dalam kes yang meletup ini pula. Apakah anda masih sudi jadi keyboard warrior seperti mana kes peluk anjing yang saudara Azmi anjurkan dulu?

Harap-harap majlis agama Islam ambil tindakan untuk membuat siasatan lanjut sebagaimana yang mereka lakukan dalam kes peluk anjing dulu.

Betul rupa-rupanya komen Aziz M Osman dalam twitternya apabila dia bandingkan andaian aksi Aaron Aziz peluk anjing dengan aksi Aaron Aziz peluk Maya Karin, mana satu yang akan kena potong babaknya...?


Persoalannya kat sini yang terlintas dalam kepala saya adalah, adakah anak saya juga akan biarkan dirinya dipeluk sebegitu jika dia juga diberi peluang untuk naik atas pentas? dia juga nampaknya minat sungguh dengan artis korea...!

Berpelukan perkara biasa di negara kita

Mungkin kalau para agamawan tak menegur perkara atau kejadian ini, tak akan ada orang yang sambut dengan marah-marah. Sebabnya adalah kerana dah jadi satu perkara biasa sahaja aksi berpelukan ini.

Dalam dunia hiburan, kamu peluk aku, aku peluk isteri kamu, kamu peluk anak dara aku dan lain-lain lagi seumpamanya adalah satu perkara biasa yang dah jadi lumrah dan tidak kekok lagi kita melihatnya.

Cuba tonton mana-mana filem atau drama buatan negara kita. Ada banyak drama hari-hari ditayangkan di TV. Samada yang baru atau yang lama, pergilah tonton. Cuba perhatikan adengan peluk, belai kepala, tidur sekatil, rangkul dan sebagainya.

Kenapa agaknya aksi berpelukan dalam filem atau drama orang tak berapa nak bising sangat pun ? apakah aksi itu ok dan aksi amatur dipeluk oleh profesional seperti dalam kes artis K Pop itu tak boleh pulak?.

Salahkan Islam liberal bila berpelukan

Aksi peluk dan cium artis K Pok juga dilabelkan sebagai agenda Islam liberal. Begitu juga dengan kes jom pegang anjing dulu, juga dilabelkan sebagai angkara Islam Liberal.

Perkataan Islam Liberal ditonjolkan entah pada siapa, terus dipersalahkan setiap kali berlakunya adengan yang tak ingin dilihat.

Minggu lepas ketika tunggu azan Insya di masjid kat kampung Islam liberal punya nama keluar juga. Ketika itu ada isu yang dibangkitkan oleh salah seorang rakan solat di Masjid berkenaan fahaman Wahabi.

Kawan itu memuji seorang ustaz yang terus terang menyerang golongan yang berfahaman wahabi ketika berceramah di salah sebuah masjid di Utara Tanah Air.

Rakan itu puji tindakan berani ustaz tersebut dan diat turut sama risau akan penularan fahaman wahabi yang sudah mendapat tempat di negara kita terutamanya dari kalangan orang muda.

Bila kawan yang bangkitkan isu wahabi itu pergi, seorang lagi kawan pula buka isu baru. Katanya isu wahabi masih ok lagi. Ia hanyalah masalah mudah antara perkara sunat (menurut fahamannya). Masalah yang jauh lebih barat lagi adalah Islam Liberal.

Saya bertanya padanya Islam Liberal itu apa maknanya. Macam mana pulak yang dikatakan sebagai Islam Liberal itu. Dia spontan jawab macam golongan yang anjurkan projek Jom Pegang Anjing tu lah!

Kalau saya jumpa dia selepas ini, pasti akan saya tanya pendapatnya pulak berkenaan isu peluk artis K-Pop. Adakah itu juga agenda Islam Liberal...?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dulu kes peluk anjing, sekarang peluk artis K-Pop

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. mcm mana nak komen dengan berhemah ?
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. Mohon kerajaan kasi duit skit kat Mufti nanti suruh mufti kasi keluar fatwa Halal dan Harus berpelukan dgn K-Pop ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOK PETI DAH ADA DUIT GAJI DAN ELAUN..X KAN X BLH KELUAR FATWA KOT- HARUS, HALAL, HARAM DAN HALAM??? KAH..KAH..KAH..?

      Delete
  3. Bnyk org ikut nafsu sendiri.
    Ajaran agama, kalau sesuai dgn nafsunya diikuti kalau tak diabaikan begitu sahaja.
    Selagi boleh juga ajaran agama pulak cuba disesuaikan dgn nafsu dan keadaan.
    Bnyk yg lain pulak, tak tahu pun apa yg diajar agama, main ikut ikut aje.
    Itu yg jadi mcm mcm tu.

    ReplyDelete
  4. Dah tersentuh cerita wahabi ni, aku komenlah sikit;
    Cara wahabi ni belajar agama mudah, Quran dan Hadis sahih sahaja. Pemahaman ikut sendiri sendiri, tak paham Arab boleh baca terjemahan. Pndgn ulama' jika sesuai dgn pahaman sendiri diterima, jika tidak, tolak tepi. Belajar agama memada guna kitab kitab sahaja, tak ada guru pun tak apa.

    ReplyDelete
  5. kesian emak bapak mereka dimalukan oleh anak-anak yang kurang hajar ....!!!!!!

    ReplyDelete