Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 13, 2015

Kehilangan pemimpin yang disayang - TG Nik Aziz

  Mohd Shubhi       Friday, February 13, 2015
Ada ramai pemimpin Malaysia yang saya kagum. Tapi tak ramai pemimpin Malaysia yang saya sayang dan salah seorang pemimpin yang paling disayangi sudah tentu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang pemimpin yang amat merendah diri, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Entah kenapa sepanjang memandu balik ke Selangor hari ini air mata asyik mengalir tak dapat ditahan setiap kali terbayangkan Tuan Guru Nik Aziz. Terbayangkan sifat merendah dirinya, makan nasi bungkus, bergaul biasa dengan orang ramai dan paling syahdu mengenangkan cara berpakaiannya dan gaya kehidupannya yang sungguh ringkas.

Setiap kali Tuan Guru Nik Aziz keluarkan kenyataan habis orang akan ulas. Bila dia masuk dalam dewan penuh dengan orang ramai, keseluruhan dewan akan sunyi sepi menghayati susuk tubuh kecil yang tawaduk itu. Semua mata tak mahu lepaskan peluang merenung muka Tuan Guru yang jernih bersinar.

Apatah lagi bila sering terbaca makian orang yang membenci Tuan Guru Nik Aziz dengan perkataan dan ayat-ayat yang menghinakan dan amat jijik, bertambah sedih terasa. Bertambah banyak air mata bertakung dan menitis mengenagkan dia tak pernah membalasnya dengan  perkataan atau ayat yang sama jijik. Dia tetap tenang dan abaikan saja kesemua makian itu.

Tak pernah keluar dari mulutnya dalam memberikan apa saja kenyataan terhadap peristiwa yang berlaku melainkan akan dikaitkannya dengan kata-kata mengingati Allah. Semua itu konsisten dari dulu sampailah ke saat kelemahan dirinya menjadi ketara.

Apakah akan ada pengganti....?

Moga Allah ampuni segala dosa Tuan Guru, cucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkan dia bersama-sama dengan para pejuang serta orang-orang yang terpilih dan soleh. Al-Fatihah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kehilangan pemimpin yang disayang - TG Nik Aziz

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Yang baik buatlah tauladan, yang buruk jangan diikutkan

    ReplyDelete
  2. Insan hebat walaupun x pernah temu secara live but auranya dapat dirasa... tgk awani dr awal sampai habis ..sebak dan bergenang gak air mata ni bila saat nampakjenazah nak di masukkan ke liang lahad.... alfatihah buat TG yg dikagumi.sayangi. moga Allah tempat arwah di kalangan org soleh dan syurga... kita semua menuju destinasi yg sama nanti cepat lambat shj.. mudahmudahan kita semua juga dpt husnul khatimah nanti in sha allah amin. ..

    ReplyDelete
  3. Insan hebat walaupun x pernah temu secara live but auranya dapat dirasa... tgk awani dr awal sampai habis ..sebak dan bergenang gak air mata ni bila saat nampakjenazah nak di masukkan ke liang lahad.... alfatihah buat TG yg dikagumi.sayangi. moga Allah tempat arwah di kalangan org soleh dan syurga... kita semua menuju destinasi yg sama nanti cepat lambat shj.. mudahmudahan kita semua juga dpt husnul khatimah nanti in sha allah amin. ..

    ReplyDelete
  4. Kematian pasti ditempuhi semua org tak mengira muslim atau kafir, mukmin atau musyrik, fajir atau muttaqin, tua atau muda, kata atau miskin, org kenamaan atau org biasa. Seutama utama bekal adalah Kalimah La ilaha illAllah dan sbaik baik bekal adalah taqwa, dgnnya kita semua mengharap Rahmat Allah swt.
    Walau sesama kita yg muslim sering juga berbeza pendapat, tp ahli Kalimah tetap bersaudara. Hndklah kita bersangka baik dan mengharap yg terbaik utk sesama kita, saling memaaf, berlapang dada berbuat baik tanda taqwa, mudah mudahan kita nanti berhimpun bersama Junjngan kita Nabi Muhammad saw, Sahabat Sahabatnya r.anhum. ajmaiin, para Siddiqin, para Syuhada' dan para Solihin.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !