Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 5, 2015

Zizan Menang Tempat Kedua Perlumbaan Kereta Endurance Race

  Mohd Shubhi       Monday, January 5, 2015
Zizan Razak ramai orang kenal. Seorang celebriti yang serba boleh. Menyanyi boleh, jadi pengacara boleh, berlakon boleh, main musik boleh, buat lawak boleh. Pendek kata apa saja yang membuatkan orang jadi popular dan galamour, Zizan Razak boleh lakukan.

Tapi ini satu lagi tambahan kepada title serba boleh yang diraih oleh Zizan Razak baru-baru ini. Selain daripada penjadi orang glamour yang serba boleh, Zizan Razak juga nampaknya ada bakat dalam dunia perlumbaan kereta.

Dari Kiri Izzat Razin, Azad Jasmi (CEO TIC Selangor dan Pengarah TIC Motorsports Team), Zizan Razak & Faidzal Alang
Zizan Razak telah menang di tempat kedua dalam perlumbaan Kereta 1 Hour Endurance Race yang telah diadakan pada 3hb Jan 2015 baru-baru ini. Zizan Razak mewakili TAJ International College (TIC) Motorsports Team dalam perlumbaan tersebut.

Berikut kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pengarah TIC Motorsports Team.

Zizan menang tempat kedua perlumbaan

Zizan Razak Memandu Kenderaan Lumba TAJ International College (TIC) Motorsports Team Pada Perlumbaan “1 Hour Endurance Race” - Race For Charity.

3 Jan 2015 – TAJ International College (TIC) telah berjaya merangkul 3 kemenangan pada perlumbaan pertama di tahun 2015 pada perlumbaan “Generation X - 1 Hour Endurance Race”.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TIC Selangor, En Azad Jasmi, selaku Pengarah TIC Motorsports Team dan juga merangkap salah seorang pemandu pasukan tersebut, TIC membariskan 2 buah kenderaan dalam kategori Terbuka dengan Honda Integra DC5.
Azad Jasmi & Zizan Razak, berbincang
 sebelum bermulanya perlumbaan.

Barisan pemandu adalah En Azad Jasmi sendiri dan En Izzat Razin seorang pelumba muda dan sebuah lagi kenderaan iaitu Satria GTi dengan barisan pemandu yang merupakan selebriti dan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Zizan Razak berpasangan dengan En Faidzal Alang, yang merupakan Penolong Pengurus Jabatan Automotif & Motorsports di TIC Selangor.

TIC Motorsports berjaya merangkul 3 kemenangan iaitu,

  1. Juara Kategori Terbuka dengan Azad Jasmi & Izzat Razin
  2. Naib Juara Kategori 1800cc dengan Zizan Razak dan Faidzal Alang
  3. Tempat kedua keseluruhan

“Saya amat bersyukur dan berpuas hati kerena kemenangan ini juga sempena Hari Maulidur Rasul serta TIC membariskan pasukan bagi “Race For Charity”dengan pelbagai hadiah kemenangan didermakan untuk mangsa banjir”, kata En Azad Jasmi.

Ketika temubual selepas tamat perlumbaan, Zizan menyatakan bahawa TAJ International College (TIC) telah merealisasikan impian beliau untuk menjadi pelumba.

Menurut En Azad, TIC Motorsports Team akan cuba beraksi bersama-sama barisan pelumba ini untuk pelbagai acara trek dan rally pada tahun 2015 dan beliau amat berterima kasih kepada semua penaja yang menaja pasukan beliau pada kali ini.

TAJ International College (TIC) ialah sebuah IPTS yang menawarkan pelbagai program SKM, Diploma dan Ijazah serta Masters kepada para pelajar.
Dari Kiri Izzat Razin, Azad Jasmi (CEO TIC Selangor dan Pengarah TIC Motorsports Team), Zizan Razak & Faidzal Alang

Bagi pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan ilmu automotif serta pendedahan kepada industri automotif dan motorsports, bolehlah melayari www.tic.edu.my atau terus saja hantar email kepada azad@taj.edu.my

TIC bakal membuat pengambilan untuk sesi kemasukan pada bulan Februari 2015 ini. Sama-samalah belajar di TIC bagi pelbagai kursus jangka panjang dan jangka pendek.

Antara kursus yang ada adalah seperti, Advanced & Performance Driving Academy, seperti mana Zizan Razak ikuti. Dalam kursus ini TIC akan menggilap dan mengasah bakat beliau di dalam bidang automotif dan sukan bermotor.

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :-
Azad Jasmi, Ketua Pegawai Eksekutif, TIC Selangor
azad@taj.edu.my
0133016666
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Zizan Menang Tempat Kedua Perlumbaan Kereta Endurance Race

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !