Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 9, 2015

Jualan kereta Honda lebih banyak dari Toyota

  Mohd Shubhi       Friday, January 9, 2015
Antara kereta Honda berbanding kereta Toyota, secara keseluruhannya kereta apakah yang jumlah jualannya lebih tinggi. Apakah jualan kereta Honda atau kereta Toyota yang lebih tinggi?

Kalau kita bawa kereta jalan-jalan sekeliling Malaysia. Tak kira samada di pekan atau di bandar atau di kampung, kita hanya akan dapat melihat beberapa jenis kereta sahaja berada di jalan.

Kereta pertama yang paling banyak yang akan kita jumpa adalah kereta nasional buatan Malaysia. Ada dua jenis kereta Nasional Buatan Malaysia ini. Satu Proton dan satu lagi Perodua. Ini memang tak dapat dinafikan terlalu banyak bersepah-sepah atas jalan dan tepi jalan.

Kemudiannya kumpulan kereta kedua terbanyak yang sering kita lihat sudah tentu samada kereta Honda ataupun keret Toyota. Memang banyak sungguh kereta-kereta dari kedua-dua jenama jepun ini. Macam kereta lain tak ada kelas.

Jualan kereta Honda dan Toyota pada tahun 2014

Kalau nak tahu kereta mana yang paling banyak terjual, cukup sekadar melihat peratusan penguasaan pasaran yang dimiliki oleh semua kenderaan di negara kita.

Berdasarkan maklumat tahun 2014 berikut adalah penguasaan pasaran kenderaan berdasarkan 4 model terkenal yang saya cerita kat atas tadi.

  • Perodua menguasai pasaran sebanyak 33.1%
  • Proton menguasai pasaran sebanyak 20.1%
  • Honda menguasai pasaran sebanyak 13%
  • Toyota menguasai pasaran sebanyak 12.3%

Nampak jelas dan nyata bahawa kereta yang paling bnayak dijual kepada rakyat Malaysia pada tahun lepas adalah kereta buatan Perodua. Anda sendiri boleh rasakan jumlah kereta perodua memang ada banyak merata-rata di mana-mana saja.

Walaupun kereta Toyota nampak macam lebih banyak berbanding kereta Honda, tapi data menunjukkan bahawa kereta Honda mendahului Toyota dari segi jualan pada tahun lepas.

Ini disebabkan kejayaan jualan tinggi kereta City dan Jazz yang mendapat permintaan yang baik dari pembeli kereta Malaysia.

Jualan kereta bertambah banyak pada tahun 2015

Para penganalisis ekonomi kata kereta akan lebih banyak dijual pada tahun 2015 ini. Ertinya kalau tahun lepas jumlah keseluruhan kereta yang telah dijual adalah sebanyak 665,000 unit, maka sudah tentu jumlah jualan adalah lebih tinggi dari jumlah tersebut.

Menurut pakar ekonomi juga harga kereta akan berkurang berbanding tahun 2014. Pengurangannya dijangka dalam lingkungan 1% ke 3%. Cuma harga kereta dari kelas mewah saja yang akan naik iaitu sebanyak 1% ke 2%.

Jadi kalau nak beli kereta baru, sila dapatkan kereta jenis biasa dan bukan jenis premium yang mahal-mahal. Terbaik sekali adalah dengan mendapatkan kereta Perodua kerena terbukti lasak dan berkualiti walaupun bersaiz kecil.

Untuk beli kenderaan pacuan empat roda atau 4x4 pula, anda perlu buat pilihan yang betul berdasarkan keperluan. Samada nak pakai untuk mengebat atas jalan, atau nak cari makan buat kerja atau nak masuk hutan. Dapatkan maklumat ringkas perbandingan 4x4 di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jualan kereta Honda lebih banyak dari Toyota

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. tolong review proton bos..
    sarc... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan jualan nampaknya Proton kurang baik dari Perodua tapi lebih baik dari Honda... !

      Delete
  2. Salam banjir 1 Malaysia. Ini sekadar pendapat saya sahaja dan masih boleh dibahaskan. Hehehehe. Kereta keluaran negara mendapat pembelian yang tinggi kerana insentif dan skim mudah milik kereta negara.Tak bayar muka pun boleh dapat keta? Honda mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia mengatasi Toyota.. Satu fakta baik berdasarkan nombor. Ini boleh diakui kerana citarasa rakyat Malaysia berlainan dengan rakyat negara lain. Biar pape asal bergaye...Ikut selera pemimpin Malaysia yang gemar berbelanja mewah kot. Kereta Honda cantik-cantik dan anggun di jalanraya dan juga ada insentif hingga RM5000. Ini adalah kecemerlangan strategi pemasaran Honda itu sendiri. Pada hal penyenggaraan keta Honda tinggi dari kereta lain. Boleh banding kosnya. Admin lebih arif dan ada data. Kat Malaysia ini,tabiat penduduknya lain dari negara lain iaitu semakin tinggi kos dan belanjanya, semakin bangga pemiliknya. Kalau pembeli muda, Honda menjadi pilihan pertama tetapi bagi umur 50an dan ke atas, toyota lebih menjadi kegemaran. Ini melalui pengalaman dan pemerhatian rutin dan bukan stastik kajian pengguna. Bagimana pun info admin sangat menarik untuk difikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada manusia yg 'semakin tinggi kos dan belanjanya, semakin bangga' rasanye mereka ni mmg spesis bodo nak mampus. Pengalaman 13 taun guna proton wira mmg hampas la, blum sampai setaun power window rosak, seat bunyi2 mcm ada tikus. Pas tu hantar servis centre kat puchong mmg mcm cilakak. Mmg nak mengata dan ini realiti bukan fantasi.

      Delete
  3. mampu pakai produa saja
    honda atau toyota tu mahal

    ReplyDelete
  4. Jualan toyota merosot sebab bila pasang kat sini semua spek diturunkan spt gear auto 4 speed dan banyak aksesori dikurangkan menjadikan kereta toyota kosong berbanding dgn honda yg Full spec. Toyota jgn rasa hebat dgn jualan sebelum ini. Toyota jual kereta mahal tetapi spek rendah.

    ReplyDelete
  5. 2014 honda memenangi 6 anugerah kereta...saya percaya accord telah mengalahkan camry -namun harus difikirkan servis di honda agak tinggi jika dibanding dengan toyota

    toyota merupakan pengeluar kereta utama dunia, jika cukai kereta asing rendah rakyat malaysia akan memikir kembali samada proton dan perodua pilihan mereka

    kereta asing menggunakan teknologi tinggi...katakan enjin campro teknologi lebih dua dekad namum rakyat malaysia masih memilih nilai untuk wang mereka---

    ReplyDelete
  6. Saya pun lebih suka kereta Perodua berbandiang yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nk beli kereta baru y ade bonet bsr..mslhnya perodua xde..huhu

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !