Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 2, 2015

Projek baiki Nissan Frontier

  Mohd Shubhi       Monday, March 2, 2015
Lanjutan daripada artikel berkenaan Nissan Frontier yang tersadai sebelum ini, elok juga dicatitkan proses perjalanan projek baiki Nissan Frontier yang dijangkakan bakal memberi banyak pengajaran dan pengalaman pada saya.

Pagi ini pukul 10.30 pagi, bertepatan 28hb Feb 2015, saya keluar dari rumah menuju ke Meru untuk melihat sendiri Nissan Frontier yang tersadai di sana. Saya ambil jalan Federal Highway dari Shah Alam menuju ke Pekan Meru setelah buat panggilan pada mekanik untuk dapatkan lokasi sebenar bengkelnya.

Enjin Nissan Frontier sepatutnya kelihatan begini nanti selepas di baiki 

Tak pernah lagi bertemu dengan orang yang dicadangkan oleh pekerja untuk membuat baik pulih kereta pickup itu, jadi perlu pergi untuk melihat, berkenalan dan bina perhubungan dengan mekanik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan samada perlu cari mekanik lain atau lepaskan saja padanya untuk baiki Nissan Frontier saya.

Setelah berhubung dengan mekanik yang dipanggil Ejam, saya akhirnya bertemu dengan bengkel yang terletak di jalan Kenangan tak jauh daripada Klinik Kesihatan Meru. Nasib baik dah biasa dengan pekan Meru sebelum ini, jadi mudah dapatkan panduan bila diterangkan oleh Ejam.

Nissan Frontier banyak perlu dibaiki


Dah lama saya sendiri tak tengok keadaan Nissan Frontier itu, bila pergi jenguk tadi, masyaallah!, punya lah teruk. Cermin depan retak dan merebak ke seluruh bahagian depan atas dan bawah. Kusyen kelihatan macam sampah koyak rabak di sana sini.

Banyak parts terlonggok di dalam Nissan Frontier tersebut dan enjin kesemua telah dirungkai lunyai oleh mekanik sebelum ini. Bila lihat begitu, memang sah terlalu banyak yang perlu dibaiki untuk Nissan Frontier itu kembali dapat digunakan.

Setelah Ejam bawa saya melihat apa yang berlaku dan diterangkan apakah yang perlu dilakukan terhadap Nissan Frontier tersebut, maka saya dapat keyakinan untuk meneruskan saja hasrat membiarkan dia yang membaik pulih Nissan Frontier itu. Lagipun dia kata dah ada enjin potong yang disimpannya untuk digunakan menggantikan enjin yang dah tak boleh pakai itu.

Sebelum dia dapat teruskan aktiviti baiki Nissan Frontier saya perlu buat bayaran kos terhadap harga enjin itu dulu. Bakinya boleh dibayar selepas semua kerja siap. Katanya dia perlukan masa dalam lingkungan dua minggu untuk buat semua kerja baik pulih Nissan Frontier tersebut. Dah saya perlu berikan RM4 ribu sebelum dia boleh mula.

Setuju baiki Nissan Frontier


Tanpa banyak soal, saya minta nama penuhnya, nombor akaunnya dan berikan persetujuan untuk membiarkan Ejam baik pulih Nissan Frontier. Saya minta juga dia tukar kedua-dua kerusi depan kereta tersebut yang dah rosak lunyai.

Sasaran saya adalah untuk kemaskan bahagian dalaman Nissan Frontier supaya kelihatan cantik dan baru semula. Bila dah elok di dalamnya, siapa saja yang menggunakan kereta itu akan terpengaruh untuk membawa kereta tersebut dengan lebih tertib dan berhemah. Ini akan mengurangkan kerosakan Nissan Frontier selepas ini.

Ejam cadangkan agar Nissan Frontier itu bergerak tanpa 4WD, biar tayar belakang sahaja yang tarik dan tak perlu engage keempat-empat tayar. Dia akan buka terus agar 4WD tak lagi berfungsi. Katanya ini akan meringankan lagi kereta tersebut dan lebih menjimatkan dan akan kurang risiko rosak.

Oleh kerana saya tak ada apa-apa cadangan untuk gunakan kereta itu secara lasak masuk hutan, maka saya rasa itu cadangan yang baik. Biar pekerja gunakan hanya untuk kerja mereka saya dan bawa barang. Kalau perlu nanti boleh pasang semula.

Nanti saya akan ambil gambar keadaan kereta tersebut sebelum dan selepas dibaiki. Kalau Ejam buat kerja dengan baik dan dapat puaskan hati saya, boleh saya syorkan pula pada orang lain yang hadapi masalah Nissan Frontier yang rosak selepas ini. Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah hendaknya... amin!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Projek baiki Nissan Frontier

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Salam bos...mcm mana keadaan frontier tu? Ok ke pomen nya..sbb frontier sy ada masalah enjin..tp stil boleh jln dgn gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frontier tu saya dah jual. Pomen tu tak berapa nak bagus sangat sebab janji macam-macam tapi tak pegang pada janjinya. Kata siap 2 minggu jadi 2 bulan dan banyak masalah lagi

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !