Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, February 12, 2015

Ford Ranger buat jualan jenama Ford melonjak tinggi

  Mohd Shubhi       Thursday, February 12, 2015
Tahun 2015 nampaknya bermula dengan baik untuk jenama Ford di Malaysia. Kehebatan permintaan terhadap pickup Ford Ranger membuatkan keseluruhan julan jenama Ford melonjak naik kep para paling tinggi.

Hasil jualan jenama kenderaan Ford naik sebanyak 38% pada bulan Januari 2015 sahaja. Dan yang paling menarik, 75% daripada peningkatan tersebut telah disumbangkan oleh hasil jualan pickup Ford Ranger.
Ford Ranger buat jualan jenama Ford melonjak tinggi

Menurut kenyataan Pengarah Urusan Ford bagi Malaysia dan juga Asia Pasifik, Mr David Westerman, permintaan terhadap jenama Ford banyak dibantu oleh kesedaran orang ramai terhadap kualiti yang ditawarkan oleh kenderaan keluaran Ford.

Di samping itu juga, para pengguna mula sedar bahawa jenama Ford menawarkan fungsi keselamtan yang baik dan juga nilai yang hebat untuk setiap pembelian kenderaan berjenama Ford.

Ford Ranger model terbaik daripada Ford

Ford Ranger memang amat terkenal sekarang di Malaysia. Ramai yang dah mula bertukar arah untuk memilih Ford Ranger berbanding jenama pickup lain seperti Hilux, Navara, Triton, Dmax atau sebagainya.

Saya dah terbeli pickup Hilux daripada jenama Toyota setelah buat tempahan dan terlewat untuk mendapat tahu bahawa pickup Ford Ranger jauh lebih baik berbanding pickup Hilux dari semua segi.

Sehari sebelum agen Toyota hantar Hilux pada saya, terserempak sebuah Ford Ranger yang amat comel lengkap ditambah dengan aksesori asas yang gagah. Saya nak masuk ke Bangsar Mall ketika itu dan terlihat sebuah Ford Ranger di salah satu sudut parkir kereta.

Saya pergi lihat dari dekat kereta Ford Ranger berwarna putih lengkap dengan sport rim berwarna hitam. Meleleh air liur setelah dua kali saya pusing keliling kereta tersebut dan menjenguk keadaan dalaman Ford Ranger.

Balik rumah saya browse Ford Ranger dan dapatkan maklumat perbandingan semua jenama pickup dan ternyata saya telah membuat pilihan yang kurang tepat. Tapi tak apa, lain kali boleh beli Ford Ranger, takkan lari gunung dikejar. Lagipun semakin lama, tentu semakin baik model yang dikeluarkan oleh Ford Ranger.

Ciri keselamatan baru Ford Ranger

Salah satu tarikan menarik untuk anda beli Ford Ranger adalah ciri-ciri keselamatan baru yang telah ditambah pada pickup gagah dan mantap tersebut. Antara ciri-ciri keselamatan tambahan yang ada apada Ford Ranger adalah ESP atau 'Electronic Stability Program'.

ESP adalah tambahan tetap untuk kesemua variasi Ford Ranger yang ada dan tak perlu tambah duit untuk dapatkan ciri keselamatan istimewa tersebut. Dengan adanya ESP, ia dapat membantu pemandu Ford Ranger yang menghadapi masalah tergelongsor.

Ketika mengambil selekoh dan kebetulan selekoh tersebut licin, kereta mungkin akan terkeluar dari trak dan mula tergelincir. Dengan adanya ESP, kiraan tenaga brake yang paling sesuai dan selamat akan dikenakan pada setiap tayar agar kestabilan dapat dikembalikan semula.

Dalam bab ini, Ford Ranger ternyata telah memukul jatuh Hilux dengan cukup kuat sebab Hilux terkenal dengan masalah suka tergelilincir pada tayar bahagian belakang. Saya dah banyak kali terkejut dengan aksi stuntman yang berlaku pada hilux ketika memandu di jalan licin.

Kegunaan pickup yang kadang kala bermuatan berat dan kadang kala ringan membuatkan timbul masalah ketika tak ada muatan. Keadaan ringan tersebut membuatkan kereta mudah tergelongsor pada bahagian belakang jika jalan licin. Dengan adanya ESP dan ditambah dengan ABS, Ford Ranger adalah pilihan terbaik berbanding Hilux atau apa saja jenama lain.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ford Ranger buat jualan jenama Ford melonjak tinggi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !