Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 28, 2015

Dua hari satu malam di Lahad Datu

  Mohd Shubhi       Saturday, February 28, 2015
Bulan sudah sekali lagi berpeluang pergi ke Lahad Datu, Sabah. Ini masuk kali kedua saya singgah di Lahad Datu. Kalau sebelum ini singgah tanpa sempat bermalam di sana, kali ini saya sempat bermalam selama satu malam di Lahad Datu.

Saya bersama dua orang lagi rakan bertolak dari KLIA 2, Kuala Lumpur dengan menggunakan penerbangan AirAsia. Oleh kerana penerbangan ke Lahad Datu adalah pukul 7 pagi, maka terpaksalah saya keluar dari rumah seawal pukul 4.30 pagi.
Pemandangan dari atas Hotel, Pekan Lahad Datu di waktu petang

Keluar awal sebab kena pergi ambil kawan di Lembah Pantai yang janji nak hantar saya ke KLIA 2. Pukul 4 pagi saya dah bangun bersiap dan terus perlahan-lahan bergerak ke Lembah Pantai. Sebelum sampai saya sms, tapi tak ada jawapan.

Saya singgah di Petaling Jaya bila lihat ada sebuah kedai mamak dah buka untuk ambil sedikit sarapan pagi. Tapi bukan sarapan sebenarnya sebab hari itu adalah hari Isnin dan saya nak puasa sunat. Jadi sebelum masuk subuh, saya sempat pekena sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik serta sebotol kecil air mineral.

Buat panggian berkali-kali sambil makan di kedai mamak tapi kawan yang janji nak hantar masih tak jawab panggilan. Saya perlu cari plan B untuk pastikan sampai ke KLIA 2 sebelum pukul 6.30 pagi. Akhirnya dapat jalan. Saya telefon seorang lagi kawan yang turut sama akan ke Sabah dan panggilan dijawab.

Dia ada di Shah Alam bermalam di rumah rakannya yang akan menghantarnya ke KLIA 2. Saya terus ubah plan dari ke Lembah Pantai terus ke Shah Alam. Diringkaskan cerita, akhirnya sebelum pukul 6.30 pagi saya berjaya sampai ke KLIA 2. Solat subuh di surau situ dan akhirnya naik AirAsia menuju ke Lahad Datu. Sabah.

Sampai ke Lahad Datu, Sabah


Dari KLIA 2, kami turun ke Kota Kinabalu dan naik teksi untuk ambil penerbangan lain pula menuju ke Lahad Datu. Sampai ke Lahad Datu dah petang dan hari itu rugi masa tak dapat buat kerja di Lahad Datu.

Oleh kerana tak ada apa-apa perancangan, saya sempat keluar berjalan-jalan sekitar Pekan Lahad Datu petang hari Isnin itu. Cadangnya adalah untuk bersiar-siar sambil ambil apa-apa saja gambar menarik sementara menunggu masuknya waktu magrib untuk buka puasa.

Semua gambar yang saya paparkan kat sini adalah hasil daripada aktiviti bersiar-siar waktu petang Isnin di Lahad Datu. Kami merayau sampai masuk magrib di mana solat magrib petang itu sempat dilakukan secara berjemaah di Masjid Lahad Datu.

Saya berbuka dengan sebotol air mineral kecil dan sedikit kuih yang dibeli ketika merayau di Pekan Lahad Datu di waktu petang. Jom layan pemandangan di sekitar Lahad Datu di waktu petang kat bawah...

Gambar atas adalah pemandangan di tepi laut tak jauh dari kawasan pasar ikan di Lahad Datu. Saya rakamkan gambar ini sebab terlihat kekotoran yang melampau di sepanjang kawasan pantai di situ. Sampah tebal terbiar begitu saja dan menyakitkan mata memandang.

Ini pula adalah gambar udang / ikan di Pasar Lahad Datu. Harga ikan agak mahal berbanding harga Ikan di Kota Kinabalu. Tak pasti pula kenapa harganya lebih mahal dari KK, malah rasanya lebih kurang sama saja dengan harga ikan di Semenanjung.

Gambar atas ini adalah suasana petang di laut tak jauh daripada Pasar Tahad Datu. Kebanyakan orang yang ada di sekitar laut tak jauh dari Pasar ini adalh terdiri daripada warga tanpa pengenalan diri.

Pemandangan di tepi benteng jalan tak jauh juga dari kawasan Pasar yang saya pergi tadi. Kawasan ini ramai yang melepak dan rasanya mereka juga dari kalangan warga tanpa pengenalan. Maksudnya warga yang tak ada warganegara yang ramai berkeliaran di sekitar Pekan Lahad Datu.

Suasana jualan Pasar Malam di Pekan Lahad Datu. Tak pasti pula samada aktiviti jualan ini ada setiap hari atau hanya malam itu sahaja. Tapi ada kuih yang menarik dijual di sini. Cucoq kembung yang dijual dipotong tengah seperti roti benggali dan disapukan mentega dan jem kaya. berlainan daripada semenanjung.

Aneka kuih muih yang dijual di pasar malam Lahad Datu. Saya beli karipap, dan dua ketul kuih yang dibuat daripada jagung sebab rupanya menarikdan tak ada di tempat saya.

Ini pula adalah jualan ikan bakar. Pada mulanya saya ingat mereka sedang bakar kepak ayam, tapi salah kerana itu adalah ikan. Semua yang dibakar dan dijual adalah hasil makanan laut dan bukannya ikan. Tapi saya tak pula membeli dan merasanya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dua hari satu malam di Lahad Datu

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Tq bab highlight daerah saya, Lahat Datu tempat orang2 berpangkat datu.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !